Kanak-kanak memang mudah terpengaruh dengan apa yang mereka tonton.
Sebagai contoh, ada si manja kita yang mahu menjadi seperti watak adi wira selepas menonton filem-filem animasi popular seperti Iron Man, Superman atau Spiderman.
Disebabkan itu, mereka biasanya akan meminta ibu bapa untuk membelikan kostum pilihan bagi meniru watak kegemaran masing-masing.
Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di bandar Vichuloma, Oruro, Bolivia.
Beliau dilaporkan sanggup membiarkan dirinya digigit seekor labah-labah hitam berbisa dengan harapan akan berubah menjadi watak superhero, Spiderman.
Lapor The Mirror, kanak-kanak tersebut menemui serangga yang 15 kali lebih berbisa daripada ular orok-orok itu di bawah batu ketika bermain di tepi sebatang sungai.
Menurut Ketua Program Penyakit Zoonotik, Jabatan Kesihatan Oruro, Ernesto Vasquez, si kecil itu dikatakan mahu menjadi seperti watak Peter Parker dalam filem Marvel yang diberi kuasa ajaib dan bertukar menjadi Spiderman selepas tangannya digigit oleh labah-labah.
“Tanpa memikirkan risiko, kanak-kanak tersebut mengambil dan meletakkan labah-labah di belakang tapak tangannya sebelum haiwan araknid itu menggigitnya,” katanya.
Beliau kemudian menyimpan labah-labah berkenaan di dalam sebuah balang dan membawanya pulang ke rumah.
Tidak lama selepas itu, badannya mula rasa sakit dan mengalami kekejangan otot yang sangat teruk namun enggan memberitahu kedua-dua ibu bapanya.
Pun demikian, apabila kesihatannya semakin teruk, ibunya telah memaksa kanak-kanak tersebut menceritakan apa yang telah terjadi.
Susulan itu, budak yang tidak didedahkan namanya itu dikejarkan ke hospital berdekatan.
Doktor telah memberikan ubat dengan cepat bagi menstabilkan kondisinya.
“Penawar khusus telah diberikan bagi meneutralkan racun dalam badannya supaya tidak mendatangkan sebarang kesan lain,” kata jabatan kesihatan tersebut.
Insiden serupa pernah berlaku di bandar Chayanta, Bolivia pada tahun 2020.
“Penawar khusus telah diberikan bagi meneutralkan racun dalam badannya supaya tidak mendatangkan sebarang kesan lain,” kata jabatan kesihatan tersebut.
Insiden serupa pernah berlaku di bandar Chayanta, Bolivia pada tahun 2020.
Ketika kejadian, tiga orang kanak-kanak berusia 12, 10, dan lapan tahun telah membiarkan diri mereka digigit seekor labah-labah hitam dengan tujuan yang sama iaitu mahu menjadi Spiderman.
Sebagai ibu bapa, kita perlu awasi apa yang ditonton oleh anak-anak dan sentiasa berpesan supaya mereka tidak meniru aksi-aksi bahaya.
Sumber Sinar Plus
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.