Memang benar sɛnjata paling ampuh umat Islam ialah doa. Dengan doa, apa sahaja boleh berlaku. Kehebatan doa jugalah telah merubah diri saya.
Sebenarnya, saya tidak mahu lagi memandang zaman silam saya dahulu. Malu rasanya hendak menceritakan perkara yang lalu. Tetapi, saya perlu juga berkongsi perkara ini dengan semua untuk kita sama-sama jadikan pengajaran. Sekiranya pengalaman yang saya lalui ini baik, ambillah sebagai iktibar tetapi jika merasakan sebaliknya, abaikanlah.
Saya mahu mulakan cerita begini. Semenjak waktu sekolah lagi, saya memang anak yang deg1l. Saya suka mel4wan kata ayah dan ibu. Saya sukar dikawal. Saya lebih dewakan kawan-kawan, semua yang mereka cakap sangat benar pada pandangan mata saya.
Kehidupan saya semakin hari semakin li4r dan jauh dari ajaran agama. Setiap hari, saya hanya memikirkan untuk bersama kawan-kawan. Apabila berada di rumah, ada sahaja yang tidak kena, saya berasa sungguh bosan.
Tamat SPM, saya membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur bersama teman-teman seangkatan dengan saya. Masa itu saya umpama burung yang berterbangan bebas di angkasa. G4ri yang melingkari tangan saya sudah terlepas dan saya merasakan cukup indah di saat itu.
Apabila sudah tiada kawalan, hidup saya ibarat layang-layang. Bebas ke mana sahaja, boleh melakukan apa sahaja tanpa kawalan. Di sini saya mula terjebak dengan hidup s0sial yang sebenar. Saya mula kenal d1sko dan muzik techn0.
Rambut saya bertukar merah dan fesyen pakaian juga telah berubah. Makin singkat baju itu, semakin saya suka. Dalam fikiran saya tidak memikirkan perkara lain kecuali mencari wang dan berhibur.
Pada satu hari saya telah bertemu dengan seorang jejaka yang mula membuatkan hati saya berbunga. Dia bukan calang-calang orang, penyanyi kumpulan r0ck pertengahan 90-an. Dia seorang yang baik dan memahami jiwa saya.
Diringkaskan cerita, setelah hampir lima tahun mengenali dia, kami menghadapi sedikit masalah dalam percintaan. Akhirnya saya dan dia membawa haluan masing-masing. Namun sepanjang perpisahan itu, sehari pun saya tidak dapat melupakannya. Hati saya tertutup untuk orang lain.
Perasaan rindu sentiasa membu4k-bu4k. Walaupun berbagai cara yang saya lakukan untuk melupakannya, namun perasaan cinta dan sayang makin menebal. Apabila keseorangan saya berasa sungguh sunyi. Saya mula mencari keseronokan di luar bersama kawan-kawan kerana ketika berada di rumah saya berasa sunyi.
Dulu saya lɛka dengan hiburan, muzik dan kawan-kawan. Tetapi keseronokan itu hanya sementara, balik ke rumah jiwa saya kosong semula.
Bermacam-macam-macam masalah menerj4h ke dalam minda. Sampai ke satu tahap, fikiran saya menjadi terlalu k4cau. Berbagai cara saya lakukan untuk mengatasinya, namun semua tidak berhasil.
Saya merenung segala yang berlaku, akhirnya saya akui, semua ini berlaku disebabkan saya telah jauh meninggalkan agama. Saya merasakan, jalan yang terbaik ialah saya perlu kembali semula kepada fitrah asal saya.
Waktu inilah saya berpɛrang dengan n4fsu. Jiwa saya memang hendak kembali taat kepada perintah Allah SWT, tetapi n4fsu saya mer0nta-r0nta tidak mahu melakukannya. Saya gagahkan juga untuk berlawan dengan n4fsu.
Saya terus melangkah masuk ke dalam tandas untuk mengambil wuduk. Apabila paip air dibuka, tiba-tiba saya tidak dapat menahan perasaan sedih. Saya terduduk, ya Allah! Bagaimana aku hendak memulakannya. Akibat terlalu lama meninggalkan solat, saya telah lupa bagaimana hendak mengambil wuduk.
“Ya Allah! Begitu jauh aku meninggalkanMu. Aku sesat ya Allah. Bantulah aku Ya Allah!” Saya memohon pertolongan dari Allah SWT.
Saya sedar, kini saya tidak mampu lagi mengharungi masalah ini sendirian. Saya perlu tempat berg4ntung. Saya yakin, hanya Allah SWT sahaja yang boleh membantu membin4sakan kejah4tan yang membatu di dalam fikiran saya. Sedikit demi sedikit saya cuba mengingati semula. Sungguh menyeks4kan pada saat itu.
Tapi Allah Maha Kuasa, walaupun saya sudah lama melupakanNya, namun saya masih dapat merasakan kasih sayangNya. Selesai menunaikan solat, saya dapat merasakan jiwa saya sungguh damai. Tidak pernah saya merasakan perasaan sedamai itu. Air mata tidak henti-henti berjurai ke pipi. Saya rasa amat bersyukur dapat sujud kepada Maha Pencipta setelah bertahun-tahun saya merɛwang jauh.
Saya mahu tinggalkan semua itu, tetapi bukan perkara mudah. Jiwa saya berpɛrang, setiap hari saya berdoa semoga Allah SWT temukan saya dengan orang yang boleh membimbing saya ke jalanNya.
Setiap kali mahu melakukan ibadah, saya sering berpɛr4ng dengan n4fsu. Selain itu, ada juga kawan-kawan yang cuba menjadi pengh4lang untuk saya melakukan kebaikan. Mereka bukan memberi semangat, malah ada juga yang mengajak saya kembali ke lembah yang gelap. Kadang-kadang ada juga saya kembali terleka, tetapi mujur Nur itu masih lagi menyinar.
Saya kembali risau dengan diri saya. Setiap kali selepas solat, saya berdoa kepada Allah SWT agar memberikan saya seseorang yang boleh membimbing saya ke jalan benar kerana iman saya tidak kuat untuk bertahan lama.
Wajah ayah dan ibu juga mula bermain di mata. Sudah lama rasanya saya tidak pulang ke kampung menjɛnguk mereka. Apa khabar agaknya mereka sekarang. Satu persatu persoalan menerjah ke dalam fikiran. Akhirnya saya terlelap bersama persoalan itu.
Pada malam itu, saya didatangi satu mimpi. Dalam mimpi itu saya melihat, kekasih lama saya. Peliknya, saya lihat wajahnya sungguh bercahaya. Dia memakai serban dan juga jubah. Dia tersenyum ke arah saya tanpa mengucap sepatah kata. Saya cuba mengatakan sesuatu, namun ianya tenggɛlam. Saya hanya tergamam melihat wajahnya yang sudah lama saya rindui.
Apabila terjaga, wajahnya bermain-main di depan mata. Rasa rindu itu makin mendalam. Satu persoalan menerjah ke dalam fikiran saya ialah, adakah dia yang Allah SWT hantar untuk membantu saya.
Sekiranya betul-betul dia, adakah dia boleh membimbing diri saya? Bukankah dia seorang penyanyi r0ck dan pernah h4nyut dibuai keasy1kan hiburan duniawi bersama saya.
Selang dua minggu kemudian, saya sekali lagi bermimpi bertemu dengan bekas kekasih saya itu. Wataknya juga sama seperti yang saya lihat dalam mimpi itu. Berserban dan berjubah. Wajahnya kali ini lebih berseri-seri. Bibirnya juga sentiasa mengukir senyuman.
Saya berasa hairan kerana selama mengenalinya, tidak pernah saya lihat dia memakai serban dan jubah. Ini membuatkan hati saya makin kuat mengatakan, dialah yang terbaik untuk menjaga saya. Di dalam jaga, saya tercari-cari di mana dia. Namun, segala usaha saya tidak berhasil. Kawan-kawannya juga telah lama tidak bertemu dengannya.
Dua minggu kemudian, saya sekali lagi didatangi mimpi. Kali ini saya bermimpi berada dalam sebuah rumah di sebuah padang yang tandus dan gersang. Di keliling saya adalah padang pasir yang sangat luas. Sebaik sahaja membuka tingkap, saya lihat satu ombak api sedang menuju ke arah saya. Api itu sangat besar dan dengan sekelip mata saja, api itu telah menjil4t rumah saya. Rumah saya hangvs, tetapi mujurlah saya terselamat.
Selepas itu saya terus tersedar. Dalam sedar, saya menangis. Mimpi itu sungguh menakvtkan. Saya tidak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar memberikan saya kekuatan supaya tidak lagi tergelincir ke lembah hina. Mungkin ini petunjuk dari Allah SWT, saya tidak dapat bayangkan jika perkara itu benar-benar berlaku. Saya bimbang itu adalah satu petanda yang api nɛraka menanti untuk membakar diri saya atas d0sa silam saya.
Sambil menangis, saya berdoa kepada Allah SWT agar cepat-cepat menghantar seseorang untuk saya bergantung harap kepadanya. Saya takut hanyut kembali ke jalan yang gelap.
Keesokannya, saya terpandang wajah kekasih saya dalam sebuah majalah hiburan. Masya Allah, saya terkejut apabila melihat dia kini sudah berubah. Pakaiannya yang saya lihat semasa di dalam mimpi sama dengan apa yang dipaparkan dalam majalah hiburan itu. Berserban dan berjubah.
Waktu itu saya tidak dapat menahan sebak. Kerinduan kepadanya makin memuncak. Saya yakin, dialah yang boleh membimbing diri saya. Saya perlukan cahaya untuk meneruskan langkah hayat yang belum tahu bila berakhirnya.
Maha suci Allah, lebih kurang sebulan kemudian, saya dibawa oleh kakak dan abang ipar saya ke Puduraya. Saya sendiri tidak pasti kenapa dia membawa ke sana. Rupa-rupanya, mereka mahu menemukan saya dengan bekas kekasih saya itu. Sebaik saja melihat wajah yang telah saya rindui sekian lama, saya terus menangis.
Memang dialah yang saya cari dan rindui selama ini. Saya berasa cukup bahagia dapat melihat wajahnya. Apatah lagi apabila melihat perwatakannya yang berlainan sungguh berbanding sebelum ini.
Tidak selepas itu, saya berkahwin dengannya. Walaupun menjadi isteri kedua, namun saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan peluang bernaung di bawah mahligai kebahagiaannya. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu. Hanya Allah SWt sahaja yang mengerti nikmat yang saya kecapi ini.
Saya bersyukur kerana isteri pertamanya dapat menerima saya. Malah dia jugalah yang banyak memberikan semangat serta membimbing saya supaya menjadi isteri yang taat dan juga insan yang patuh kepada perintah Allah SWT.
Syukur kepada Allah SWT kerana berkat doa ibu dan ayah saya, serta doa saya yang tidak putus-putus membawa rahmat yang tidak terhingga kepada saya. Alhamdulillah, Allah SWT telah menunjukkan saya jalan yang perlu saya ikuti. Janji saya, saya tidak akan berpaling lagi kepada kehidupan lalu. Sekali saya melangkah ke jalan syurga, saya tidak akan menoleh ke belakang lagi.
Percaya dan yakinlah, doa adalah senjata orang Islam yang paling kuat, kerana Allah SWT telah berfirman dalam surah Ghaffir ayat 60 yang berbunyi “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang s0mbong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk nɛraka Jahannam dalam keadaan h1na.”
#Gambar Sekadar Hiasan.
Sumber Norasmah Hani Hanafiah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.