Lebih 2,000 Likes, Resipi Nasi Ayam Claypot Cina Perkongsian Dari Wanita Mualaf, Djamin Bersih & Halal

 

MENU nasi claypot menjadi isu akhir-akhir selepas tular isu halal selepas premis tidak memiliki sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jakim menerusi kenyataan di Facebook menasihatkan pengguna Muslim berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.

Daripada makan di luar, ayuh kita sediakan sendiri. Nikmati hidangan claypot yang enak dan harum di dapur sendiri berpandukan resipi daripada Nurul Amirah Abdullah Chan ini.

“Saya ingin tunjukkan kepada kakak-kakak di sini bahawa masakan Cina yang enak ini, mudah jer membuatnya,” kongsi AMIRAH.

NASI AYAM CLAYPOT

Berikut adalah bahan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan

- Ayam (dipotong kecil)

- Beras

- Kicap masin (Nona)

- Kicap cair

- Minyak bijan (Chee Seng memiliki logo halal antarabangsa/ jenama lain)

- Bawang putih

- Cukup rasa Maggi

- Ikan tenggiri masin (digoreng)

Air secukupnya

1 inci halia

Cara penyediaannya

1-Perap ayam dengan kicap masin, kicap cair, minyak bijan dan Cukup Rasa Maggi. Kesemua bahan ini digaul dengan ayam atau kambing dan diperap selama 30 minit hingga sejam.

2-Jika mahu perapan lebih gelap warnanya, letakkan setengah sudu kecil thick caramel soy sauce jenama Angel.

3-Beras yang sudah dicuci dicampur kicap masin, halia dan bawang putih cincang. Sukatan nisbahnya ialah satu cawan beras bersamaan satu cawan air bercampur kicap.

4-Masak di dalam belanga (claypot) selama lima hingga tujuh minit dengan api sederhana. Pastikan periuk ditutup dengan penutupnya. Kerapkan periksa beberapa minit sekali untuk mengelakkan ia terlalu masak.

5-Apabila nasi didapati semakin kurang airnya, susun potongan ayam yang telah diperap bersama cecair perapan. Teruskan memasak dengan berpenutup selama lima hingga tujuh minit.

6-Apabila terbau aroma hangus, bermakna nasi hampir masak.

7-Ketika nasi hampir masak, goreng ikan tenggiri masin dan curahkan ke dalam claypot bersama minyaknya.

8-Besarkan api untuk mendapatkan kerak terbakar di bahagian dasar claypot selama satu hingga tiga minit.

“Biasanya saya akan melakukan langkah terakhir selama seminit setengah sahaja. Saya pegang claypot dan pusingkan sisinya pada api dapur supaya kerak terhasil di bahagian tepi belanga.

“Kedua-dua menu ini adalah favourite suami saya, claypot chicken dan claypot kambing. Jangan disebabkan pasangan suami-isteri itu kita ragu-ragu untuk memasak dan mencuba masakan Cina,” kongsi Amirah.

Ada juga warganet yang berkongsi tip agar hidangan ini lebih lazat. Katanya sebelum diangkat, renjiskan nasi dengan dengan air bawng putih dan halia yang dikisar serta minyak bawang putih. Jangan lupa taburkan dengan daun bawang!

Selamat mencuba!

Sumber FB Nurul Amirah Abdullah Chan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.