Selepas bermimpi bulan jatuh ke riba… - “Apakah benar mimpimu ini Shafiyah?

Pada malam itu, si isteri bermimpi melihat bulan purnama jatuh ke ribaannya. Apabila terjaga, si isteri lantas menceritakan mimpi itu kepada suaminya. Si suami, lantas naik berang sambil berkata: “Apakah benar mimpimu ini Shafiyah? Barangkali engkau hendakkan Raja Hijazz, si Muhammad itu?”

Akibat berasa cemburu, si suami terus menampar si isteri dengan sekuat hati. Tamparan itu menyebabkan pipi si isteri membengkak.

Sehari-harian si isteri menangis mengenangkan kekejaman suaminya. Si isteri tidak menyangka, niatnya bercerita bermimpi bulan purnama telah menimbulkan perasaan cemburu di hati suaminya.

Tidak lama selepas peristiwa itu, berlakulah peperangan Khaibar. Si suami yang menjadi benteng Qumush, pertahanan perang Yahudi itu berjaya dibunuh tentera Islam.

Setelah si suami terbunuh, si isteri yang menjadi balu ketika berusia 17 tahun dibawa ke hadapan Rasulullah. Serta-merta dia teringat kembali mimpi bulan purnama jatuh ke ribanya. Sekarang dia sedang berada di hadapan Nabi yang sangat dicemburui suaminya. Dia terpegun melihat wajah Nabi bersinar bak bulan purnama.

Lantas tanpa disangka, baginda menutup kepalanya dengan kain ridak. Baginda lalu bertanya: “Adakah Shafiyah mahu dibebaskan, kembali kepada kaummu Yahudi atau menerima Islam?”

Shafiyah menjawab: “Wahai Rasulullah aku amat mengharapkan Islam dan telah aku pastikan akan menerima jemputanmu! Sekarang aku amat bertuah berada di hadapanmu ya, Rasulullah dan aku diberi pilihan antara kafir dan Islam. Aku bersumpah demi Allah dan Rasul-Nya lebih aku kasihi, daripada kebebasanku dan kembali kepada kaumku!”

Baginda tersenyum. Akhirnya Shafiyah diislamkan oleh Nabi sendiri. Setelah mengucap dua kalimah syahadah, baginda bertanya : “Mahukan Shafiyah menjadi isteriku?”

“Aduhai Rasulullah, aku telah bercita-cita hendak berkahwin dengan Rasulullah ketika aku masih musyrik (kafir) lagi. Betapa tidak ya Rasulullah, sekarang Allah telah membolehkan, setelah aku masuk Islam,” beritahunya.

Tujuan Rasulullah berkahwin dengan Shafiyah untuk mengurangkan dendam kesumat Yahudi terhadap orang-orang Islam yang dikalahkan dalam Perang Khaibar. Akhirnya, semasa tiba di al-Sabha, dalam perjalanan pulang ke Madinah, baginda berkahwin dengan Shafiyah.

Setelah berkahwin, Shafiyah bercerita tentang mimpi bulan jatuh ke ribanya dan peristiwa ditempeleng suaminya, Kinanah Ibn Ar Rabi. Shafiyah menunjukkan kesan bengkak akibat ditampar kepada Nabi yang masih berbekas di pipinya.

Baginda tersenyum sambil memberitahu mimpi Shafiyah yang dialami itu benar. Shafiyah pula gembira mimpinya menjadi kenyataan.

Setelah berkahwin, Shafiyah selalu disindir oleh madunya seperti Siti Aisyah dan Siti Hafshah mengenai salasilah keturunannya, bangsa Yahudi.

Rasulullah mengajar Shafiyah supaya menjawab begini: “Suamiku Nabi Muhammad, datukku Nabi Harun dan bapa saudaraku, Nabi Musa. Shafiyah, terangkan kemuliaan keturunan kamu!”

Apabila disindir, Shafiyah terus menjawab seperti diajar Nabi. Akhirnya madu-madunya diam seribu bahasa. Siti Aisyah dan Siti Habsah tahu kata-kata yang diucapkan Shafiyah itu diajar oleh Rasulullah s.a.w

NOTA : Nama sebenar Shafiyah ialah Shafiyah Huyai Ibn Akhtab, seorang wanita keturunan Yahudi dari Kabilah Bani An-Nadhir, yang juga daripada keturunan Nabi Harun. Shafiyah meninggaI dunia ketika berusia 60 tahun dan dikebumikan di Perkuburan Baqi di Madinah.

Sumber Pedoman Iktibar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

 

Related Posts: