Lelaki Ini Berjaya Kuruskan Badan Lepas Susah Nak Solat, Rahsianya Hanya EIak Nasi & Makan 12 Biji Telur Sehari

 

Kalau sebelum pengarah terkenal ini memang mengalami masalah berat badan melampaυ.

Tetapi segalanya berubah apabila penampilan terkini Heykal Hanifah yang juga suami kepada pelakon Faezah Elai sudah jauh berubah.

Penampilannya mula mendapat perhatian ramai apabila dilihat semakin kurus dan kacak.

Heykal menafikan dakwaan netizen mengatakan dia membuat pembedahan bariatrik atau pot0ng usus, sebaliknya hanya mengamalkan pemakanan sihat.

“Pot0ng usus? Tidak ada masa nak buat. Buang duit saja. Kalau boleh buat cara yang mampu iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, buat saja. Tapi kalau mampu dengan cara pembed4han, terpulang. Masing-masing punya selera dan pilihan,” katanya.

Menurut Hekyal, beratnya kini mencapai 75 kilogram, dia mengamalkan diet pemakanan dengan memakan 10 hingga 12 biji telur sehari serta tidak menyentuh nasi sejak tiga tahun lalu.

“Selepas itu ambil keputυsan, lagi pula anak-anak kecil lagi dan masih sekolah, takυtlah kalau jadi apa-apa masalah atau s4kit.

“Dengan kesedaran itu, saya dan isteri ambil langkah amalkan gaya hidup sihat iaitu diet. Macam-macam diet saya buat dari segi pemakanan. Isteri yang banyak uruskan pemakanan saya sampai sekarang. Saya tahu kalau lapar, dia buatlah apa yang patut. Cuma, tahap kelaparan tak macam dulu.

“Sepanjang diet hingga sekarang, teruk juga menu saya. Ada sampai tiga bulan makan telur saja setiap hari iaitu 10 hingga 12 biji sehari dengan pelbagai jenis masakan. Hinggakan saya terkena peny4kit Gerd disebabkan diet teruk.

“Tapi sekarang alhamdulillah okay dah selepas jumpa doktor dan diberikan ubat. Doktor juga menyarankan menu yang boleh dimakan. Dalam masa sama, saya juga tak makan nasi dari 2019 sampai sekarang,” katanya.

Dulu Nak Solat Pun Susah

Dalam pada itu, Heykal berkata disebabkan berat badannya lebih 100 kilogram sebelum ini menyebabkan dia mengalami masalah s4kit pinggang dan sukar ketika menunaikan solat. Katanya lagi, dia juga berharap dapat meneruskan gaya hidup sihat yang diamalkannya kini.

“Ketika berat masih lebih 100kg nak solat dan duduk antara dua sujud pun sυsah. Saya juga sakit pinggang sebab terlalu berat.

“Nak tengok perkembangan badan saya semua ada di Intagram. Siapa ‘follow’ saya memang nampak perkembangan. Tidak adalah mendadak turun. Mungkin lepas ni kalau tak jaga naik balik, tapi tak nak lah.

“Tahap koIestrol, kencing m4nis, dan lain-lain semua dah normal. Sebelum ni semua di tahap ‘border’. Alhamdulillah sekarang dah okay dan semoga dapat teruskan gaya hidup sihat ini,” katanya.

Sumber Rapi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.