Anda seorang yang suka membaca buku? Berbahagialah, kerana anda mungkin terhindar daripada risiko gejala depresi atau stres. Kajian menunjukkan tabiat membaca buku mempunyai pengaruh besar terhadap penyembuhan penyakit kejiwaan.
Di sejumlah negara, pakar psikologi lebih menyarankan aktiviti membaca buku terhadap pesakitnya agar mereka dapat lebih relaks. Terapi kejiwaan dengan membaca buku itu disebut sebagai ‘biblioterapi’.
Beberapa hasil penyelidikan psikologi membuktikan adanya pengaruh positif terhadap penyembuhan penyakit kejiwaan dengan membaca buku. Sejumlah doktor di England dahulu pernah cuba melakukan biblioterapi sebagai alternatif penyembuhan gangguan kejiwaan mulai dari anxiety (kegelisahan), stres, sampai depresi.
Kebanyakan buku yang dianjurkan untuk dibaca ialah buku-buku fiksyen seperti Harry Potter atau buku-buku bukan fiksyen termasuklah buku-buku bercorak motivasi yang mampu memberi keceriaan kepada pesakit.
Konsep biblioterapi ini bersumber daripada pemikiran Aristotle, ahli falsafah Greek, yang menyatakan bahawa ‘rasa baru’ yang menimpa seseorang dapat berpengaruh terhadap ‘pembersihan diri’.
Namun kalau diperhalusi lagi daripada sudut Islam, gagasan biblioterapi sebenarnya terungkap dalam gesaan al-Quran yang menyuruh kita membaca kitab al-Quran sendiri untuk menenangkan hati, mendapatkan kedamaian selain meneroka rahsia ilmu pengetahuannya.
Secara lebih jelas, dapat ditafsirkan bahawa perasaan baru yang dialami seseorang secara langsung atau tidak langsung dapat mempengaruhi terhadap emosi seseorang sehingga beban yang tersimpan dilepaskan, kerana gejala stres dan depresi muncul kerana ‘penyimpanan’ emosi yang terpendam.
Penyembuhan secara biblioterapi ini mulai dikembangkan oleh seorang doktor keluarga di Kirklees, West Yorkshire yang mempertemukan penderita depresi dengan seorang ahli biblioterapi yang ternyata seorang pustakawan. Keampuhan daripada terapi ini telah menarik minat kerajaan Inggeris untuk mengembangkannya dalam sebuah penyelidikan psikologi.
Harapannya, jika terapi dengan buku ini berjaya dikembangkan, akan banyak pesakit yang mendapatkan semangat dan inspirasi baru dalam menjalani kehidupannya. Untuk tahap awal, penyelidikan biblioterapi memang ditujukan kepada pesakit yang gejala penyakit kejiwaannya masih dalam tahap ringan.
Brian Bremen, seorang psikologis, dari Universiti Texas mengemukakan bahawa aktiviti membaca dapat membuat orang mengenal dirinya. Jika dilakukan secara rutin, hal itu dapat berpengaruh positif terhadap perilaku seseorang.
Bremen menegaskan bahawa depresi muncul kerana seseorang tidak mampu mengawal dirinya sehingga merasa ‘terkurung’ dalam sebuah persoalan, kemudian mereka merasa kecewa. Untuk itu, biblioterapi diyakini mampu membuat seseorang menemukan kembali identiti dan kepercayaan diri sehingga mereka ‘bertenang’ dalam persoalan yang sedang dihadapi.
Bremen menegaskan juga bahawa daripada membaca sebuah buku dapat diperoleh banyak hal seperti pengetahuan, maklumat, hiburan dan macam-macam lagi. Daripada buku, seseorang juga dapat belajar tentang segala hal yang berhubungan dengan kejiwaan baik yang berkait dengan dirinya mahupun diri orang lain.
Masalahnya, tidak semua orang suka membaca buku atau menjadikannya sebagai satu budaya. Sejak masuk sekolah, kita memang diajar membaca dan menulis. Namun, hal itu tidak secara automatik membuat kita suka ‘berbudaya’ membaca dan menulis. Padahal seseorang yang banyak membaca buku dapat memperoleh kematangan jiwa yang lebih cepat dan lebih dewasa.
Menumbuhkan minat ‘baca’ dan ‘tulis’ merupakan pekerjaan yang sangat berat kerana waktu luang yang dimiliki oleh masyarakat lebih banyak disia-siakan untuk hal-hal yang tidak produktif, terutama di zaman kini yang serba moden, lebih ramai yang asyik dengan gajet berbanding membaca buku.
Salah seorang psikologis tersohor, Dr. Paul A. Hauck, menyatakan bahawa selama ini banyak orang yang salah faham dalam melakukan terapi kejiwaan. Gangguan emosi yang dialami seseorang selalu dianggap memerlukan terapi mendalam selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun.
Padahal, ilmu kejiwaan sama halnya dengan ilmu-ilmu lain. Misalnya, ilmu geografi yang dapat dipelajari di kelas-kelas dengan menggunakan buku-buku sebagai alat bantu pembelajaran. Untuk itu, biblioterapi ini dianggap Paul sebagai sebuah pendekatan baru dalam penyembuhan penyakit kejiwaan.
Sumber Infiniti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.