“Saya pernah terkena di RNR di Tasik Raban, Perak, kawasan Lenggong. Siap makan dan solat lagi. Tup-tup munt4h bila dapat tahu yang RNR itu sebenarnya sudah lama tutup.
Dah naik lalang pokok dah tempat itu,” demikian perkongsian individu yang menggunakan nama samaran, Seterus Menerus.
Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar tahun 2013 ketika dia dan tiga lagi rakannya dalam perjalanan ke rumah sahabat mereka di Kuala Kangsar.
Masa tu dalam tahun 2013, kalau tak sil4p. Kami dalam perjalanan nak pergi ke rumah kawan, ada kenduri. Jadi kami berempat melalui Jalan Lenggong itu. Rumah kawan terletak di Kuala Kangsar. Jalan nak pergi ke rumah kawan kami ini boleh tahan juga sɛramnya.
Dalam perjalanan, kami berempat terasa amat lapar. Jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di RNR Tasik Raban. Masa itu, keadaan RNR meriah. Majoriti orang semua dok pakat pakai pakaian putih. Tak terfikir yang bukan-bukan pula pada masa itu sebab kami berempat.
Masa itu jam di tangan menunjukkan jam 8.20 malam. Kami keluar dari kereta dan pergi solat dulu. Selesai solat, kami pun pergilah makan. Suasana pada malam itu memang sɛjuk. Pengunjung memang ramai dan pemandangan pun cantik. Maklumlah atas bukit, bawa tasik.
Selesai makan, kami pun kekenyangan dan kami menyambung kembali perjalanan ke rumah kawan kami yang sudah tidak beberapa jauh dari RNR itu. Lebih kurang baki dalam tujuh kilometer lagi.
Apabila sampai di destinasi, kawan pun tanya kenapa lewat sampai. Saya pun jawablah,
“Bawak kereta slow-slow. Takut terl4nggar b4bi. Hihihi!”
Kami pun gelak bersama-sama.
“Dah makan ke belum? Kalau belum, jom masuk makan dulu,” pelawanya.
“Kami dah makan tadi di RNR Tasik Raban”, jawab salah seorang rakan saya.
Kata-katanya membuatkan kawan saya itu tadi terkɛjut bɛruk.
“Weh! Biar betul?” soalnya.
“Yela, kami lapar, itu yang singgah.” jawab rakan itu tadi.
“Weh! Korang tau tak yang RNR itu dah berzaman tµtup. Mana ada kedai buka di atas tu,” tegasnya.
“Weh! Jangan main-main!” saya dah mula risau.
“Betul lah! Buat apa aku nak t1pu!” tegasnya.
Selepas itu, kami semua munt4h-munt4h tak ingat dunia. B4unya jangan ditanya, b4u macam b4ngkai. Bila disuluh munt4h-munt4h itu, mak aih! Macam ulat-ulat bergerak sana sini. Ya Allah, malam itu semua tak dapat nak tidur dan malam itu juga terus tidur di rumah kawan itu sebab tak boleh nak gerak malam itu juga.
Keesokan harinya, bila kami lalu semula di depan jalan masuk ke RNR tu, Ya Allah, memang sungguh RNR itu sudah lama tµtup.
RNR TASIK RABAN DAH LAMA DITUTUP
Dah berhutan. Tetapi apa yang kami pel1k ialah, jalan nak masuk ke RNR itu dah ditutup dengan bongk4h batu besar. Macam mana kereta kami boleh masuk?? Tak masuk akal sungguh.
Semenjak dari peristiwa yang menyer4mkan itu, kami lebih berhati-hati. Terpulanglah sama ada korang nak percaya atau tidak.
Sumber lenggong2lipis.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.