Pemuda ‘diuji’ Mak Dan Ayah GF! Selepas 2 Tahun Kumpul Wang Hantaran Rm18,000 - Diminta Beli Rumah Pula Baru Boleh Nikah

 

APALAH makna percintaan sekiranya hubungan yang terjalin tidak direstui ibu bapa.

Walaupun pahit untuk ditelan, namun itulah realiti yang berlaku terhadap seorang pemuda apabila berdepan dengan ujian berat demi menghalalkan gadis yang dicintai.

Menerusi satu perkongsian video, jejaka tersebut dikatakan bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji permulaan sebanyak RM1,800 dan mempunyai teman wanita.

Namun malangnya, ibu bapa kekasihnya tidak merestui hubungan mereka untuk melangsungkan pernikahan.

"Masa tu, abang ni belum setahun pun bekerja di syarikat tu. Alasan mak ayah girlfriend, nak dia kumpul duit dulu baru boleh masuk meminang.

"Mak ayah girlfriend nak wang hantaran RM18,000. Abang ni setuju dan minta masa dua tahun untuk kumpul duit. Abang ni sayang sangat girlfriend dia," kata pempengaruh, Rozyana Roslan di TikTok, menceritakan kisah pasangan kekasih tersebut.

Sepanjang membuat simpanan untuk menyediakan wang hantaran sebagaimana yang ditetapkan oleh ibu bapa kekasihnya, pemuda itu sanggup mengikat perut untuk berjimat.

"Dia hanya guna RM300 sahaja sebulan. Sebab masa tu dia tidak ada komitmen dan tinggal bersama mak ayah dia. Selebih gajinya disimpan," ujar Rozyana sambil menambah teman wanita pemuda itu setia dan sanggup menunggu pinangannya.

Malah, Rozyana yang juga usahawan itu terharu melihat sokongan tidak berbelah bahagi ibu bapa pemuda berkenaan semata-mata untuk menerima bakal menantu dengan sepenuh hati.

Selepas dua tahun seperti yang dijanjikan, pemuda itu kembali bertemu ibu bapa kekasihnya untuk masuk meminang.

"Mak ayah girlfriend interview, siap tanya dah dua tahun ni ada beli rumah tak? Abang ni jawab jujur masa tu, dia cakap dah standby rumah sewa. Abang tu siap hias cantik-cantik rumah sewa.

"Mak ayah girlfriend tu tanya lagi, ada kereta? Dia cakap memang dalam perancangan untuk beli kereta. Nak lepaskan uruskan masuk meminang terlebih dahulu.

"Tapi mak ayah girlfriend tu cakap kau fokus dulu untuk dapatkan hasil kau, lepas tu baru kita bincang balik," kata Rozyana yang mengimbas perbualan pemuda tersebut bersama ibu bapa kekasihnya.

Pemuda berkenaan masih bersabar dan tetap bersetuju kerana mempunyai masa setahun lagi untuk menambah simpanannya.

"Dalam masa setahun tu dia dapat keluarkan kereta tapi masih belum memiliki rumah. Tapi nilai simpanannya semakin bertambah.

"Abang ni pergi lagi jumpa mak ayah girlfriend untuk mendapatkan restu kerana nak meminang. Ditanya lagi dah ada rumah atau belum? Abang ni jawab belum sebab tak sempat lagi dalam masa setahun," katanya.

Apabila ada lelaki minta masa nak bekerja untuk halalkan kau, tolong jangan lepaskan lelaki ni.

ROZYANA ROSLAN

Hanya disebabkan pendirian tegas daripada ibu bapa kekasihnya, hubungan mereka terpaksa berakhir begitu sahaja.

"Girlfriend dia (kini bekas kekasih) mengalami kemurungan yang teruk sehingga mengelar tangannya sendiri. Sekarang ni dalam rawatan untuk pulihkan masalah mental," katanya.

Selepas tujuh tahun dengan gaji serendah RM1,800, pemuda itu kini mempunyai pendapatan lebih RM3,000 dan berpeluang memiliki rumah seperti yang dihajati.

Malangnya, hubungan cintanya berakhir hanya kerana sikap 'berkeras' ibu bapa kekasih dalam memberikan restu.

"Tahun lepas, abang ni dah berjaya beli rumah dan dah buatkan rumah untuk mak ayah dia... dia dah buat keputusan untuk bahagiakan mak ayah.

"Untuk jodoh, dia suruh mak ayah dia carikan. Dia move on dan reda," kata Rozyana.

Perkongsian video Rozyana mengenai pemuda yang menagih restu itu meraih lebih 800,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam dan menyentuh emosi netizen.

"Apabila ada lelaki minta masa nak bekerja untuk halalkan kau (jadikan isteri), tolong jangan lepaskan lelaki ni," kata Rozyana menitipkan pesanan.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Umur Cecah 40-an, Boleh Amalkan Petua Ini Untuk Hilangkan Bintik-Bintik Hitam Di Wajah

Semakin usia meningkat, perubahan fizikal juga akan menunjukkan perubahan termasuk tanda-tanda penuaan yang jelas  terlihat pada kulit wajah. Selain adanya garis-garis halus di wajah, masalah bintik-bintik hitam atau jeragat juga biasanya akan  muncul di usia 40an.

Mengatasi masalah tersebut, bolehlah diamalkan dengan cara alami terutamanya dengan menggunakan lemon. Jika anda ingin tahu, lemon kaya dengan vitamin C yang mampu memudarkan tanda-tanda bintik hitam pada wajah. Malah dengan menggunakan lemon secara konsisten akan menjadikan wajah terlihat lebih bersih dan berseri.

Nak tahu bagaimana, ayuh baca perkongsian daripada perkongsian di fb milik Lelawati Lela yang sering dilihat gemar berkongsi pelbagai petua di media sosial. Jom semak.

HILANGKAN PARUT DAN BINTIK HITAM

Hai korang.Ingat Kekla lagi tak? Hehe pagini Kekla nak bagi korang satu petua yang senang sesangat untuk hilangkan parut dan bintik-bintik hitam kat muka. Yang pasti bahannye semulajadi dan selamat.

Lemon. Yup! Lemon je korang.

Umur Cecah 40an, Amalkan Petua Ni Untuk Hilangkan Bintik-bintik Hitam Di Wajah!

Caranya mudah sangat, korang belah 2 lemon tu kemudian amik lemon yang sebelah je perahkan untuk dapatkan jusnya.

Then, amik jus lemon tadi sapukan pada kulit muka korang yang berparut dan bintik-bintik tu.

Umur Cecah 40an, Amalkan Petua Ni Untuk Hilangkan Bintik-bintik Hitam Di Wajah!

Oh ya sebelum Kekla terlupa, buat ni selepas korang cuci muka tau! Jangan pulak muka penuh dengan mekap korang pergi sapu jus lemon tu. Sebab ade yang tanya. So Kekla kena la jawab kan.

Kemudian biarkan selama 10-15 minit lepas tu boleh bilas dengan air suam dan keringkan muka pakai tuala yang kering dan bersih.

Buatlah 3x seminggu ye tapi nak nampak kesan tu amik masa sikit almaklum bahan semulajadilah katakan.

Lemon mengandungi Asam Alpha dan Askorbat-L yang dapat membantu mengurangkan parut jerawat serta dapat membantu membersihkan liang pori. Lemon juga dikenali sebagai agen menghilangkan parut atau bintik hitam pada wajah.

Okey korang try la buat ye mudah-mudahan parut dan bintik hitam kat muka tu pudar atau hilang.

Sumber  FB Lelawati Lela

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Kasih Sayang Datuk, Cucu Ditunggu 9 Tahun Sehidup Semati

 

Kasih sayang antara seorang datuk dan cucu ini mengundang sebak. Ditakdirkan sehidup semati, Azmi Abdullah, 77, dan Muhammad Ziyaad Mikhail, setahun tujuh bulan kembali kepada Maha Pencipta dalam sebuah kolam lama berdekatan restoran ikan bakar di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah.

Lebih memilukan, si kecil berkenaan adalah zuriat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapanya, Zarina Azmi, 34, dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35.

“Sembilan tahun saya tunggu kelahirannya, namun dia ‘pergi’ dahulu,” luah Zarina.

Besarnya ujian apabila kehilangan dua insan tersayang sekelip mata, Zarina pasrah dengan ketentuan ALLAH yang meminjamkan cahaya mata kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun telah sembilan tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Menurut Zarina, sepanjang hari Isnin, si kecil itu memeluknya sahaja seolah-olah tidak puas bermanja sebelum bapa tiba di kedai makan tempatnya bekerja untuk mengambil bayi itu kira-kira jam 5 petang.

Namun, tak lama kemudian ibu berkenaan dikejutkan dengan berita datuk dan cucu itu ditemukan lemas di kolam berhampiran.

Datuk penyayang, Azmi adalah pesara kerajaan yang dahulunya bekerja sebagai tukang kebun.

 Adiknya, Yusof Abdullah, 61, berkata warga emas itu sudah lama bersara dan menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang dengan menaiki motosikal.

Menurut Yusof, abangnya mempunyai lima orang anak dan 10 cucu. Muhammad Ziyaad Mikhail dan ibu bapa tinggal serumah dengan Azmi.

Dakwanya, kemungkinan Azmi yang ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan, namun turut lemas.

“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tidak berdaya nak selamatkan diri.

“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Yusof, Azmi mempunyai lima anak serta 10 cucu dan Muhammad Ziyaad Mikhail serta ibu bapanya tinggal bersama.

Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.

Berikut adalah kronologi tragedi yang menimpa datuk dan cucu berkenaan:

1-Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 77 tahun bersama cucunya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal ketika kejadian.

2- polis menerima maklumat pada jam 7.20 petang menerusi panggilan MERS 999 yang memaklumkan terdapat dua mangsa dilihat terapung dalam kolam terbabit.

3- Timbalan Ketua Polis Balai Tikam Batu bersama lima anggota tiba di tempat kejadian pada 7.28 petang dan mendapati mangsa terapung dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

4- Saksi yang merupakan pekerja restoran ikan bakar menyatakan ternampak orang ramai berkumpul di kawasan kolam lama tersebut dan apabila menghampiri mendapati ada dua mangsa lemas seterusnya membuat panggilan kecemasan.

5-Temu bual bersama bapa bayi berkenaan, Muhammad Yuzarith Martin berkata si kecil itu selalu dibawa datuknya berjalan-jalan setiap petang selepas diambil daripada ibunya yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Kempas.

6- Sehingga jam 7 petang, dia mendapati kedua-duanya belum pulang menyebabkannya membuat carian di sekitar kawasan sebelum ternampak orang ramai berkumpul dekat kolam. Apabila sampai, didapati kedua-duanya sudah terapung.

7- Pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah

Warga maya rata-rata menzahirkan simpati dan mendoakan agar keluarga ini dikurnia ketabahan. Ujar mereka:

– “Besarnya ujian puan, saya anak tak sihat pun sudah rasa sedih.”

– “Moga Puan tabah, pastinya ALLAH akan menggantikan yang hilang. DIA tak akan uji hamba-Nya, diluar kemampuan.”

– “Allahuakbar innalillahiwainnilaihirojiun, salam takziah, moga puan dan keluarga tabah

– “Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga ibu ayah kuat dan tabah.”

– “Salam takziah buat keluarga ini, kehilangan dua orang tersayang sekelip mata. Moga terus kuat.”

Sumber Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

“Memang Tanah Dia Tapi” - Bina Kandang Kambing Sebelah Rumah Orang, Nak Elak Kediaman Sendiri Busuk

 

SETIAP individu pastinya inginkan kehidupan yang selesa terutama sekali di ruang kediaman sendiri.

Mana tidaknya, selepas penat bekerja, rumah adalah lokasi terbaik untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Namun situasi pastinya berbeza sekiranya mendapat jiran yang tidak bertimbang rasa.

Seperti luahan individu ini, dia berasa tidak selesa apabila berada di rumah sendiri kerana terpaksa menghidu bau busuk dari kandang kambing yang dibina jirannya.

Ternakan kambing memberi pulangan besar kepada pemilik. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof

Bukan itu sahaja, haiwan ternakan itu juga sering membuat bising pada waktu malam sehingga menyukarkan dia sekeluarga untuk tidur dengan nyaman.

Disebabkan masalah yang dialami itu berlarutan sekian lama, dia meluahkan di grup Facebook Tanya Peguam bagi mendapatkan pandangan tentang tindakan yang boleh diambil.

Menurutnya, dia sudah berbincang dengan jiran tersebut namun individu berkenaan enggan memberi kerjasama.

"Saya mahu bertanya, dekat mana saya boleh mengadu tentang jira yang bela kambing. Memang banyak sebelah rumah pusaka saya.

"Dia buat kandang kambing sebelah rumah saya, memang tanah dia tapi masalahnya dia buat kandang kambing jauh dari rumah dia sebab tak mahu busuk.

"Rumah kita? Kalau hari hujan, baunya busuk ya amat. Tengah malam, kita nak tidur tapi kambingnya asyik mengembek," luahnya lagi.

Situasi yang dialaminya itu membuatkan warga maya tampil memberi pandangan masing-masing.

Jadilah jiran yang berfikiran sihat, jangan fikir untung sendiri sahaja.

WARGA MAYA

Tidak kurang juga yang mengutuk tindakan jiran tersebut kerana disifatkan pentingkan diri serta tidak reti hidup bermasyarakat.

"Kambing atau lembu dekat dengan rumah memang busuk sangat. Buat aduan, hidup ni kena ada adab berjiran, nak bela haiwan ada kawasan dia.

"Saya pernah buat aduan pada majlis daerah sebab jiran saya bela ayam... memang busuk baunya. Tak sampai seminggu (penguatkuasa) datang satu van bagi amaran untuk sisa reban.

Antara reaksi warga maya pada luahan pelayar terbabit.

Antara reaksi warga maya pada luahan pelayar terbabit:

"Jadilah jiran yang berfikiran sihat, jangan fikir untung sendiri sahaja. Apabila kena kecam, cakap Melayu menjatuhkan Melayu padahal sendiri yang buat silap," ujar beberapa warga maya.

Segelintir warga maya turut berkongsi cara untuknya membuat aduan supaya dia tidak bergaduh ataupun bermasam muka dengan jirannya.

"Guna aplikasi di bawah biro aduan Jabatan Perdana Menteri... ambil anonymous dan tak payah pergi majlis nanti mereka kantoikan, awak bergaduh dengan jiran.

"Buat dekat Jabatan Pertanian Daerah dan cover report di balai polis. Ini bukan setakat mengganggu ketenteraman tapi juga akan mengundang masalah kesihatan," tambah segelintir netizen lagi.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Ibu Pening Kepala Tiba-tiba Anak Tertinggal Di Kedai, Enam Hero Nampak Comel Pakai Baju Sedondon, Rupanya Ada Rahsia Di Sebalik Pakaian

 

KELIBAT enam kanak-kanak lelaki yang berbaju sedondon pasti akan menarik perhatian ramai di mana sahaja mereka berada.

Kerenah serta gelagat masing-masing pasti membuatkan orang yang melihatnya akan terhibur, namun sebenarnya ada kisah di sebalik baju sedondon yang dipakai enam beradik ini.

"Pernah terjadi, pergi ke kedai lapan beranak tapi separuh jalan baru perasan balik bertujuh saja.

"Ada seorang anak tertinggal! Mujur yang tertinggal tu dia elok duduk diam saja dekat kedai tu sambil menunggu. Sebab itulah, saya bagi semuanya pakai sedondon.

"Senang nak mengecam kalau pergi ke mana-mana," kongsi Nailah Fauzia Mardanil mengenai anak-anaknya.

Dikurniakan enam cahaya mata yang kesemuanya 'hero', wanita ini yang senang disapa sebagai Nailah berkata, dia dan suami sememangnya mensyukuri anugerah Ilahi biarpun ramai yang sering membangkitkan persoalan mengenai jantina anak kepadanya.

"Biasalah... kalau pergi mana-mana mesti ada yang bertanya 'semua boys... cubalah petua untuk dapat girl pula'.

"Tipulah kalau kata tak mengharapkan untuk mendapat cahaya mata perempuan. Orang bagi petua, semua saya cuba ikhtiar. Ada yang kata banyakkan seafood, kurangkan daging. Memang cuba... dekat orang lain berkesan, tapi dekat saya tak berkesan petua tu.

hero 1

"Tapi sebenarnya sejak anak nombor tiga lahir, saya dan suami dah reda mengenai jantina anak.

"Bagi kami, kalau seterusnya dapat hero pun, tak kisah asalkan sempurna dan cukup sifat. Anak anugerah Allah, kita sepatutnya bersyukur kerana setiap orang ada rezeki masing-masing," ujar wanita berusia 31 tahun ini.

Bercerita mengenai cabaran membesarkan enam 'hero', Nailah berkata sama seperti ibu lain yang dikurniakan cahaya mata yang ramai, dia turut tidak terkecuali 'pening kepala' apatah lagi kesemuanya lasak.

"Sejak hamil, saya dah lalui cabarannya. Uniknya, setiap anak saya, pembawaannya berlainan. Saya alami alahan yang teruk ketika hamil anak keempat hingga keenam.

"Ketika hamil anak keempat, saya tak boleh lalu dapur... pasti muntah. Ketika hamil anak kelima pula, pantang nampak lori mesti muntah.

"Jadi saya memang tak keluar sangat. Kalau keluar pun untuk check-up saja sebab tak boleh tengok lori. Tak pasal-pasal lori pula yang salah. Ketika hamil anak keenam pun sama, muntah setiap masa sampai nak bersalin," ceritanya sambil ketawa kecil.

Ketika hamil anak keempat, saya tak boleh lalu dapur... pasti muntah. Ketika hamil anak kelima pula, pantang nampak lori mesti muntah.

NAILAH FAUZIA MARDANIL

Kesemua hero Nailah ketika ini berusia dalam lingkungan dua tahun hingga 11 tahun.

Tambah Nailah yang merupakan suri rumah sepenuh masa, rumahnya sentiasa riuh rendah dengan kerenah enam hero yang sememangnya begitu aktif dan lasak.

"Kalau dah namanya hero, memang mencabar. Dah nak masuk tidur pun bertekak. Bagi saya, cabaran terbesar adalah saya sentiasa belajar benda baru sebab setiap anak lain karakternya.

"Perangai lain, selera makan pun lain. Orang kata, kita jangan ikut anak-anak sangat... contohnya bab makanan. Tapi kalau kita paksa benda dia tak suka, tetap dia tak suka makan.

hero 2

"Jadi memang setiap anak, lain cara untuk uruskan. Begitu juga kalau mereka bergaduh. Kunci utama, bertenang. Kalau bertenang, kita dapat berfikir dengan baik," ujarnya yang menetap di Jelebu, Negeri Sembilan.

Nailah menambah, buat masa ini dia dan suami mahu fokus untuk membesarkan enam anak mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk mendapatkan cahaya mata baru.

"Insya-Allah pasti nak usaha untuk dapatkan bunga seorang... namun kalau anak ketujuh nanti direzekikan lelaki lagi, kami terima saja.

"Tak perlu nak stres. Ada hikmah semuanya. Setiap pasangan ada rezeki masing-masing. Orang selalu cakap, insya-Allah senang apabila dah tua nanti sebab anak lelaki pasti menjaga ibu ayahnya.

"Saya hanya letak harapan supaya semua anak-anak saya berguna untuk agama dan negara," ujarnya lagi.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.