Tidur yang cukup amat penting bagi kanak-kanak yang sudah memasuki fasa persekolahan. Ini kerana kanak-kanak yang tidak menikmati waktu tidur yang cukup akan menjadi cepat marah.
Malah, di sekolah mereka turut berhadapan dengan masalah memberi tumpuan penuh pada pelajaran, kurang daya memori, masalah fizikal dan sukar membuat keputusan.
Sebagai ibu, penting bagi anda memastikan si kecil mendapat tidur yang cukup. Perlu diingat, waktu tidur yang mencukupi perlu untuk meningkatkan tenaga dan rasa ingin tahu kanak-kanak selain mengurangkan masalah tingkah laku mereka.
Pola tidur setiap kanak-kanak berbeza. Kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun secara umumnya memerlukan sekitar satu hingga 13 jam waktu tidur pada waktu malam dan tidur sebentar pada waktu siang.
Bagi kanak-kanak prasekolah pula, golongan ini memerlukan antara 10 hingga 12 jam waktu tidur pada waktu malam. Pada usia lima tahun, waktu tidur siang biasanya bukan satu kemestian manakala kanak-kanak yang berusia antara enam hingga sembilan tahun memerlukan 10 jam waktu untuk tidur.
Mengajak si kecil ke kamar beradu bukan satu tugas mudah. Pelbagai alasan cuba diberikan jika si kecil masih belum mahu melelapkan mata mereka. Meskipun begitu, alasan tersebut tidak boleh dijadikan kekangan untuk ibu bapa mendidik anak-anak supaya tidur awal.
Dalam usaha mendidik dan menyelaraskan waktu tidur anak anda, langkah berikut mungkin boleh dipraktikkan.
- Disiplin dan biasakan anak sejak kecil dengan menetapkan jadual waktu tidur yang telah disediakan kepada mereka. Teruskan mendidik si kecil tentang kepentingan rutin tidur yang menenangkan. Dalam waktu yang sama, galakkan juga mereka belajar untuk bertenang sekiranya terjaga daripada tidur secara tiba-tiba pada tengah malam.
- Apabila berada di atas katil, jangan sesekali memberinya peluang untuk turun dari katilnya. Pastikan juga bilik tidurnya dilengkapi air minuman dan kemudahan tandas.
- Hindari memberi si kecil makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein kerana makanan tersebut akan memberi ‘kuasa’ berpanjangan selain menyebabkan mereka mudah terjaga pada bila-bila masa. Begitu juga dengan makanan yang kaya protein dan gula. Tenaga yang diperoleh daripada makanan tersebut akan menyukarkan kelancaran rutin tidurnya.
- Elakkan anak-anak terlalu leka dengan aktiviti gajet seperti komputer termasuk televisyen kerana ia boleh mempengaruhi ketenteraman mereka sebelum tidur.
- Sebagai inisiatif mengajak anak tidur, tidak salah jika menggunakan cara diplomasi. Dalam usaha memujuk si kecil, ucapan ‘Sayang, sudah tiba masa untuk tidur’ atau ‘Selamat malam’ atau ayat pujukan lain boleh digunakan untuk memujuk mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.