Jutawan BerIian Ini Sanggup Hantar Anak Ke Pedalaman Hyderabad, Anak Alami Sendiri Keperitan Hidup Mencari Sesuap Nasi

Corak pemikiran orang kaya raya biasanya tidak mampu diramalkan, malahan cara mendidik anak-anak mereka juga begitu mengejutkan.

India memiliki jutawan Savji Dhanji Dholakia, pengerusi syarikat pembuatan dan pengeksport berlian terkenal dunia, Hari Krishna Exports Pvt Ltd (HK) yang berpangkalan di Surat, Gujarat dengan pendapatan tahunan AS$2.1 bilion (RM9.4 bilion) dan nilai peribadi dianggarkan AS$38 bilion (RM170 bilion).

Tetapi jutawan yang memiliki syarikat perniagaan berlian di 71 negara ini sangat tegas dengan pendidikan anak-anak apabila mereka tidak dibenarkan berbelanja secara bebas berdasarkan identiti sebagai generasi kedua Dholakia yang kaya raya.

Bagaimana Savji Dholakia mendidik anak-anak keluarga Dholakia?

Dikatakan salah seorang anak lelaki keluarga Dholakia, Hitarth Dholakia yang berusia 23 tahun sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di salah satu universiti berprestij di New York, Amerika Syarikat dan telah kembali ke Mumbai, India semasa percutian musim panas.

Pada mulanya, Hitarth bercadang menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Tetapi bapanya, Ghanshyam Dholakia, salah seorang pengasas HK Diamond Exports, memberi kejutan dengan memintanya tidak ke rumah agam mereka tetapi meneruskan perjalanan menuju ke pedalaman Hyderabad dari lapangan terbang.

Savji dan Ghanshyam memintanya tinggaI di bandar Kochi yang pelik dan serba kekurangan selama sebulan, dengan tiada telefon bimbit, dan hanya memberinya 7 ribu rupee (RM393). Bapanya mahu Hitarth mengalami sendiri hidup dalam kem!skinan, juga nilai bagaimana untuk mencari wang dan memberi nafkah untuk diri sendiri.

Pada mulanya, Hitarth tidak mempunyai tempat tinggaI atau pekerjaan, dan dia terus menemui halangan ketika mencari pekerjaan. Hitarth ditolak oleh 60 syarikat. Sehingga hari kelima, sebuah kedai pencuci mulut di bandar kecil Cheranallur memutuskan untuk mengambil Hitarth bekerja sebagai pencuci pinggan.

Kemudian itu, anak jutawan ini bekerja di pusat panggilan sebuah kilang pembuatan, kedai kasut, dan restoran makanan segera. Hitarth sangat terkejut dengan kehidupan yang sukar.

“Saya berpendidikan di AS, dengan memegang lesen juruterbang dan pemegang GIA Diamond Grading, tetapi semuanya tidak berguna di Hyderabad. Saya berasa amat susah mencari pekerjaan selepas wang yang ada telah kehabisan,” kata Hitarth kepada India Today.

“Saya bernasib baik menemui tempat tinggal dengan sewa 100 rupee (RM6) yang dikongsi bersama 17 orang penghuni di Secunderabad, selepas itu saya terus mencari pekerjaan, bekerja beberapa hari, mendapat gaji dan berhenti,” katanya.

Hitarth bertukar pekerjaan sebanyak 4 kali dalam masa 4 minggu dan berjaya menjana pendapatan sebanyak 5,000 rupee (RM281) pada akhir bulan.

“Saya tidak pernah risau tentang wang sebelum ini, tetapi sekarang saya adakala tidak dapat makan pun. Kos makanan kira-kira 47 rupee (RM2.65),” katanya yang dapat merasai kesulitan itu dan dia benar-benar bergelut. Sebulan kemudian, Hitarth Dholakia telah berjaya menyempurnakan cabaran yang diberikan oleh bapanya.

Keluarga Dholakia telah mengikuti tradisi ini selama bertahun-tahun dengan menghantar anak-anak mereka ke ‘dalam buangan dari kehidupan mewah’. Pintu Tulsi Bhai Dholakia, 31 tahun adalah anak lelaki pertama dalam keluarga yang menjalani ‘kehidupan sebenar’ bersama orang biasa dan hidup susah. Kini Pintu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hari Krishna Exports Pvt Ltd.

Begitu juga pada tahun lalu, keluarga itu menghantar anak lelaki mereka yang berkelulusan MBA berusia 23 tahun ke Kochi bagi membolehkannya belajar tentang perjuangan hidup dan memikul tanggungjawab.

Savji Dholakia merupakan saudagar berlian terbesar di India. Walaupun beliau salah seorang antara 20 taikun berlian terkaya di dunia, jutawan ini sangat pemurah kepada pekerjanya.

Tahun lalu, beliau dengan kemurahan hatinya telah memberikan 400 pangsapuri, dan 1,260 kereta serta wang tunai kepada 1,716 pekerja cemerlangnya sempena perayaan Deepavali.

Sumber Era

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.