10 Fadhilat Air ZamZam, Sebaik - Baik Air Di Muka Bumi Yang Memacu Kemajuan Kota Mekah

 

Apabila disebut Masjidil Haram, salah satu yang sinonim dikaitkan dengan kota suci umat Islam itu sudah tentu air zam-zam.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit.”

Terdapat banyak kelebihan dan fadhilat air zam-zam seperti yang dinyatakan dalam buku Fadhlu Ma’ Zamzam seperti berikut…

1.Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak menandakan kemuliaannya. Dalam Taj al-Arus, dinukilkan daripada Ibn Birri, terdapat 12 nama air Zamzam.

2.Air Zamzam sebaik­ baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al­Fakihi dalam Akhbar Makkah.

3. Air zamzam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al­Musannaf. Imam al­Nawawi berkata: “Pendapat yang asah bahawa mengikut zahirnya, ia daripada syurga.”

4. Air zamzam adalah hasil kurniaan Allah s.w.t yang utama kepada kekasih­Nya, Nabi Ismail a.s.

5.Air zamzam sebagai tanda yang nyata kemuliaan Tanah Haram Mekah. Inilah pendapat Imam Ibn al­Daiba’ al­Syaibani.

6. Air zamzam terbukti mujarab doa sama ada penyembuh daripada penyakit dan lain­-lain. Ini berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Air zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan izin Allah s.w.t).” Hadis ini juga diriwayatkan oleh perawi yang lain seperti Ibn Abi Syaibah, Ahmad, Ibn Majah dan al­Baihaqi dalam al­Sunan.

Imam al­Nawawi Rahimahullah berkata: Kami telah meriwayatkan daripada sahabat iaitu Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Air zamzam itu kerana apa ia diminum, iaitu mengikut tujuan bagi diminum.” -­ Riwayat Ibn Majah.

Sebahagian ulama telah minum air zamzam bagi tujuan mulia dan mereka dapat tujuan itu. Maka sunat bagi siapa yang hendak minum air zamzam bagi diampunkan dosanya atau disembuhkan penyakit serta lain-lain tujuannya. Maka dia menghadap kiblat, kemudian ia membaca basmalah, kemudian ia berkata: “Ya Allah, telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang di atas.”

7.Air zamzam ialah air yang diberkati dan mengenyangkan. Abu Zar al­Ghifari r.a telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Mekah sehingga bertemu Rasulullah s.a.w dan seterusnya memeluk Islam. Menurut beliau, setelah bertemu Rasulullah s.a.w, baginda bertanya kepadanya, “Sejak bila kamu berada di sini?” Jawabnya, “Sejak 30 hari yang lalu.”

Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Siapa yang memberi kamu makanan?” Jawab Abu Zar r.a., “Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zamzam sahaja. Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah merasa lapar.”

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesungguhnya zamzam merupakan air yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan (orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan).” ­ Sahih Muslim no. 2473, Syarah Sahih Muslim 16/30.

8. Allah S.W.T telah menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Mekah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi tersebut.

9. Imam Ibn Hajar berkata, “Sunat bagi tiap-­tiap orang minum air zamzam, menurut suatu hadis yang diriwayatkan oleh al­Imam Muslim. Air zamzam itu adalah berkat dan makanan yang mengenyangkan dalam beberapa hari yang banyak tetapi mestilah dengan niat yang betul.”

Ini yang berlaku kepada sahabat Abu Zar r.a. (di awal keIslamannya di Mekah) bertambah dagingnya dan tubuhnya semakin sihat. Menurut riwayat Imam Daud al­Thayalisi, “Air Zamzam itu ubat bagi sebarang penyakit sama ada zahir yang dapat dikesan atau batin yang rumit dan sukar dinyatakan. Oleh yang demikian, maka sunat kepada semua orang Islam untuk minum air zamzam agar niat dan hajatnya tercapai sama ada di dunia atau di akhirat.”

10.Banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik. (Hal ini kerana orang munafik tidak mempercayai kelebihannya).

Dari Ibnu ‘Abbas ra, Rasulullah saw bersabda: Maksudnya, “Air Zamzam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air Zamzam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail as.” (HR Daruqutni dan Hakim)

Sumber Utusan TV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.