Dahulu Beliau Meniti Mulut Setiap Remaja, “Saya Dah Rasa Dunia GIamor, Cukuplah” – Shima Reda Berstatus Asnáf & Diuji Sákit

 

Suatu ketika dulu penyanyi popular era 80an dengan lagu Teringin, Shima pernah hidup mewah dan mempunyai ramai peminat. Namun kini dia harus reda menerima ketentuan takdir apabila diuji dengan peIbagai dugaan hidup.

Tidak lagi aktif dalam dunia seni dan menerima tawaran persembahan, Shima atau nama penuhnya Ku Nazatul Shima Ku Kamaruzzaman mengakui dia mengalami s4kit belakang. Keadaan kesihatan yang tidak menentu mengehadkan pergerakan dan kemampuannya untuk bekerja.

Dalam perkongsian menerusi temu bual bersama Nona tidak lama dulu, disebabkan kurang tawaran menyanyi dan keadaan Shima yang menderita sIip disc, isteri Abdullah Rusli ini membuka warung makan Teringin di perkarangan rumahnya untuk menampung hidup.

Walau keuntungan yang diterima tidak semewah mana, namun ia sekurang-kurangnya membantu perbelanjaan mereka suami isteri di samping keperluan ubat-ubatannya setiap bulan.

Kongsinya, “Saya dah rasa dunia glamor ini.. cukuplah. Dah rasa semua. Kita ni macam roda ada masa di atas, ada masa di bawah dan jatuh terduduk. Kena kuat, bangun dan berusaha.

Alhamdulillah, suami banyak beri sokongan juga dari keluarga dan ibu. Tidak kira sesiapa pun walau bukan artis misalnya suri rumah tangga, kena kuat dan bangun. InshaAllah rezeki tak akan salah alamat.”

Bagaimanapun pada pertengahan 2019, dia menerima perkhabaran yang meruntun jiwanya apabila tergolong sebagai asnaf. Pun begitu, Shima akur menerima kenyataan.

“Memang saya dijulang dan undangan persembahan pula tak putus diterima. Tapi sekarang saya terima hakikat sedang susah. Tak perlu saya ego nak menafikan perkara ini kerana ia ujian Allah.

Saya tak pernah minta apa-apa daripada masyarakat. Tapi peluang tak diberikan untuk mencari rezeki. Malah persembahan yang bayar mudah pun saya pergi.”

Rentetan sakit belakang dan s4kit saraf yang dialami, Shima turut dilaporkan mengalami Iemah pundi kenc!ng dan perlu menggunakan Iampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.

“Makin lama kehidupan makin sukar kerana masalah sakit belakang semakin serius membuatkan saya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.”

Ekoran itu dia telah dimaklumkan pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) bahawa dirinya termasuk dalam golongan asnaf.

“Gugur jantung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan asnaf. Tak dinafikan hiba juga mendengarnya tapi apa nak buat kerana ini kenyataan yang perlu saya terima.”

Semoga ada pihak terbuka hati membantu dan menghuIurkan sumbangan kepada Shima. Nona juga harap agar kesihatan Shima segera sembuh dan tabah mendepani Iiku kehidupan.

Sekadar info, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman (lahir 12 September 1969) atau lebih dikenali dengan Shima merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau dikenali dengan menyampaikan lagu rock yang bernada tinggi sangat memukau peminat muzik rock tanahair suatu masa dahulu.

Sumber Nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.