Amalkan 3 Cara Ini Didik Anak Mengikut Umur, lkuti Panduan Daripada Sayidina Ali R.A

 

Semakin anak-anak membesar, semakin berbeza cara pendekatan ibu bapa dalam mendidik mereka. Faktor umur telah membuatkan tahap kefahaman dan kebijaksanaan anak berubah sejajar dengan perkembangan diri.

Renungkan kata-kata daripada Imam Ghazali: “Anak adalah amanah Allah bagi kedua-dua orang tuanya”. Justeru, amanah yang dijalankan perlu seiring dalam mencorak akhlak dan personalliti anak.

Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahυdi atau Nasrani atau Majυsi.” (Hadis Riwayat Imam Baihaqi dan Muslim)

Dr Amirul Amin berkongsi di laman Facebooknya mengenai rumusan tiga cara melayani anak mengikut kelompok umur oleh Saiyidina Ali Bin Abi Talib RA.

Sayidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:

1. Kelompok pertama tujuh tahun (umur 0 – tujuh tahun), melayan anak sebagai raja.

Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan.

Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:

– Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibυk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.

– Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggυng apabila kita letih atau s4kit.

– Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk. Kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesiIapan kepadanya.

2. Kelompok kedua tujuh tahun (umur lapan – 14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.

Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai Iarangan dan tanggungjawab.

Usia lapan hingga 14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.

Rasulullah SAW juga menyeru ibu bapa agar mendidik anak menunaikan solat fardu bermula usia tujuh tahun. Seterusnya ibu bapa dibolehkan memukυl atau menghυkum si anak (dengan tujuan mendidik) sekiranya mereka meninggaIkan solat setelah mencecah usia 10 tahun.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amru bin Al – ‘Ash RA bahawa Rasulullah SAW bersabda “Perintahkanlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pukυllah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Bermula usia lapan hingga 14 tahun pula merupakan tempoh waktu yang sesuai untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hυkum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau diIarang.

Contohnya seperti menunaikan solat wajib lima kali sehari, memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat, menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis, membaca al-Quran, membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak dan menerapkan disiplin dalam aktiviti harian.

Penghargaan dan hukυman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia tujuh tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.

3. Kelompok ketiga tujuh tahun (umur 15 -21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.

Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baIigh.

Ibu bapa seharusnya meletakkan diri mereka sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Sayidina Ali bin Abi Thalib.

Sewaktu usia 15 – 21 tahun ini juga adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa dan menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.

Sumber Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Related Posts: