“Mungkin lni Hikmah Allah Nak Hadiahkan Pada Aku” – Video Anak Rita Rudaini Menghafaz al-Quran Undang Sebak Netizen

 

Umum mengetahui pelakon Rita Rudaini membesarkan anak-anaknya sendiri selepas berpisah dengan pasangannya. Bagi yang mengikuti kisahnya, pasti tahu bagaimana liku-liku kehidupan yang ditempuhi sendirian namun apa yang menjadi inspirasi pada masyarakat khususnya kaum hawa adalah kecekalannya mengharungi setiap dugaan.

Kelantangannya bersuara dalam menuntut haknya dan anak suatu ketika dahulu mengundang kec4man netizen. Pelbagai gelaran yang diterima namun Rita tetap utuh berdiri dan mempunyai pendiriannya sendiri.

Melalui posting terbaharunya di aplikasi Tiktok, video anak sulangnya Ryan sedang menghafaz Al-Quran mengundang sebak netizen.

Mana taknya, tak semua ibu bapa mampu mendidik anak-anak sebaik dan setaat ini. Tetapi Rita Rudaini mampu melakukannya seorang diri.

“Mungkin ini hikmah ALLAH nak hadiahkan pada aku.. Walaupon kami xperfect macam orang lain tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’

Rita juga sempat lahirkan kerinduan terhadap anak sulungnya itu yang kini tinggal di asrama penuh.

‘Mommy n adik xsabar nak tunggu Ryan balik’

Di ruangan komen, ramai netizen sebak dengan posting ini malah ada yang melahirkan kekaguman terhadap Rita Rudaini yang membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.

Komen netizen:

@OrkedPurple_1911:MasyaAllah… bahagianya tgk.. rita awk ni insan trpilih.. dikurniakan ank yg soleh penyejuk mata

@kak fatt:alhamdulillah moga asbab anak2 soleh ni nnt terbuka hati mommy utk berubah amminn

@lehafirdaus751:subhanaAllah…sebak tgk…anak yg hebat hasil Dr didikn sesorg ibu yg hebat ..tahniah buat Rita

@Aja Haris:sama ngan anak saya. alhamdulillah baru je khatam 30 juzuk bulan lepas. kelas online 2 thn,thn ni baru leh buat hafazan betul di sek. all the best!

@norainiabubakar44:Alhamdulillah teringat kt ank dulu kt ululalbab.. Menghafai dri awal seblum subuh. Alhamdulillah ank kt US sekrg

@NIK NAJWA:dapat didik anak kenal Allah dan quran adalah kejayaan sebenar.. dan kebahagiaan yg palinggg besar.

Kredit tiktok@ritrud727

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.