Pernah mendapat gelaran Penyanyi nombor satu Asia, siapakah yang tidak kenal dengan insan yang bernama Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.
Terkenal dengan kehebatannya menghiburkan para peminat, Sudirman adalah seorang penyanyi yang sangat digemari oleh masyarakat tanpa mengira kaum dan usia.
Walaupun sudah meninggal dunia pada 31 tahun lalu, masih belum ada penyanyi masa kini yang mampu menandingi kehebatan Sudirman dalam menghibur peminat.
Terbaharu, tular beberapa keping gambar di laman Facebook memaparkan tapak rumah milik Allahyarham Sudirman yang kini hanya tinggal tangga sahaja.
Menerusi perkongsian tersebut, rumah yang terletak di Kampung Tok Embun, Temerloh, Pahang itu kelihatan begitu daif dan hampir lenyap di mata manusia.
Langsung tidak setaraf dengan martabatnya sebagai penyanyi yang mengharumkan nama Malaysia, kawasan rumah berkenaan telah ditumbuhi semak dan ditinggalkan terbiar.
Difahamkan, kediaman tersebut terbiar tanpa dibaik pulih selepas terlibat dengan kebakaran dan banjir besar yang menghilangkan rangka rumah selain tangga.
Mengundang perbincangan hangat, pemilik akaun Facebook tersebut memohon agar pihak berwajib memulihara kembali rumah itu untuk dijadikan pustaka peringatan.
Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi pendapat bahawa rumah lagenda seni tanah air itu perlu dibaiki.
Ramai juga peminat yang meluahkan rasa sedih ketika melihat keadaan rumah Sudirman yang begitu banyak berjasa mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
“Ya Allah, tinggal tangga sahaja. Seolah-olah jasa arwah selama ini tidak dihargai. Sedih sungguh,” kongsi seorang peminat yang kecewa selepas melihat gambar itu.
“Selalu terfikir mengapa dibiarkan rumah seniman ini terbiar. Kalaulah aku ada kuasa, sudah lama aku bangunkan. Lejen kot. Tiada galang ganti,” luah peminat lain.
“Boleh baik pulih semula. Jadikan muzium seperti rumah Tan Sri P Ramlee yang terletak di George Town, Pulau Pinang.” Kata pengguna yang memberi cadangan kepada pihak berwajib.
Sumber Detik
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.