Rakyat Malaysia Tinggal Di Jeddah Perjelas Salah Faham, Al-Ula & Mada’in Saleh Kota Yang DiIaknat Dua Tempat Berbeza

 

Al-Ula & Mada’in Saleh kota yang dilaknat dua tempat berbeza, rakyat Malaysia tinggal di Jeddah perjelas salah faham. Baru-baru ini aktor Zul Ariffin dikecam selepas memuat naik gambar dirinya meneroka bandar pelancongan Al-Ula. Masa yang sama, jelas dirinya bergambar di Mada’in Saleh, kota yang dilaknat Allah kerana keegoan kaum Tsamud yang enggan menyembah Allah hingga akhirnya mereka dihancurkan ketika zaman Nabi Saleh A.S.

Kaum Tsamud telah dibinasakan oleh ALLAH kerana kekufuran mereka dan juga kedegilan mereka membunuh unta Nabi Saleh yang ALLAH jadikan sebagai bukti akan kenabiannya.

Berdasarkan satu hadis umat Islam dilarang singgah di kota dilaknat ini.

Abdullah bin Umar RA menceritakan: “(Pada tahun ke-9 hijrah ketika dalam perjalanan ke Tabuk untuk mempertahankan Madinah daripada kemungkinan serangan tentera Rom) kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan ALLAH) bersama Rasulullah SAW.

Baginda lantas bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan ALLAH) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Al-Ula & Mada’in Saleh Kota Yang Dilaknat Dua Tempat Berbeza

Berikutan ramai masih beranggapan bahawa Al-Ula dan Mada’in Saleh berada di tempat yang sama, seorang rakyat Malaysia, Mohd Faizal Zulkifly yang bekerja dan menetap di Jeddah, Arab Saudi berkongsi ilmu pengetahuan mengenai perbezaan Al-Ula dan Mada’in Saleh dan kenapa umat Islam dilarang singgah di Mada’in Saleh.

Jelas Mohd Faizal, Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza. Mada’in Saleh terletak pada jarak 25 kilometer dari Al-Ula yang telah dijadikan bandar pelancongan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Sejujurnya, walau menetap di sini, tetapi saya sendiri tak pernah mengunjungi Al-Ula. Tapi saya dapat maklumat dari kawan dan orang tempatan di sini Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza.

“Mada’in Saleh terletak 25 km dari Al-Ula dan terletak di Hegra. Isu sama ada umat Islam boleh berkunjung ke sini, apa yang saya dapat kongsikan, ia tidak digalakkan mengunjungi Mada’in Saleh, Laut Mati, Kota Sodom dan lain lagi. Kalau nak pergi juga, boleh tapi tak digalakkan berlamaan untuk berlamaan. Tujuan kita pergi pun sekadar hanyalah untuk sekadar ibrah atau mengambil iktibar daripada kaum-kaum sebelum kita yang dilaknat.


Rakyat Malaysia Tinggal Di Jeddah Perjelas Salah Faham

Tambah Faizal lagi, sekadar tambahan info, kawasan yang dilaknat Allah seperti Mada’in Saleh ini ada kajian saintis yang mengkaji kenapa Nabi melarang berlama-lamaan di situ adalah kerana lapisan ozonnya sangat nipis.

“Mungkin disebabkan laknat Allah yang di Kawasan dilaknat itu, lapisan ozonnya sangat nipis yang memudahkan kita mendapat penyakit kulit kalau duduk terlalu lama. Sesuai juga dengan Sejarah kaum Tsamud, bala yang pertama mereka dapat ialah dapat sakit kulit sebelum diturunkan bala besar hingga memusnahkan kota mereka.

“Apa pun kita jangan cepat menghukum kalau kita melihat orang singgah di situ kerana Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza jaraknya,” katanya dalam perkongsian videonya.

Sumber Wanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.