Petua Guna Limau Asam Boi Rawat Batuk DegiI, Lagi Lama Peram Lagi Elok

Mungkin musim tak menentu sekarang ni mempengarui kesihatan ramai.

Di mana sahaja pasti ade orang batuk mahupun selsema.

Ada yang sudah mencuba pelbagai jenis ubat batuk dari dos yang rendah sehingga paling kuat masih sama sahaja.

Jadi, ikhtiar yang seterusnya boleh cuba cara tradisional menggunakan limau asam boi.

Ramuan yang digunakan ini dikatakan sangat mujarab untuk menghilangkan batuk yang susah nak kebah. Jom cuba!

Menurut wanita yang berkongsi petua ini, ia sebenarnya ramuan kaum Cina.

“Pagi ni sediakan ramuan ubat batuk, pesakit autoimmune macam saya kalau batuk susah nak kebah. So ini la ubat batuk saya selama ni.

“Ini adalah ramuan zaman dulu kala bagi kaum Cina. Kalau ada sahabat yang ada anak-anak batuk dah lama dan tak sembuh boleh cuba,” ujarnya.

Bahan-bahannya;

  • 2 sudu makan madu
  • Air 3/4 balang
  • Limau dan asam boi sama banyak

Cara membuatnya;

1. Bancuh air madu isi dalam botol kaca atau plastik.

2. Belah dua limau jangan putus. Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.

3. Isi asam boi dalam limau. Isi limau ke dalam air madu tadi.

4. Ambil dua sudu makan bancuh dengan air suam (cara minum madu begitu supaya cepat diserap oleh badan), lagi lama perap lagi. bagus.

*Menarik bukan petua ini? Kalau anda sudah mengalami batuk selama berminggu-minggu, boleh cuba petua ini!

Semoga bermanfaat!

Sumber FB Nor Hasnah Abdul Kadir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.