‘Dia Hantar Lagu Pada Saya’ – Abang Tesla Imbau Kenangan Perkenalan Dengan Isteri Kedua

 

Kecoh di media sosial sejak minggu lalu apabila seorang influencer di TikTok yang popular dengan Abang Tesla memuat naik sebuah video memaparkan isteri menangis sebelum bernikah dengan isteri kedua.

Isu ini menjadi lebih panas apabila influencer berusia akhir 20-an ini turut meninggalkan komen berkahwin untuk mendapatkan zuriat.

Terbaharu, Abang Tesla bersama isteri pertama yang tampil menerusi Gempak berkongsi pengalaman berkenalan dengan isteri kedua iaitu Nursyafiqa Mohd Hanafi.


Menurut Abang Tesla, beliau membuat keputusan untuk bernikah dengan Syafiqa selepas beberapa bulan berkenalan. Beliau memaklumkan berkenalan dengan wanita itu menerusi platform media sosial selama 6 bulan sebelum menikah pertengahan bulan Ogos.

“Kami berkenalan melalui Insta Story, dia hantar lagu pada saya. Kami kenal begitulah,” ulas Abang Tesla.

Dalam pada itu, Abang Tesla turut memaklumkan perkahwinan beliau direstui seluruh keluarga.

Abang Tesla turut memaklumkan turut belajar secara mendalam sebelum mengambil keputusan untuk berpoligami tentang bagaimana cara untuk lebih menghargai isteri.

Sementara itu, beliau turut berharap orang ramai dapat berdoa agar hubungan mereka dipermudah dan baik-baik sahaja.

Sumber Vocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.