“Imamkan Solat Jenazah” - Lah Ahmad Sebak, Gagal Tahan Air Mata Kenang Pemergian Arwah Nenek

 

PENYANYI Lah Ahmad gagal menahan air mata saat berkongsi mengenai pemergian neneknya Meriam Ahmad, 102 tahun yang meninggal dunia akibat sakit tua pada waktu Subuh, semalam.

Lah atau nama penuhnya Abdullah Ahmad, 43, tetap meluahkan rasa syukur kerana dapat memberi baktinya yang terakhir kepada arwah neneknya dengan menguruskan pengembumian hingga mengimamkan solat jenazah.

“Selepas ayah meninggal dunia, Mak Tok (nenek) tinggal dengan ibu saya dan saya. Ketika itu saya berusia berusia tiga tahun.

“Dia banyak mengajar saya untuk menjadi orang yang baik. Dia jugalah mengajar saya  mengaji surah Al-Insyirah dan solat.

“Tak pernah sekalipun dia marah apabila dia tengok saya pakai seluar jeans koyak, dia terus buang tanpa marah-marah.

“Kami berasa kehilangan insan paling penting sebab dia satu-satunya orang tua yang terakhir dalam keluarga kami,” katanya.


Lah Ahmad berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Lah memberitahu sudah bersedia untuk berdepan dengan ‘kehilangan’ selepas melihatkan keadaan neneknya yang semakin lemah.

Jelas Lah, beberapa hari kebelakangan ini, arwah neneknya banyak menunjukkan beberapa petanda pelik seperti memberi bayangan situasi dirinya. 

“Kami reda malah kami keluarga juga sudah bersedia sekiranya Mak Tok dijemput Ilahi pada bila-bila masa.

“Saya sendiri, kalau nak keluar pun sentiasa beringat untuk berpakaian sopan bukan baju band Metallica kerana bimbang menerima berita buruk.

“Sebab saya fikir, kalau apa-apa terjadi, pakaian yang saya pakai tu sesuai dengan urusan.

“Saya memang dah lama berniat nak mengimamkan solat jenazah Mak Tok. Alhamdulillah, syukur semua urusan dipermudahkan sehinggalah arwah di kebumikan,” ujarnya. 

Lah akan sentiasa ingat pesanan arwah neneknya untuk tidak meninggalkan solat. 

Malah katanya, arwah neneknya itu kerap mengingatkan agar menjaga ukhwah sesama keluarga.

“Arwah nenek saya ni seorang yang suka jamu orang makan.

“Kalau orang datang rumah, dia kerap bertanya ‘dah makan, dah minum?’.

“Kali terakhir saya jumpa arwah ialah sehari sebelum arwah meninggal dunia. Masa tu waktu malam.

“Dia selalu pesan jangan tinggal solat dan banyak lagi nasihat dia yang saya akan ingat sampai bila-bila,” luahnya. 

Sementara itu, bercakap mengenai Konsert Jatuh Cinta yang bakal berlansung di Istana Budaya pada 7 Oktober ini, Lah  akan mempersembahkan lebih 20 lagu yang turut diiringi Orkestra Simfoni Universiti Malaya.

Lah mengakui teruja dapat bersama Rubbertapper Production

House dan bertemu peminat di gelanggah gah Istana Budaya untuk menghiburkan peminat bagi mendendangkan deretan lagu sendiri dan lagu saduran popular pada malam itu nanti.


“Awal tahun lalu saya pernah tampil dengan konsert solo namun kali ini kapasitinya lebih besar.

“Jadi saya harap dapat memenuhi permintaan peminat yang memberikan sepenuh sokongan sepanjang karier,” kongsinya.

Sumber URTV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.