Ada orang yang menganggap cerita-cerita mistɛri atau ‘h4ntu’ sesuatu yang k4rut. Tapi tidak bagi mereka yang pernah ada pengalaman dengan kisah-kisah pelik begini.
Saya juga ada beberapa pengalaman aneh sepanjang lebih setengah abad usia saya. Terpulanglah kepada anda yang membaca hendak percaya atau pun tidak. Ini antara beberapa pengalaman pelik yang pernah saya lalui…
1.Bertemu Lembaga Sekɛrat Manusia.
Kejadian ini sudah lama berlaku, sewaktu saya masih bujang dan berusia awal 20-an. Ketika itu, hampir setiap malam antara pukul 11.30 hingga 12.30 malam, rumah saya sentiasa tercium bau wangi. Bau haruman pelbagai jenis bunga seperti bau bunga melur, cempaka dan kenanga.
Kebiasaannya selepas bau wangi muncul, saya akan nampak lɛmbaga seorang wanita berbentuk separuh manusia. Tapi, lɛmbaga itu tidak pula mengganggu saya. Emak saya amat tahu dengan kisah ini. Selalunya apabila tercium bau wangi itu, emak akan datang kepada saya dan membacakan ayat-ayat suci al-Quran.
Selalunya bau dan penampakan wanita itu berlaku dalam tempoh setengah jam ke 45 minit. Selepas dibacakan ayat-ayat suci, kelibat wanita dan bau wangi itu perlahan-lahan hilang.
Kejadian itu berlarutan sehinggalah saya berkahwin. Selalunya dalam tempoh seminggu, tiga ke empat kali lɛmbaga sekɛrat manusia itu datang ke rumah saya. Pernah saya berikhtiar berubat secara tradisional dan diberi ayat pendinding bagi mengelak dig4nggu makhluk tersebut.
Ada yang kata, lɛmbaga itu Puteri Melor tujuh beradik dari Gunung Jerai. Ada pula yang kata ia ada kaitan dengan hobi saya semasa bujang yang suka memikat burung murai. Memang ketika itu saya sering ke Gunung Jerai untuk memikat burung. Setiap kali pergi, saya biasa tangkap dua tiga ekor murai.
Mungkin itu penunggu burung murai seperti yang diberitahu kepada saya. Entahlah, saya tidak dapat pastikan kesahihannya. Cuma, makhluk itu walaupun muncul tidaklah mengganggu saya, dan ia tidak lagi menampakkan diri setelah saya berkahwin.
2.Wanita Cantik Memakai Mahkota.
Kejadian anɛh ini saya alami pada tahun 2005. Ketika itu hampir pukul 3.00 pagi, saya sedang melepak bersama dua rakan, Rizal dan Saat di sebuah kedai makan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kemudian Rizal memberitahu kami, dia ternampak dua orang wanita tanpa kɛpala sedang berjalan. Tetapi Saat pula memberitahu, dia melihat dua wanita yang lengkap sifatnya tetapi memakai mahkota di atas kepala.
Jarak antara kami dengan dua perempuan itu sejauh 50 meter, kira-kira selang dua tiang elektrik. Saya lihat memang ada dua wanita sedang berjalan di tepi jalan raya ke arah kami.
Apa yang menghairankan, Rizal bersungguh-sungguh memberitahu bahawa dua wanita itu tidak ada kepala. Bila bertɛlagah, Rizal suruh Saat tengok melalui celah kel4ngkang sendiri. Kalau tak nampak kaki berpijak atas jalan, itu H4NTU. Kalau nampak penuh, itu MANUSIA.
Saat pun ikut suruhan Rizal, tengok melalui celah kel4ngkang, Katanya, dia nampak wanita itu ada kepala, kaki berpijak atas jalan. Kedua-dua wanita itu memakai gaun putih labuh melɛret di tanah.
Kami terus menunggu dua perempuan itu berjalan ke arah kami. Bila sudah sampai di depan kami, saya terus bertanya, “Nak ke mana pagi-pagi buta ni”.
Salah seorang wanita itu menjawab: “Nak ke Kepala Batas!”
Entah kenapa ketika itu, dua rakan saya terus bangun tanpa berkata apa-apa. Saat masuk dalam kereta terus balik. Manakala Rizal pula hidupkan enjin motor terus pɛcut, tinggalkan saya seorang.
Saya tidak pula rasa t4kut. Saya cuba mengajak dua wanita cantik itu berbual tetapi mereka terus berjalan. Tidak lama kemudian saya lihat dua wanita itu berpatah balik menuju ke arah Sungai Petani. Tak lama selepas melintasi saya, kedua-dua wanita itu ghaib bagaikan dibawa kabus.
Yang menghairankan, kedua-dua wanta itu memakai mahkota berwarna putih yang dihiasi batu permata merah di tengahnya.
Siapa dua wanita itu. Manusiakah, atau…
3.Bertemu Perempuan Cina.
Kisah ini berlaku pada tahun 2004. Lebih kurang pukul 10.00 malam ketika sedang menunggang motosikal, saya ternampak seorang perempuan Cina sedang berjalan dalam jarak 100 meter menuju ke arah Tokong Cina Bumbung Lima.
Keadaan ketika itu sunyi. Tiada orang lain. Ketika melintasi wanita itu, saya berhenti seketika dan bertanya, “Rumah di mana”
Perempuan Cina itu menjawab: “Sana (menunjukkan arah Bumbung Lima).”
Kemudian perempuan itu masuk ke bilik air di tokong berkenaan. Saya terus menunggu di sebuah pondok telefon dalam jarak 30 meter. Tak lama kemudian saya nampak perempuan Cina itu keluar dari bilik air dan terus berjalan menuju ke arah lampu jalan besar. Sampai di bawah lampu, perempuan Cina memakai skirt itu tiba-tiba ghaib.
Bila hilang, saya berpusing-pusing cuba mencarinya di kawasan sekeliling tapi tidak berjumpa. Kemudian saya dekati tandas di tokong yang dimasuki perempuan itu. Saya terkɛjut sebab pintu tandas berkunci dengan mangga.
Kalau pintu tandas itu berkunci, macam mana perempuan Cina itu masuk dan keluar dan ke mana pula dia ghaib.
4.Perempuan Bertudung Bawa Sedulang Makanan.
Kejadian ini berlaku sekitar tahun 1990-an. Ketika itu saya bertugas sebagai seorang pengawal di sebuah pusat latihan pertanian di Kepala Batas. Pukul 3.00 pagi, sewaktu sedang meronda saya ternampak seorang perempuan muda bertudung membawa sedulang makanan.
Dalam dulang itu ada pulut kuning, ayam panggang dan buah kurma. Sekali imbas, dulang yang dibawa itu seperti orang hendak memvtus ubat. Tapi, belum sempat saya hendak bertanya, tiba-tiba saja perempuan itu ghaib.
Siapa perempuan bertudung mengusung dulang itu. Kawasan pusat latihan itu tidak ada sesiapa. Hanya saya seorang berkawal malam itu.
Sebenarnya sebelum itu pun, saya pernah ternampak sebuah perkampungan indah terbentang di hadapan mata saya di kawasan itu. Kejadian ini juga berlaku antara pukul 3.00 hingga 3.30 pagi.
Ketika itu saya nampak ada bendang terbentang luas. Ada padang dan sekumpulan kanak-kanak bermain sambil bersuka ria. Saya menjadi asyik melihat perkampungan tersebut.
Ketika saya sedang seronok melihat kanak-kanak itu bermain, rakan sekerja bernama Hamid yang sedang meronda memanggil nama saya. Saya tersentak. Dan pemandangan kampung yang saya lihat itu juga hilang.
Saya tanya Hamid, ada nampak tak budak-budak sedang bermain-main tadi.
Anɛh, Hamid tidak nampak apa-apa. Jadi, perkampungan apa yang saya lihat pukul 3.00 pagi itu? Siapa budak-budak yang sedang bermain-main itu.
Siapa perempuan yang membawa dulang tersebut.
Sumber Hashim Saat dari Kedah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.