Kelihatan Makin Kurus Dan Cengkung, Penampilan Terkini Mamat Exist Timbul Pelbagai Persepsi Netizen

 

Jika anda bertemu dengan penyanyi lagenda ataupun kegemaran anda, pasti anda mahu merakam video nyanyiannya atau bergambar bersama untuk abadikan kenangan, bukan?

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @warungsiputsedut telah berkongsi sebuah video yang memaparkan penyanyi kumpulan Exist iaitu Mamat.

Menerusi video tersebut, Mamat dilihat diminta untuk menyanyikan sebuah sedikit rangkap lagu Untukmu Ibu dan beliau kelihatan senang melayan permintaan tersebut.

Akan tetapi, keadaan fizikal Mamat menjadi bualan ramai kerana dilihat semakin kurus dan boleh dikatakan ramai orang seakan tidak percaya itulah Mamat Exist yang pernah terkenal satu ketika dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, para netizen turut tertanya-tanya mengapa Mamat kelihatan semakin kurus dan bimbang dengan perubahan fizikalnya. Rata-rata netizen mendoakan Mamat berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber The Vocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.