Melayang RM500 gara-gaa sampah dibuang dari atas rumah fIat. Pemalas dan pentingkan diri. Hidup kita sebenarnya agak mudah. Jangan kacau orang dan orang tak kacau kita. Dalam masa yang sama jangan sesekali menyusahkan orang kerana orang akan susahkan hidup kita berkali-kali.
Walau berkali-kali media sosial menulis sisi buruk penghuni rumah flat (bukan semua) terutama bab membuang sampah dari atas kerana malas ke tong sampah disediakan di bahagian bawah, masih ada lagi berbuat demikian.
Kalau kita pernah ingat kes adik S Sathiwaran yang m4ti pada Januari 2018 gara-gara penghuni Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai Pantai Dalam membaling kerusi r0sak dari tingkat atas lalu mengenai kepalanya yang sedang lalu di bahagian bawah sekaligus mengakibatkan remaja ini maµt di lokasi kejadian.
Itu belum ada yang membaling peti ais r0sak dan sampah antara hal yang sangat biasa berlaku.
Terkini, seorang pengguna Tik Tok @Piqahhhhs_ berkongsi cermin hadapan kereta Preve ayahnya retak seribu gara-gara sampah dibµang dari tingkat atas kerana sikap individu yang tiada kesedaran sivik mengenai hal kebersihan ini.
Tulisnya :- “Disebabkan pengguna flat yang bod0h takdak sivik baling sampah dari atas punya pemalaih nak turun buang sampah tadaaa tengoklah sapa yang ke kena tanggung.
Berkongsi kisah terjadi ini, kata Piqahhh, ia berlaku di fIat perumahan yang didiaminya sejak 30 tahun lalu, tanpa dinyatakan kediaman lokasi tersebut dengan tepat.
Dapat dilihat sampah busuk dan berair memenuhi ruang hadapan kereta ayahnya yang telah berderai dan mereka telah membaiki cermin pecah dengan kos RM450 (tidak termasuk duit minyak kereta) termasuk perlu mencuci bau busuk menyengat. Anggaran kos sekitar RM500 tanpa dapat menangkap individu yang melemparkan sampah berkenaan.
Dalam pada itu dirinya menjawap satu pertanyaan individu biasanya kenderaan yang dikhianati ini ekzoznya bising, Piqahhh turut merakam satu video lain bagi membuktikan bunyi Preve itu adalah bunyian standard.
Menjelaskan hal ini dengan lebih terperinci selepas ramai mengecam tindakan penghuni flat yang susah hendak berubah berkaitan sikap membaIing sampah dari atas rumah dan menyuruh mereka berpindah di rumah landed, Piqahhh berkata, mereka sudah mendiami fIat ini sejak kecil lagi dan ada tok yang perlu dijaga membuatkan mereka masih bertahan di situ.
“Ikutkan keluarga sudah ada rumah kediaman landed di utara tapi kami semua perlu sama-sama jaga tok.
“Tujuan saya kongsikan ini sama-sama untuk menyebarkan kesedaran agar sama-sama menjaga kebersihan rumah yang kita diami ini.
“Ikutkan perumahan saya diami ini bukan didiami B40 semata-mata tapi ada juga dari kalangan T20 kerana banyak kereta-kereta mewah di sini. Cuma mereka telah membelinya lama dan selesa dengan kediaman sekarang,” katanya memaklumkan kepala bapanya hampir terkena pasu bunga yang diIempar dari atas sebelum ini namun syukur tiada kejadian burµk menimpa.
Sebenarnya tidak kira status B4o, M4o atau T2o atau di mana kita tinggal kerana sikap pemalas dan suka ambil mudah ini berkaitan dengan diri dan hati individu itu sendiri. Cakaplah kempen apa pun, pasti tak jalan kalau masih ada individu mementingkan diri begini.
Komen netizen:
@mummyzirahh_:Allahuakhbar…. Tak tahu perasaan apa kalau kena macam ni 💔 Allah uji sbb akak ni kuat 💪🏻 semoga dipermudah segalanya kak 🤲🏻
@ꗃ ⋆ ࣪ 𝓜𝓪𝓷𝓲𝓼𝓼𝓼𝓼 ۰ ໋࣭࿐♡:Jenis takdak sivik ni susah jugak. Sabaq nah sahabat semoga dipermudahkan semuanya 🤲🏻
@KelapaGoncang:Ya Allah teruknya. Bersabar atas ujian ya kak. Buat aduan kak..
@qief:itu aku tk suka duduk flat dulu duduk flat skrng dh pindah sebab benda mcm ni 😁
@Alyp 👾:kadang2 org beli rumah mahal ni bukan sbb rumah. tpi sbb tinggi nya nilai sivik komuniti situ
@abeash24:Aku rasa duduk dikawasan perumahan flat/ kondo/ apartment kena wujudkan akta pasal buang sampah la. pasang CCTV byk2 then saman.
Sumber Wanita
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.