Pertama Kali Dipandu Uji, Ramai Teruja Lihat Trem ART Terbaru Di Sarawak

 

Pada awal bulan Ogos lalu, Ketua Menteri Sarawak, Premier Abang Johari Openg mengumumkan Trem pintar Autonomous Rapid Transit (ART) telah pun tiba di Sarawak dari China ke Pelabuhan Senari.

Semalam satu ujian telah diadakan di Kuching Isthmus bagi mengenal pasti sebarang masalah sebelum prototaip trem tiga gerabak berkuasa hidrogen yang dinamakan ‘Bulan’ itu dibawa untuk latihan di Kota Samarahan.

Semasa ujian itu dilaksanakan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merakam dan mengambil gambar pengangkutan awam baharu tersebut.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan, orang ramai gembira trem itu dapat menambahbaik struktur pengangkutan awam di negeri tersebut pada masa akan datang.

Dalam pada itu orang ramai turut berharap kerajaan Sarawak dapat mempelbagaikan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan Monorel yang ada di sekitar bandar Lembah Klang.

Sumber Gambar: TikTok @tpmyh
Sumber Gambar: TikTok @tpmyh
Sumber Gambar: TikTok @nikk.abdillah

Trem ART tiga gerabak berkuasa hidrogen ini adalah untuk kegunaan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang bernilai RM6 bilion bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Kuching dan Samarahan.

Kerja-kerja pembinaan laluan untuk trem itu sedang giat dilaksanakan dengan Laluan Biru sepanjang 27.6 kilometer menghubungkan Rembus di Kota Samarahan ke stesen pertukaran Hikmah di pusat bandar raya.

Projek KUTS itu dikendalikan Sarawak Metro Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Sumber Vocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.