“Tak perlu beri salam, saya bukannya Islam” – Perempuan Tánpa KepaIa Di Hospital Perak

 

Angin malam mencɛroboh masuk dari tingkap yang ternganga luas, lalu menghembus ke tubuh Haji Mohd. Yassin Haji Abu Bakar yang terlantar di katil. Kesejukannya men4mpar kulit, lalu Haji Yassin menarik selimutnya.

Dia memɛjamkan mata yang masih belum juga mengantuk, walaupun sudah merangkak ke pukul 12.20 pagi. Puas mengiring ke kiri, Haji Yassin kalih ke kanan, namun masih tidak dapat tidur.

Haji Yassin membuka matanya semula, dan…

“Ehhh…” dia terkejut sebaik terpandang seorang wanita berpakaian serba putih perlahan-lahan masuk dari tingkap yang terbuka luas lalu menghampiri katilnya.

“Jururawat ke?” dia mengagak, “tapi…”

Haji Yassin cuba bangkit, namun tubuhnya seolah-olah telah diikat pada katil. Wanita tersebut terus mara ke arahnya yang masih terp4ku, sebelum masuk dari celah tirai yang terbuka, lalu berhenti kira-kira semeter saja dari Haji Yassin.

Suasana sunyi. Kedinginan malam itu menambahkan lagi ketakutan yang telah membalut perasaan Haji Yassin.

Masa seakan terhenti…

“Aaa… aaa… Assalamualaikum…” Haji Yassin menyapa wanita tersebut.

Tiada jawapan.

“Assalamualaikum,” dia memberi salam sekali lahi selepas sapaan pertama tidak dijawab.

“Tak perlu beri salam, saya bukannya Islam,” jawab wanita itu dengan suara lembut.

Haji Yassin terdiam. Dia memandang wanita yang berpakaian serba putih itu dari atas ke bawah sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran. Dia ingin bertanya banyak perkara tapi bibirnya tidak mampu dibuka.

Selepas lebih seminit berlalu tapi wanita itu masih tidak berganjak, Haji Yassin menutup matanya semula. Dadanya berdebar. Inikah wanita misteri berpakaian putih yang selalu diceritakan orang, soalnya sendirian.

Haji Yassin pernah mendengar kisah wanita berbaju putih yang kerap berlɛgar di hospital tersebut. Sejak dibuka beberapa bulan lalu, ada pes4kit dan kakitangan hospital menyebarkan cerita mereka diganggu kejadian-kejadian men4kutkan. Ada yang mendengar wanita menyanyi dan mendodoi anak. Tidak kurang juga melihat seseorang tanpa kepala merayau-rayau di tempat gelap.

Salah satunya yang dihebohkan ialah mengenai wanita berbaju putih tanpa kepala dan tubuhnya terawang-awang yang berdiri di hadapannya itu!

Haji Yassin memejamkan matanya rapat-rapat dan membaca ayat-ayat suci. Kini dia yakin akan kebenaran cerita-cerita yang dihebohkan orang.

Selepas lama memejamkan mata, akhirnya keyakinan datang semula. Dengan kalimah bismillah hirrahman nirrahim, Haji Yassin membuka mata.

Dia memandang sekeliling lalu mengurut dada. Wanita tanpa kepala itu sudah ghaib.

“Alhamdulillah,” dia mengucap syukur.

Esoknya awal-awal pagi lagi Haji Yassin sudah berkemas. Dengan hanya berkain sarung Haji Yassin meningg4lkan hospital biarpun cuba dihalang oleh pihak hospital kerana pɛnyakit kɛncing manis dan jantungnya agak krit1kal. Tapi Haji Yassin tetap berkeras.

“Duduk wad ni lagi bah4ya. Silap-silap saya meninggal terkɛjutkan benda tu, bukan sebab s4kit jantung,” kata Haji Yassin selepas menceritakan apa yang disaksikannya malam itu.

Walaupun kawasan tersebut sudah dipulihkan dan tiada lagi gangguan-gangguan menakutkan tapi Haji Yassin berharap itulah kali terakhir dia bermalam di wad hospital berkenaan.

Di hospital manakah kejadian ini berlaku? Biarlah ia menjadi rahsia, nanti ramai pula yang enggan ke hospital tersebut.

Sumber Misteri Dan Seram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.