Kes bunµh diri kian meningkat. Ini ada kaitan dengan tɛkanan hidup yang makin berat, juga akibat kemelɛsatan ekonomi dan p4ndemik C0v1d-19.
Masalah demi masalah datang mɛnimpa, hingga ada yang mengambil jalan singkat membunvh diri kerana tidak dapat lagi menanggung bɛban masalah tersebut. Alangkah sɛdihnya.
“AYAH! Ada kereta polis masuk.” Saya menjɛrit memberitahu kepada ayah yang sedang membaca al-Quran.
Ayah segera bingkas bangun dan bergegas ke luar rumah.
“Ada apa, ayah?” soal saya lagi.
Ayah menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Tambah menghairankan kami, kereta polis itu menuju ke rumah Pak Husin. Beberapa orang penduduk kampung kelihatan berlari-lari menuju ke rumah jiran kami itu.
“Kenapa?” soal ayah.
“Ajis meng4muk. Dia pukvl Pak Husin!” jɛrit penduduk yang sedang bergegas itu.
Apabila terdengar berita itu, ayah terus bergegas menuju ke rumah Pak Husin. Saya mengekori dari belakang. Sampai di rumah Pak Husin, saya nampak tangan Ajis sudah bergari. Dua orang anggota polis mengawalnya.
Pak Husin pula terlɛntang di depan tangga rumahnya. Kepalanya berlumuran d4rah. Ajis menunduk mukanya. Ayah menghampiri Ajis.
“Kenapa ni, Jis?” soal ayah, lembut.
Ajis hanya diam memb1su. Dia langsung tidak memandang wajah ayah.
Hairan, orang kampung mengenali Ajis sebagai seorang pemuda yang baik, cuma dia mempunyai sedikit masalah mɛntal. Ada kalanya dia sihat, dan ada kalanya dia g1la. Tetapi g1lanya tidak selalu. Setahun, mungkin hanya sekali sahaja.
Orang yang paling rapat dengannya adalah ayah. Setiap kali Ajis mempunyai masalah, dia akan datang ke rumah dan bercerita kepada ayah. Lagipun Ajis tidak mempunyai keluarga. Dia hidup sebatang kara. Ayahlah tempat Ajis mengadu susah senang hidupnya.
Ayah menggosok belakang Ajis beberapa kali. Saya dapat lihat Ajis menitiskan air mata. Polis kemudiannya membawa Ajis ke balai. Bagaimanapun, jiran-jiran terus memenuhi rumah Pak Husin untuk mengetahui kisah sebenar sampai Ajis tiba-tiba meng4muk.
Menurut cerita isteri Pak Husin, Ajis memukul Pak Husin kerana dia tidak berpuas hati dengan bayaran upah menɛbas kebun yang diberikan oleh suaminya. Ajis mendakwa, Pak Husin tidak membayar mengikut harga perjanjian.
Selang dua minggu kemudian, ketika saya baru bangun daripada tidur, saya terdengar suara orang memberi salam. Saya cam suara itu. Tapi betulkah dia?
Saya mengintai dari celahan tingkap. Ya! Benar. Orang yang memberi salam itu adalah Ajis. Darah saya berderau seketika, bimbang sekiranya dia masih lagi belum pulih. Manalah tahu kalau angin tidak baiknya datang, saya pula diamuknya.
Apabila Ajis perasan yang saya sedang mengintainya, dia mengukirkan senyuman.
“Ayah ada?” soal Ajis.
Saya memanggil ayah. Saya lihat perbincangan ayah dengan Ajis sangat sɛrius. Tanpa berlengah, saya terus memasang telinga mendengar perbualan mereka.
Kata Ajis, dia berasa sungguh m4lu dengan apa yang telah dilakukan. Dia bukan sengaja hendak memukul Pak Husin, tetapi disebabkan terlalu gɛram, dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Selepas itu, kata Ajis, dia tidak sedar apa yang berlaku. Dia sedar sebaik sahaja tiba di balai polis.
Tambah Ajis lagi, hidupnya kini sangat tertɛkan kerana orang kampung mula membɛncinya. Ke mana sahaja dia pergi orang kampung akan mengatanya. Mereka ketawa dan mengɛjeknya.
Ayah cuba menenangkan Ajis. Kata ayah, itu semua andaian sahaja. Tiada siapa yang mengɛjek. Orang kampung semuanya faham dengan apa yang berlaku.
Tetapi Ajis tetap tidak mahu percaya. Kata Ajis, memang orang kampung tidak suka dengannya. Semenjak dia dibebaskan dari tah4nan polis, ada sahaja orang yang memandang sin1s terhadapnya. Dia berasa sangat-sangat m4lu.
Selepas hari itu, saya lihat banyak perbezaan ke atas diri Ajis. Dia banyak menyendiri daripada bercampur dengan orang ramai. Dahulu, iaitu sebelum kejadian amvk, Ajis selalu melepak di kedai kopi. Tetapi kini dia langsung tidak menjejak ke kedai kopi itu.
Ajis juga sudah tidak pergi ke surau. Sampai ke satu tahap, apabila Ajis berjalan dan melihat ada orang ketawa atau tersenyum, dia menyangka orang itu mentertawakannya. Disebabkan itulah Ajis membawa dirinya.
Setiap kali datang ke rumah kami, itulah yang diadukannya. Ayah sedaya upaya memujuk Ajis, bimbang jika s4kitnya kembali menyɛrang. Tapi tidak berkesan.
Hari demi hari keadaan Ajis semakin tidak menentu. Kadang-kadang dia bercakap sendirian. Apabila melihat orang kampung pula, dia akan menyembunyikan diri. Sehinggakan setiap kali bertemu dengan ayah sekali pun, dia akan menyorok.
Sewaktu baru balik dari sekolah, saya ternampak orang ramai berpusu-pusu menuju ke ladang getah Wak Kasim yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari kawasan sekolah.
Saya berlari ke arah ladang getah itu untuk mengetahui apa yang berlaku. Dari jauh saya nampak beberapa buah kereta polis dan juga ambulans. Saya tertanya-tanya, apa yang berlaku?
Saya menghampiri kawasan itu. MaIangnya terlalu ramai orang menghadang penglihatan saya. Saya terus menyelit-nyelit di celah orang ramai untuk ke depan.
Apabila berjaya sampai ke depan, alangkah terkejutnya saya apabila melihat Ajis terg4ntung di atas sebatang pokok getah. Matanya terbeliak, lidahnya panjang sehingga hampir ke paras dada. Mukanya sudah bertukar biru.
Saya menggigil ket4kutan. Tidak sanggup saya melihat keadaan itu lama-lama. Ia sangat-sangat men4kutkan. Saya berlari balik ke rumah dan terus memberitahu ibu mengenai hal itu. Saya menangis-nangis dalam pelukan ibu.
Malam itu, mata saya terbayang-bayang keadaan Ajis yang terg4ntung di pohon getah. Saya ket4kutan dan sukar untuk melelapkan mata. Setiap kali terbunyi sesuatu, jantung saya berdegup kencang.
Saya tidak tahu pukul berapa, tapi lewat malam itu ketika masih lagi terbayang-bayang wajah Ajis, tiba-tiba saya terdengar derapan tapak kaki di luar rumah. Bunyinya seperti saya kenal. Saya amati bunyi itu. Ia seperti bunyi derapan tapak kaki… Ajis!
Cepat-cepat saya menutup seluruh badan dengan selimut. Saya menggigil ket4kutan.
“Assalamualaikum!”
Kedengaran sayup-sayup suara orang memberi salam. Benar! Suara itu persis suara Ajis. Tetapi, bukankah Ajis sudah meningg4l dunia? Orang yang m4ti mana boleh bagi salam.
Walaupun t4kut, saya memberanikan diri mengintai dari celahan tingkap. Dalam kesamaran cahaya di luar rumah, saya nampak satu susuk tubuh seorang lelaki. Memang dia kelihatan sama seperti Ajis.
Saya lihat lelaki itu mundar-mandir di depan rumah. Kemudian dia masuk ke bawah rumah. Gelagatnya memang tidak ubah seperti Ajis.
Biasanya Ajis apabila datang ke rumah, begitulah reaksinya. Dia tidak akan duduk diam. Dia akan mengintai dari celahan pintu atau tingkap. Masuk ke bawah rumah, dan juga terlompat-lompat untuk menjenguk.
Bulu-bulu roma saya menɛgak. Saya terus berlari ke bilik ayah untuk memberitahunya. Rupa-rupanya ayah juga dengar bunyi suara itu.
DUM! DUM! DUM!…
Pintu rumah pula dikɛtuk-kɛtuk. Ayah menyuruh saya dan ibu supaya terus duduk di bilik. Dia keluar pergi membuka pintu. Apabila pintu rumah dikuak, ayah lihat tiada siapa pun di situ.
Keesokan harinya hɛboh satu kampung bercerita mengenai Ajis. Ada penduduk kampung mengatakan mereka terserempak dengan jelmaan Ajis. Selain itu, ada yang mendakwa nampak kubvr Ajis berasap.
Selepas hari itu, setiap hari ada sahaja cerita mengenai Ajis. Mereka mengatakan r0h Ajis tidak tenang, sebab itulah ramai penduduk kampung yang dig4nggu. Perkara itu berlarutan sehingga beberapa bulan.
Mengapa semua ini berlaku? Anda tahukah jawapannya?
Ada orang kata, jelmaan yang dilihat oleh penduduk-penduduk kampung itu adalah roh Ajis. Benarkah begitu? Kalau betul apa yang mereka katakan, saya sebenarnya tidak tahu kenapa r0h Ajis merayau mengg4nggu penduduk kampung.
Adakah dia mahu membalas dɛndam atau sememangnya r0h orang yang m4ti bunvh diri tidak diterima untuk naik ke langit? Disebabkan itulah r0h mereka berkeliaran tanpa tujuan. Ataupun, itu hanya jelmaan sy4itan yang menyerupai arw4h Ajis untuk menyɛsatkan kita?
Bila mengenangkan semua itu, saya teringat akan sepotong hadis Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Sesiapa yang tɛrjun dari bukit membvnuh dirinya, dia akan tɛrjun ke dalam nɛraka jah4nnam kekal di dalamnya selama-lamanya.
Sesiapa yang meminum r4cun membunvh diri, r4cun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam nɛraka jah4nnam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunvh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menik4mkannya di perutnya di dalam neraka j4hannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”
Sumber Datuk Dr. Mohd. Nashuha Jamidin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.