GARA-GARA ditemuduga menerusi panggilan video, seorang lelaki berkelulusan sekolah menengah 'berjaya' memperoleh pekerjaan sebagai doktor di sebuah hospital.
Bukan itu sahaja, dia turut mendapat gaji pokok berjumlah RM2,286 (7.5 juta rupiah) di samping beberapa elaun tambahan dan keistimewaan yang ditawarkan.
Apa yang mengejutkan penyamarannya itu berlanjutan selama dua tahun.
Pelik dengan dokumen yang diberikan, dia kemudiannya ditahan dan dibicarakan di mahkamah pada 11 September lalu.
Menurut pendakwaan, dia yang dikenali sebagai Susanto telah menukar nama kepada Dr Anggi Yurikno dan membuat permohonan sebagai pegawai perubatan pada April 2020.
Pada masa itu, PHC telah membuka kekosongan jawatan dalam bidang perubatan.
"Dia telah memalsukan semua dokumen yang diperlukan untuk jawatan berkenaan termasuk surat pengakuan ijazah kedoktoran serta sijil perubatan.
"Semua dokumen tersebut telah diambil di laman sesawang sebelum dia memohon menerusi emel," katanya seperti dilaporkan semasa pendakwaan.
Selesai saja permohonan, lelaki terbabit yang dipanggil temuduga khas menerusi panggilan video turut lulus dan diminta mula berkhidmat pada Jun 2020.
Sumber Kompas
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.