Kahwin Tanpa Zuriat, Wanita Diam-Diam Pinang Jiran Untuk Suami, Nikah Pada Anniversary Ke-10

 

Tidak seperti kebanyakan kaum Hawa yang sukar kehadiran wanita lain sebagai isteri baharu suam, wanita dikenali sebagai Chinta Arjuna, 37, menjadi perhatian warga maya.

Kini bahagia dalam perkahwinan poligami, wanita tersebut mengimbas kembali detik awal kehadiran madu yang dipinangnya sendiri.

Dia yang ,elamar isteri baharu buat suaminya rela hati mengizinkan suami berkahwin lain pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka ke-10 yang juga jatuh pada ulang tahun kelahiran lelaki itu.

Rumah tangga dibina selama sedekad dan masih belum dikurniakan zuriat, namun ia bukanlah alasan utama Chinta Arjuna merelakan diri dimadukan.

“Dia (madu) merupakan individu yang saya kenal kerana kami tinggal di kawasan perumahan sama.

“Semenjak dia bergelar janda, bermacam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.

“Jadi untuk menjaga maruah, saya sendiri bertanya sama ada awak nak tak berkahwin dengan suami saya?” katanya dalam temu ramah.

Wanita hebat ini menegaskan benar-benar ikhlas untuk menerima wanita berstatus janda anak dua itu sebagai madu kerana mahu membantu ‘memuliakan’ dan menjaga maruahnya.

“Alhamdulillah, ALLAH permudahkan niat saya untuk membantu dia (madu). Dia dan suami pun bersetuju untuk meneruskan kehidupan berpoligami.

“Pada tarikh 19 Mei lalu, saya telah menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis si madu dan kami juga berbincang serta bersetuju untuk berkongsi tarikh perkahwinan sama iaitu pada 28 Jun yang mana ia merupakan hari ulang tahun suami,” katanya.

Pada masa sama, Chinta Arjuna memberitahu bahawa dia reda dengan segala ketentuan Ilahi andai perkahwinan berusia 10 tahun itu berakhir dengan penceraian.

Ujarnya, dia sentiasa berdoa agar keputusan dalam membenarkan suami untuk bernikah lain adalah yang terbaik kerana niat utama bukanlah kerana zuriat.

“Walaupun ada yang kata perbuatan ini gila kerana sanggup berkongsi kasih tetapi tidak bagi saya kerana ALLAH yang menggerakkan perasaan itu dan saya yakin itu merupakan satu keputusan tepat,” katanya.

Menerusi laman sosial, Chinta turut berkongsi foto perkahwinan kedua suaminya yang memaparkan mereka bertiga di pelamin.

Warga maya memuji keluhuran cinta wanita ini dan mendoakan kebahagiaan akan sentiasa mengiringinya.

– “Alhamdulillah hebat kakak, semoga bahagia bersama suami dan madu. Saya pun dah 12 tahun dalam poligami.”

– “Kedua-dua isteri seperti bidadari. Vibes yang sangat tenang penuh. Poligami yang btul dan diredai ALLAH.”

– “Kuatnya puan, saya doakan semoga bahagia dunia akhirat dan dikurniakan syurga. Tinggi kesabaran.”

– “Bukan semua wanita hebat seperti awak. Alhmdulillah, teruskan jika itu yang terbaik.”

Sumber SH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.