Musim hujan biasanya membuat banyak tempat dinaiki air dan banjir terutama di negeri seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.
Kebetulan kisah yang hendak diceritakan ini ada kaitan juga dengan banjir. Cuma, lokasinya di Segamat, Johor. Kisah mengenai sebuah meriam m1steri yang dikatakan menjadi penanda jika kawasan itu akan dilanda b4njir.
Diceritakan, penduduk kampung terutamanya yang tinggal berdekatan bandar Segamat akan terdengar letµpan meriam sebelum berlakunya b4njir. Bila mendengar bunyi letµpan meriam ini, penduduk kampung biasanya akan bersiap siaga. Mereka akan mula mengemas dan menyimpan barang-barang di tempat selamat atau tinggi.
Orang-orang tua di kawasan ini menganggap bunyi letµpan itu sebagai amaran awal atau petanda bandar Segamat akan ditenggel4mi atau dilanda b4njir besar.
Benar atau tidak kisah ini? Kami tidak berani mengesahkannya kerana bukan penduduk daerah itu.
Ramai juga yang mengakui pernah mendengar cerita tersebut. Namun sejauh mana kebenarannya, mereka tidak dapat mengesahkannya.
Ada juga yang ditemui tidak percaya dan menganggap kemungkinan bunyi tersebut daripada letµpan mercµn atau bunyi temb4kan pihak tentera yang menjalankan latihan.
Seorang pemuda bernama Izham yang kami temui mengaku pernah mendengar bunyi letµpan meriam itu. Dia mendakwa pernah mendengar dentµman meriam misteri itu pada tahun 2006.
Pada malam kejadian, dia sedang menonton televisyen sebelum dikejµtkan dengan satu letµpan yang agak kuat sebanyak dua kali. Mulanya Izham tidak ambil kisah kerana menyangka ia bunyi letµpan mercµn.
Keesokannya semasa minum di sebuah gerai, dia terdengar beberapa orang tua berbual mengenai bunyi letµpan yang didengarinya malam itu.
“Orang tua-tua sembang, saya tumpang dengar. Kata mereka, bunyi tu dari meriam m1steri. Tandanya Segamat akan dilanda b4njir besar. Orang tua tu saling berpesan kena bersiap sedia. Dan dua hari lepas bunyi letµpan tu, memang betul Segamat dilanda b4njir. B4njir besar pada tahun 2006 tu,” kata Izham.
Bermula dari situ, Izham mula bertanya tentang bunyi meriam m1steri tersebut daripada orang tua-tua sekitar situ. Ramai yang ditemuinya mengakui bunyi letµpan meriam tersebut telah berlaku sejak dahulu lagi. Ia merupakan petanda awal Segamat akan dilanda b4njir. Namun, siapa yang lepaskan meriam tersebut dan dari mana datangnya, itu yang jadi m1steri sehingga kini.
“Ada yang kata meriam tu terletak di Bukit Senggir. Ada yang kata di Lubuk Batu, ada juga yang kata di Bukit Manduk. Cerita orang tua-tua lagi, meriam ni dari alam ghaib. Mungkin meriam bµnian. Ia berbunyi tak kira masa. Kadang-kadang malam, kadang-kadang siang. Tak tentu. Untunglah siapa boleh dengar.”
Kata Izham lagi, kakaknya bernama Wani yang tinggal di Kampung Pogoh 3 di Segamat juga pernah mendengar bunyi letµpan meriam itu, tetapi pada tahun yang berlainan.
Kakaknya mendengar letµpan itu pada tahun 2014 waktu tengah hari semasa hujan renyai-renyai. Letµpan itu berbunyi tiga kali berturut-turut.
Pada awalnya, kakak Izham juga menyangka ia bunyi mercµn. Tetapi arw4h ibu mereka memberitahu bahawa itu bunyi letµpan meriam m1steri yang membawa petanda akan berlaku b4njir besar. Beberapa hari kemudian, Segamat benar-benar dilanda banjir.
Bukan hanya Izham dan kakaknya, malah ramai juga penduduk yang mendengar bunyi tersebut. Bahkan, bunyi letµpan itu pernah heb0h dalam media sosi4l di kalangan penduduk Segamat. Boleh dikatakan, hampir setiap tahun ada orang bercerita pernah mendengar bunyi letµpan meriam misteri ini.
Ada orang-orang tua di kawasan ini berkata, mereka mendengar kisah yang disampaikan secara lisan dari zaman dulu terutama dari p4wang-p4wang di kawasan ini dahulu yang mengatakan bahawa meriam m1steri ini milik makhlµk alam ghaib. Kononnya, ia milik orang bµnian yang diketuai oleh ketua bµnian bernama Tok Kali Gentar Alam. Lokasi meriam tersebut pula dikatakan berada di atas Bukit Kubu.
Jika anda datang dari Segamat, akan melalui sebuah jambatan. Ada sebatang sungai di situ. Orang kampung panggil sungai Codan. Kalau dalam peta ditulis Sungai Kenawar. Dahulu, berdekatan jambatan itu ada sebuah bukit yang dipanggil bukit Kubu. Tapi sekarang bukit itu sudah ditarah untuk pelebaran sungai.
Menurut orang tua-tua dahulu, di situlah tersimpannya meriam m1steri ini. Dikatakan di situ ada perkampungan bµnian. Merekalah yang letµpkan meriam itu sebagai amaran Segamat akan dilanda mµsibah, supaya penduduk bersiap sedia.
Begitulah cerita yang disampaikan turun temurun. Kesahihannya tak dapat dipastikan, apatah lagi orang-orang tua dahulu dan golongan paw4ng-paw4ng di kawasan itu sudah meningg4l dunia.
Sumber Misteri
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.