Usia Bukan Jadi PenghaIang, Fauziah Nawi Mahu Sambung Kejar Doktor Falsafah

 

Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi menyatakan hasratnya menyambung pelajaran bagi mendapatkan gelaran Doktor Falsafah meskipun kini meniti usia 70 tahun.

Memetik laporan Utusan Online, seniwati Fauziah Nawi kini sedang mengintai peluang untuk menyambung pengajian yang sesuai untuk merealisasikan hasratnya mengenggam doktor falsafah (PhD).

Sarung jubah dan topi graduasi lebih seronok berbanding trofi menang anugerah

Fauziah yang juga graduan ijazah sarjana daripada Open Universiti Malaysia serta diploma dalam bidang lakonan daripada Meatech Creative Academy berkata, dirinya sangat gembira disaat menyarung jubah dan topi semasa majlis graduasi berbanding membawa mana-mana trofi anugerah kemenangan.

“Bila naik atas pentas dan pakai topi semasa majlis graduasi, saya rasa seronok sangat. Lebih gembira daripada dapat trofi anugerah. Lebih-lebih lagi saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik,”luahnya.

Syukur ramai bantu, anak sanggup ambil kelas diploma

Fauziah juga meluahkan rasa syukur kerana perjalanannya menimba ilmu dipermudahkan dengan pertolongan bantuan daripada rakan-rakan termasuk anak yang snaggup mengikuti kelas diploma yang sama dengannya.

“Nasib saya baik sebab kawan-kawan ramai yang bantu. Anak saya yang sudah memperoleh ijazah daripada pusat pengajian di United Kingdom sanggup ambil kelas diploma yang sama demi memberi sokongan kepada saya untuk belajar,”luahnya.

Fauziah yang baru sahaja menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kurniaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga tidak menafikan menerima layanan dan bayaran lebih baik sejak menggenggam sijil kelayakan berbanding dahulu.

“Sebelum ini, bila tiada sijil atau kelayakan, orang hanya berikan token sebagai bayaran.
“Penting rupanya kelayakan apalagi jika kita berurusan dengan kerajaan. Kadang universiti pun ada panggil. Mereka bayar harga lain sesuai dengan taraf pendidikan kita.
“Untuk saya kelayakan banyak membantu. Jika orang tak panggil saya berlakon, saya akan mengajar. Contohnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengajar dalam talian. Bayaran tidaklah banyak mana, namun cukuplah hidup,” tambahnya lagi.

Pelakon telefilem Quran Pondok Buruk berkata demikian pada sidang akhbar memorandom perjanjian antara Metrowealth International Group (MIG) dan Meatech Creative Academy di Wisma Metrowealth.

Sumber Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif OKay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.