Rupanya Ada Yang Dah Lama Perhati Apa Remaja 12 Tahun Ini Suka Buat, Juarai Golf Walau Autisme

 

Kalau tanpa seorang pembantu guru menyedari apa yang Bayleigh Teepa-Tarau suka lakukan, mungkin bakat terpendam remaja autisme berusia 12 tahun ini tiada siapa yang tahu.

Itu dialami Bayleigh yang menjadi buah mulut orang ramai selepas memenangi kejohanan golf kebangsaan di New Zealand walaupun menggunakan kayu golf yang dipinjam dan memakai kasut bola keranjang.

Pembantu guru dan jurulatih golf, Whetu Wiremu, berkata, beliau sejak beberapa bulan lalu sudah lama memerhati Bayleigh suka menghayun kayu sepanjang masa.

Juarai golf walau autisme, rupanya ada yang dah lama perhati apa remaja 12 tahun ini suka buat

Oleh sebab itu, beliau mencadangkan agar pelajar lelaki itu mencuba sukan golf, lapor laman berita Oddity Central.

Mungkin ‘berkat’ galakan Whetmu itulah, Bayleigh memperoleh 87 mata Stableford meskipun hanya menamatkan tiga pusingan sembilan lubang.

Beliau berjaya menewaskan semua peserta lain dalam Sukan Persatuan Sekolah Menengah (AIMS) baru-baru ini dengan membawa pulang pingat emas.

“Bayleigh tidak mengetahui perkara teknikal mengenai golf, namun dia hanya melangkah ke hadapan dan memukul bola.

“Dia menyukai sukan itu dan minatnya mendorong dia bermain golf dengan baik,” kata Whetu.

Pencapaian Bayleigh yang mengagumkan dalam kejohanan remaja berprestij itu telah membuka mata orang ramai di New Zealand.

Remaja berkenaan juga ‘dikejar’ beberapa organisasi yang kini bekerjasama mengumpul dana bagi memastikan Bayleigh mencapai potensi penuh dalam sukan golf.

Kejayaan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berbakat itu juga mendorong lebih ramai golongan muda senasibnya untuk tidak mudah berputus asa sebaliknya bangkit mengejar cita-cita.

Sumber NS

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.