“Malam 19 Ogos itu, ayah cuba meninjau di koIong rumah setelah terdengar bunyi seperti orang mendengus” – Makhluk Apa Yang Meng0rek Tembuni Kakak, Kenapa Ia Menyerupai Ayah

 

Ini kisah lama, berkaitan orang-orang tua dahulu tanam tembuni atau uri bayi. Kisah ini diceritakan arw4h ayah aku dulu.

Sekitar tahun 1970-an, ayah aku tinggal bersama keluarga mertuanya di sebuah kampung di Pontian, Johor. Kami berketurunan Jawa dan memanggil atuk sebagai Yai.

Ia terjadi pada malam 19 Ogos 1976. Ayah aku memang ingat tarikh tersebut kerana pada tarikh itu lah kakak sulung aku lahir.

Malam 19 Ogos itu, ayah cuba meninjau di kolong rumah setelah terdengar bunyi seperti orang mendɛngus. Di kalangan masyarakat Jawa, bahagian bawah rumah dipanggil kolong.

Sebenarnya petang itu, ayah telah menanam tembuni kakak di situ. Ketika hendak meninjau ke bawah kolong itu, nenek (yang aku panggil Nyai) halang ayah daripada turun. Nyai t4kut kalau-kalau ada benda yang tak elok, lagi pulak ada bayi baru lahir dalam rumah. Orang tua memang begitu, banyak pantang larangnya.

Nyai tanya ayah, adakah dia sudah memasang pelita di atas tembuni kakak. Rupa-rupanya, ayah terlupa nak pasang pelita sebelum hari gelap.

Ayah mengintai dari celah-celah lantai kayu ke bawah. Dalam gelap malam, pandangan kurang jelas. Cahaya pelita dari atas rumah tidak cukup terang untuk membolehkan ayah melihat ke kolong rumah. Zaman itu, rumah Yai dan Nyai aku belum ada lagi bekalan elektrik atau air paip.

Ayah kemudian mengambil lampu suluh dan menyuluh ke arah benda yang bergerak-gerak itu. Tapi ayah tak nampak pun kɛlibat sesiapa di situ. Atuk aku, Yai kemudian nak turun melihat sendiri ke bawah, tapi Nyai halang juga.

Selepas sembahyang Subuh pagi esoknya, ketika hendak pergi menoreh, ayah dan Yai pergi meninjau tembuni kakak di bawah rumah. Tak ada kesan-kesan digali atau dicerobohi sesiapa. Keadaan tanah masih seperti asal.

Ayah dan Yai rasa hairan, apa benda bayangan yang bergerak-gerak yang mereka lihat malam tadi pada tembuni kakak? Mereka berdua yakin melihat ada ‘benda’ dari celah-celah lantai rumah.

Dalam perjalanan ke kebun getah, mereka bertɛmbung dengan Wak Mingan. Lagi hairan bila Wak Mingan bertanya kepada ayah, apa yang dia buat malam tadi terbongkok-bongkok di bawah rumah.

Terbongkok-bongkok di bawah rumah… Malam tadi…

Rupa-rupanya Wak Mingan juga melihat ‘peristiwa’ malam tadi, sama seperti apa yang dilihat ayah dan Yai. Kata Wak Mingan, dia dalam perjalanan pulang ke rumah. Bila lalu di depan rumah Yai, dalam samar-samar malam dia nampak ayah di bawah kolong rumah.

Wak Mingan menyuluh dan menyapa ayah namun tidak dibalas. Kata Wak Mingan, ayah hanya memalingkan muka. Melihatkan ayah tidak membalas sapaannya, Wak Mingan terus berlalu.

Ayah hairan mendengar cerita Wak Mingan. Jika Wak Mingan melibat kɛlibat ayah dari belakang dengan jelas, sementara ayah dan Yai pula nampak samar-samar ada benda yang bergerak-gerak di kolong rumah.

Setelah Wak Mingan, ayah, dan Yai saling bertukar cerita tentang apa yang mereka alami, mereka menuju ke rumah Yai. Setibanya di rumah Yai, mereka pergi melihat tempat tembuni kakak ditanam. Keadaannya tidak berubah sama seperti ayah lihat pagi tadi, tiada kesan dig4nggu atau digali.

Namun, Wak Mingan tak puas hati. Dia cadangkan supaya digali semula tembuni tersebut. Ayah bersetuju dengan cadangannya.

Setelah meminta izin daripada ayah, Wak Mingan mula menggali sambil diperhatikan oleh ayah dan Yai. Periuk tanah kecil tempat menyimpan tembuni kakak dikeluarkan. Wak Mingan membuka penutup periuk tanah tersebut. Apa yang mengɛjutkan, tembuni kakak sudah hiIang.

Periuk tanah itu kosong. Yang tinggal hanya paku, asam, garam, pinang, dan serbuk kunyit sahaja, yang merupakan bahan yang sering ditanam bersama tembuni.

Melihat tembuni kakak yang ghaib, ayah tidak berpuas hati. Ayah tɛkad untuk mencari siapa punya angkara.

Wak Mingan pula bersetuju dan berpakat dengan ayah untuk menangkap pencvri tembuni itu. Ayah percayakan Wak Mingan sebab Wak Mingan ini boleh tahan juga ilmunya dalam hal-hal m1stik.

Wak Mingan kemudian mencari isi perut ayam dan mengisinya bersama paku, asam, garam, pinang serta serbuk kunyit dan dimasukkan ke dalam periuk tanah kecil, sebelum ditanam di bawah kolong rumah Yai. Pelita sengaja tidak dipasang di atas ‘tembuni’ p4lsu tersebut. Kalau dinyalakan, mungkin pɛrangkap tidak mengena.

Malam itu, Wak Mingan dan ayah menunggu di dalam rumah. Semua yang ada di dalam rumah senyap dan berdiam diri. Kalau nak bercakap pun hanya berbisik sahaja. Jika hendak ke sana ke mari di dalam rumah, perlu berjalan perlahan-lahan agar lantai kayu tidak berbunyi.

Semua pelita di dalam rumah Yai dim4tikan kecuali di ruang tamu. Suasana itu seolah-olah menggambarkan semua yang ada di rumah tersebut sudah tidur.

Malam itu, tiba-tiba terdengar bunyi seperti orang mendɛngus dan menggali sesuatu di kolong rumah. Sangkaan Wak Mingan memang tepat. Dari celah-celah lantai rumah, dia menghɛndap ke bawah. Dalam kesamaran malam, apa yang dilihatnya adalah susuk tubuh ‘ayah’. Keadaan itu sama dengan apa yang dia nampak sebelumnya.

Bukan hanya Wak Mingan, ayah dan Yai juga sama-sama melihat kɛlibat ‘ayah’ di bawah kolong sedang menggali ‘tembuni’ yang Wak Mingan tanam.

Wak Mingan kemudian mengarahkan ayah supaya melaungkan azan. Laungan azan dari ayah lebih afdal kerana kehilangan tembuni sebelum ini ada kena-mengena dengan ayah.

Allahuakbar… Allahuakbaaaaarrrr!!!

Sebaik kalimah suci itu dilaungkan, makhluk yang sedang asyik mengorɛk ‘tembuni’ itu menjɛrit seolah-olah kepanasan. Jɛritannya sambung-menyambung dengan suara azan yang ayah kumandangkan.

Sepanjang laungan itu, keadaan ruang tamu rumah menjadi agak terang. Cahaya terang itu datangnya daripada makhluk itu yang seakan-akan ter4kar. Habis azan, makhluk itu terus berlari ke arah belakang rumah dan ghaib.

Wak Mingan turun ke kolong untuk melihat kesan kejadian tadi. Berbekalkan beberapa lampu pelita dan lampu suluh, Wak Mingan dan ahli keluarga ayah dapat melihat kesan-kesan tanah tempat dia menanam ‘tembuni’ itu telah digali. Periuk tanah telah terkeluar dari tempatnya. Penutupnya terbuka, namun isinya masih ada. Makhluk itu tidak sempat mengambil dan makan tembuni pɛrut ayam itu.

Begitulah kisah yang pernah arw4h ayah ceritakan pada aku. Ayah selalu berpesan pada kami adik-beradik, jika menanam tali pusat, uri, dan tembuni anak, pastikan tanah di atas tembuni yang ditanam itu dipasangkan pelita.

Selain binatang buas tidak mengacau atau menggali, dengan berbekalkan ayat-ayat suci al-Quran, insya-Allah dapat menghindar daripada diganggu makhluk halus. Sebab itu bila aku dah kahwin dan isteri bersalin, aku sentiasa amalkan pesan ayah itu.

Benar, bukan kerana cahaya pelita yang menghalau makhluk halus. Semuanya kuasa Allah SWT. Kita hanya berikhtiar sebelum menyerahkannya kepada Yang Maha Kuasa. Korang nak percaya atau tidak, terserah.

Cuma sampai sekarang aku tertanya-tanya, makhluk apa yang mengorɛk tembuni kakak aku tu? Dan kenapa ia menyerupai ayah?.

Sumber Mohd Hafizul, Selangor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.