Memiliki anak ramai pastinya impian setiap ibu bapa. Bukan semua dapat merasakan nikmat sebegitu kerana ada pasangan yang menanti hingga bertahun-tahun untuk menimang cahaya mata.
Dalam kalangan artis, ada yang hidupnya cukup meriah dianugerahkan ramai cahaya mata. Bahkan, pada usia belum mencecah 50 tahun, mereka sudah memiliki cucu.
Pelakon Fauzi Nawawi, 49, yang memilik lapan anak berkata, banyak perkara membuatkan dia bersyukur dan mengakui rumah tangganya lebih meriah.
Dia tidak menafikan ada pro dan kontra memiliki ramai anak, namun kebaikan itu ternyata jauh lebih banyak.
“Cabaran paling besar adalah ketika mereka masih kecil dan bersekolah. Selepas balik dari sekolah misalnya, mereka main campak saja barangan dan bila nak pergi sekolah balik, baru terkiaI-kiaI cari.
“Tapi ia cuma memakan beberapa tahun saja untuk menuntut kesabaran tinggi melayan kerenah begitu. Saya bersyukur kerana isteri paling memainkan peranan besar dalam mengendalikan mereka.
“Isteri sudah ibarat guru besar dan lebih tegas dalam mendidik mereka di rumah. Maklum saja, anak-anak tak takut sangat malah lebih mesra dengan saya berbanding ibu mereka,” kata suami kepada pelakon Lisdawati, 44, itu.
Fauzi berkata, dia sudah dapat membayangkan betapa indah hari tuanya nanti. Anugerah memiliki anak ramai sudah cukup membahagiakannya.
“Sekarang tiga anak sudah berkahwin dan saya ada dua cucu pada usia sebelum 50 tahun. Kebaikannya, pasti akan ada juga yang berada di sisi pada masa-masa penting seperti sambutan Aidilfitri.
“Jika seorang anak tak balik, saya masih ada tujuh, kalau dua tak ada, masih lagi ada enam. Sekiranya saya meninggaI dunia, ada lapan anak yang mendoakan saya,” katanya.
Menurut Fauzi, kemeriahan itu paling terasa sewaktu mereka dapat berkumpul sekali ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Dia berpeluang menyelami hati setiap anaknya lebih rapat.
“Masa terkurung itu jadi tidak sunyi dan lebih meriah. Masa itulah juga saya dapat mendalami hati mereka, mendengar pendapat, serta pengalaman mereka membesar.
“Saya lebih memahami bahawa kerenah anak-anak masing-masing berbeza. Berdasarkan perkongsian dan minat mereka, saya ada beri cadangan mengenai apa yang sesuai mereka lakukan untuk masa depan,” katanya.
Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14; Nur Aina Fazneesya, 13; Ahmad Nur Fyrdaus, 8; dan Ahmad Nur Fayyadh, 3.
Empat lagi anak hasil perkahwinan pertama Fauzi ialah Nurul Hainil Fatihah, 24; Hanna Faresha, 21; Mohd Fikri Hakimi, 18; dan Muhammad Fareez Hazwan, 23, yang juga penyanyi.
Datuk Awie
Datuk Awie, 54, yang memiliki enam anak menyifatkan rezeki memiliki ramai anak tidak pernah dirancang.
Sehingga hari ini, dia masih terbuka untuk menambah ahli keluarga jika masih ada rezeki.
“Saya memang suka anak kecil. Memiliki ramai anak pun berlaku kerana beberapa perkahwinan yang pernah saya ada sebelum ini. Apabila bertambah, makin meriahlah.
“Memang tak halang dan saya nak anak lagi, tapi itu kan ikut rezeki juga. Kalau awal perkahwinan, memang siapa pun akan pasang niat nak cahaya mata. Untuk saya, pertambahan anak itu kebetulan kerana rezeki,” katanya.
Awie yang juga penyanyi Wings berkata, dia juga percaya diberikan rezeki anak ramai walaupun tidak dirancang tidak harus dilihat sebagai beban. Sebaiknya, ibu bapa perlu percaya zuriat adalah pembawa rezeki.
“Jangan pernah takut pun komitmen akan bertambah jika anak ramai. Dalam Islam, kita kena percaya bahawa hal itu sudah ditentukan dan sebagai ibu bapa, kita gaIas sebaiknya peranan menjaga mereka,” katanya.
Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang juga anak keenam penyanyi itu pada 12 November 2020.
Lima lagi anak Awie ialah Putri Aleeya Antasha, 22; Putri Aleefa Antasha, 20; Putra Ahmad Merrah, 15; Putra Ahmad Rezzki, 14; dan Putri Qasseh Antasha, 12.
Datuk Jamal Abdillah
Datuk Jamal Abdillah bukan saja memiliki lima anak, tetapi dia ‘dihormati’ juga kerana dalam usia 63 tahun memiliki tiga anak yang masih bayi iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia lapan bulan.
Ia hasil perkahwinan dengan Datin Zai Izzati Khairuddin pada 1 April 2017.
Selain itu, Jamal memiliki dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.
Jamal berkata, memiliki zuriat ramai adalah amanah penting. Ia bukan soal kerana dirinya cukup ‘gagah’ dan berkemampuan walaupun sudah berusia.
“Memiliki ramai anak itu bukan sebab saya gagah atau ada guna ubat-ubat tertentu. Sebenarnya kita perlu fahamlah itu semua rezeki daripada Allah. Perlu yakin segala pemberian zuriat itu bukan kita rancang.
“Kita rancang macamana pun, takkan jadi kalau bukan ditentukan Allah. Mungkin saya dikurniakan zuriat pada usia Ianjut ini sebab Allah nak uji sayalah bagaimana nak urus anak-anak dan keluarga.
“Jadi, saya harus tenang dan bersyukurlah bahawa rezeki ini diterima sebaiknya. Amanah ini sangat besarlah,” katanya.
Jamal juga berpesan tanggungjawab menjadi ibu bapa juga perlu dilakukan secara dua hala. Bukan meletakkan tanggungjawab kepada pasangan semata-mata.
“Kita kena sentiasa bertoIak ansur dengan ‘orang rumah’. Kalau tak boleh buat, sekurang-kurangnya tolong sikit-sikitlah kan. Kerana itulah zuriat kita, itulah nyawa kita,” katanya.
Sumber HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.