SEBAGAI seorang pencinta kucing, kita mesti mahu sediakan segala yang terbaik untuk haiwan comel kesayangan itu.
Salah satu perkara yang perlu dititik beratkan semestinya pemakanan yang sesuai.
Ini kerana nutrien yang terdapat dalam hidangan si bulus membantu haiwan tersebut untuk kekal sihat dan aktif.
Sardin, tuna, salmon dan ayam merupakan antara pilihan makanan kucing yang banyak dijual di pasaran.
Memang licin mangkuk kalau beri ‘mereka’ makan ikan tersebut.
Pasti ramai yang tertanya mengapa tuna menjadi makanan kegemaran kucing-kucing?
DERIA RASA UMAMI
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Chemical Sense menemui, kucing sama seperti manusia yang menggunakan deria untuk mengesan rasa umami.
Umami adalah salah satu daripada rasa asas selain manis, masam, pahit dan masin.
Namun begitu, reseptor umami kucing mengandungi dua bahan kimia yang mempunyai kepekatan tinggi terhadap makanan hanyir.
Ia meningkatkan deria rasa haiwan itu untuk menyukai ikan terutamanya tuna.
Live Science melaporkan, pasukan penyelidik yang diketuai Pakar Sains Deria, Institit Sains Waltham Petcare, Scott McGrane sebelum ini mendapati kucing tidak menyukai rasa manis dan pahit.
Hal ini kerana gen reseptor dua rasa itu si bulus tidak berfungsi.
Pakar kemudiannya membuat hipotesis bahawa dua rasa tersebut tidak penting untuk kelangsungan hidup makhluk kecil tersebut.
“Sejak mendapati kucing tidak mempunyai reseptor rasa manis, kami tertanya-tanya apa tindak balas deria yang mereka miliki,” kata McGrane kepada Live Science.
Susulan itu, pasukan saintis tersebut membedah lidah seekor kucing jantan berusia enam tahun untuk melihat ekspresi gen yang dipunyai.
KANDUNGAN BAHAN KIMIA
Hasil uji kaji mendapati, haiwan itu mempunyai gen TAs1r1 dan Tas1r3 yang diperlukan untuk merasa umami.
Berbeza dengan gen umami manusia, kandungan asid glutamic dan aspartic dalam lidah kucing mengalami mutasi.
Penyelidik turut menemui dalam lidah haiwan itu mengandungi nucleotide.
Bahan kimia tersebut mudah ditemui dalam daging dan yis.
Tuna yang menjadi kegemaran si comel itu mengandungi nucleotide inosine monophosphate dan amino acid L-Histidine.
“Kandungan L-histidine tuna jauh lebih tinggi daripada spesies ikan dan sumber daging yang lain,” kata McGrane.
Bagi mengukuhkan dakwaan tersebut, sejumlah 25 ekor kucing telah diuji untuk mengenal pasti deria rasa mereka.
Pasukan tersebut telah meletakkan beberapa mangkuk air yang mengandungi kandungan asid amino dan nukleotid yang berbeza-beza.
Haiwan-haiwan itu dilihat lebih menyukai kombinasi bahan kimia yang mempunyai kepekatan tinggi.
Menerusi penjelasan tersebut, maka terjawablah persoalan kita mengapa si bulus kesayangan suka sangat dengan tuna.
Memang lidah ‘mereka’ ada deria tersebut.
Jadi, lepas ni pemilik kucing bolehlah pilih makanan berasaskan tuna untuk diberi kepada kucing kesayangan.
Namun, ada juga sesetengah kucing suka makanan jenis salmon dan ayam. Ikutlah kesukaan mereka ya.
Sumber Sinar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.