Faraid dan wasiat merupakan mekanisme penting berkaitan agihan harta dalam Islam. Terma faraid merujuk kepada pemberian bahagian-bahagian tertentu kepada waris selepas kematian pewaris, manakala terma wasiat ialah perakuan sumbangan atas suatu hak yang disandarkan pemberiannya selepas berlaku kem4tian pemberinya.
Dapat diperhatikan bahawa kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu melibatkan pemindahan hak milik harta kepada pemilik yang baharu terutama selepas kematian empunya asal harta tersebut.
Selagi pemunya harta masih hidup, maka harta tidak akan berlaku pindah milik sama ada melalui hukum faraid mahupun wasiat. Selain itu, keduanya meletakkan syarat bahawa seseorang yang didapati bersalah sebagai pembunυh kepada pemunya asal sesuatu harta tidak layak sama sekali untuk diraikan melalui hukum faraid dan wasiat. Ini bermakna pembunuh tidak akan mendapat harta pusaka si mati tersebut.
Walaupun kedua-dua terma ini memfokuskan tentang agihan harta, namun setiap satunya mempunyai perbezaan tertentu seperti yang dibincangkan oleh ilmuan fiqh bagi menunjukkan keunikan dan fungsi setiap satu daripadanya.
Status hukυm
Hukum asal pensyariatan faraid dan wasiat adalah berbeza. Bagi faraid, ketetapan untuk akur tentang kewajipan tersebut adalah suatu bentuk kewajipan setiap Muslim. Allah SWT mengingatkan manusia untuk lebih berwaspada apabila melibatkan harta pusaka.
Firman Allah selepas menerangkan bahagian faraid melalui ayat 11 dan 12 dalam Surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-NYA, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-NYA, dan melampaui batas-batas Syariat-NYA, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.” (Surah an-Nisa, ayat 13-14)
Hukum asal wasiat pula hanyalah sunat kerana wasiat merupakan sebahagian kebajikan yang digalakkan dalam memperbanyakkan pintu kebaikan seseorang walaupun selepas kematian. Perlu diingat walaupun wasiat hukumnya sunat, tetapi peraturannya berada pada hierarki ketiga berkaitan hak-hak utama yang melibatkan peninggalan si m4ti iaitu selepas digunakan untuk belanja urusan pengurusan jenaz4h dan pembayaran hutang. Hierarki ketiga ini berlaku sebelum agihan secara faraid dilakukan ke atas harta pusaka si m4ti tersebut.
Bilangan rukun
Rukun sesuatu perkara dalam Islam merupakan asas kepada terjadinya perkara tersebut. Jika sesuatu rukun tidak lengkap maka sesuatu peraturan itu tidak akan terjadi. Bagi faraid dan wasiat, keduanya mempunyai bilangan rukun yang berbeza. Peraturan faraid hanya menetapkan tiga rukun sahaja iaitu pewaris (si mati) (al-muwarrith), waris (al-warith) dan harta (al-mawruth). Manakala dalam wasiat, empat rukun diperlukan iaitu pewasiat (al-musi), penerima wasiat (al-musa lahu), harta (al-musa bihi) dan lafaz.
Dapat diperhatikan di sini, walaupun tanpa lafaz hukum faraid tetap akan dijalankan apabila berlaku kematian dalam sesebuah keluarga. Akan tetapi sesuatu wasiat tidak mungkin terjadi tanpa ada sebarang lafaz terutama ‘ijab’ yang dibuat oleh pemunya harta semasa hidupnya lagi.
Kedudukan penerima
Faraid menetapkan bahawa syarat kepada penerima ialah mereka yang berkedudukan waris sahaja kepada si m4ti. Sedangkan peraturan wasiat membenarkan untuk penerimanya terdiri daripada bukan waris. Justeru itu, kefahaman yang jitu tentang waris dalam ilmu faraid sangatlah diperlukan. Setiap waris layak mendapat habuan melalui peraturan faraid sahaja. Manakala bukan waris layak melalui peraturan wasiat dalam Islam.
Tiga kategori waris utama yang perlu difahami ialah waris ashab al-furud, waris ‘asabah dan waris dhawi al-arham. Kedudukan waris ashab al-furud dan ‘asabah adalah lebih disepakati menurut pandangan jumhur ulama fiqh berbanding waris dhawi al-arham. Perbezaan penerima harta pusaka dalam faraid dan wasiat menunjukkan keduanya mengajar kita tentang pengurusan harta keluarga masing-masing. Mereka yang hanya mempunyai anak angkat dalam sesebuah perkahwinan seharusnya merancang untuk agihan harta dibuat secara wasiat kerana anak angkat tidak layak memperolehi harta secara faraid kerana mereka juga bukan waris dalam keluarga tersebut.
Hukum faraid menetapkan formula tertentu melibatkan kadar harta pusaka yang perlu diagihkan kepada waris. Nas-nas syarak primer terutama yang dikenali dengan ayat pusaka (ayat-ayat al-mawarith) iaitu ayat 11, 12 dan 176 daripada surah al-Nisa’ merupakan sebahagian garis panduan asas berkaitan formula faraid iaitu peraturan pembahagian faraid dalam Islam. Enam pecahan menjadi formula faraid utama iaitu satu perdua (1/2), satu perempat (1/4), satu perlapan (1/8), dua pertiga (2/3), satu pertiga (1/3) dan satu perenam (1/6). Berbeza dengan faraid, hukum wasiat hanya meletakkan satu kadar maksimum yang dibenarkan untuk agihan iaitu sebanyak satu pertiga (1/3).
Impak non Muslim
Peraturan faraid meletakkan syarat yang sedikit ketat iaitu memastikan waris dan si mati mempunyai hubungan Islam sahaja. Ini bermakna berbeza agama antara si mati dan waris menyebabkan agihan faraid tidak boleh dilaksanakan atau dikenali sebagai penghalang faraid. Sekali lagi perkara berkaitan beza agama ini tidak berlaku dalam peraturan wasiat.
Sekiranya seseorang Muslim mewasiatkan hartanya kepada ahli keluarganya yang non Muslim, masih dibenarkan dan bukanlah dianggap sebagai halangan dalam wasiat. Bahkan berkemungkinan ia menjadi sebahagian dakwah bi al-hal bagi setiap hujung nyawa mualaf yang masih menjaga hubungan keluarga asalnya.
Sumber Zahari Mahad Musa
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.