Kenali Diri Sebelum Turunkan Berat Badan


Kesihatan kita dipengaruhi berbagai faktor seperti cara hidup, persekitaran dan keturunan. Tabiat pemakanan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip keseder hanaan dan kepelbagaian makanan akan membantu kita menjaga dan meningkatkan kesihatan.

Piramid Makanan Malaysia yang digabungkan dalam Panduan Pemakanan Malaysia bertujuan menjadi bahan pengajaran dalam menterjemahkan prinsip pemakanan yang baik sebagai satu amalan harian. Panduan pemakanan ini secara umumnya sesuai digunakan oleh kita semua.

Pengambilan makanan berlebihan serta pelbagai faktor lain menyebabkan berat badan bertambah dan berat badan berlebihan boleh me ngundang risiko penyakit serius seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi dan sebagainya.


Bagaimanapun, sesetengah daripada kita mengambil jalan mudah untuk menurunkan berat badan. Tidak hairanlah ada yang sanggup mengambil pil kurus serta mengambil minuman herba yang kononnya mampu menurunkan berat badan. Bagi mereka yang mampu, pusat pelansingan dan pengurusan berat badan adalah pilihannya.

Selain menyediakan pelbagai rawatan terkini dengan penggunaan mesin yang canggih, rawatan tersebut sebenarnya mempunyai kelebihan dan keburukannya. Apapun semua ini bergantung kepada pilihan individu itu sendiri.

Jalan terbaik untuk memastikan kesihatan dan kecantikan badan seiring adalah dengan melakukan senaman dan aktiviti kecerdasan yang mampu membakar lemak serta mengembalikan kecergasan diri.

Ini diakui oleh beberapa orang individu yang sanggup berkongsi pengalaman mereka dalam mengikuti beberapa siri aktiviti kecergasan.

Apapun kata kuncinya adalah menjaga amalan pemakanan dan diseimbangkan dengan aktiviti kecergasan.

Berikut panduan sebelum anda mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan.

Sumber Kesihatan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.