Suka Berselfie Petanda Sakit MentaI! Ini Tanda & Kategorinya Wanita Boleh Semak Diri

 

Selfie yang merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar untuk tujuan dimuat turun ke laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dan sebagainya.

Kini ia menjadi fenomena di seluruh dunia di kalangan pelbagai peringkat usia. Baik yang dewasa, remaja mahupun golongan kanak-kanak.

Pun begitu, hati-hati jika anda salah seorang mempunyai tabiat suka berselfie kerana terdapat kajian menyatakan ia salah satu tanda miliki penyakit mental!

Menurut Pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak amalan itu secara berlebihan hingga boleh mendatangkan kemudaratan sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang.

“Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai salah satu mental disorder terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.

“Setakat ini terdapat kajian dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie,” ujarnya.

Terdapat tiga jenis kategori;

Beliau yang juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, melalui kajian itu, lebih 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.

1. Selfitis borderline bermaksud mereka uyang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial.

2. Selfitis akut dikategorikan mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gmbar dalam media sosial.

3. Selfitis kronik pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial.

Menurutnya, berdasarkan ketiga-tiga selfitis itu, selfitis akut dan kronik akan mendorong individu itu melibatkan diri dalam aktiviti swafoto bahaya.

“Mereka juga dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan atau tekanan dan personaliti kepada umum.

“Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto itu semakin berkurangan,” katanya.

Miliki ciri ‘narsisistik personaliti’

Dalam pada itu, Dr Rusdi menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsisistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti anxiety disorder, dan ketagihan.

“Kita tak pasti sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Bagaimanapun jika dilihat perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan kompilasi penyakit mental.

“Contohnya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit was-was atau kurang berkeyakinan berkaitan penampilan, malah mereka akan berselfie kerana mahu memastikan diri kelihatan sempurna dalam alam maya,” katanya.

Ujarnya lagi, berswafoto juga dikaitkan dengan individu yang bangga dengan diri sendiri, mengharapkan pujian orang ramai.

Hati-hatilah dalam berselfie ya. Berselfie itu tak salah namun biarlah berpada-pada dan janganlah sehingga memudaratkan diri mahupun mengabaikan sensitiviti. Cuba semak diri anda dalam kategori yang mana.

Sumber  Mingguan Wanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Related Posts: