Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Sebelum mengharap anak-anak bijak belajar dan mampu memberi fokus kepada pelajaran, ibu bapa haruslah mengambil inisiatif memberikan makanan yang terbaik untuk si kecil.
Daripada memberikan air coklat dengan harapan anak-anak kekal bertenaga, apa kata tukarkannya kepada air saffron yang lebih berkhasiat dan bermanfaat untuk otak anak-anak.
Ulas Dr Mazliana Mazlan, air saffron sangat bagus untuk membantu menguatkan memori anak-anak dan memudahkan mereka memproses ilmu baharu.
Jelasnya, biasakan anak-anak amalkan air campuran saffron sebelum ke sekolah atau campurkan sehelai saffron di dalam botol air anak-anal.
“Jom lah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi sekolah.
Kalau sebelum ni kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita start bagi air saffron pulak.
Tak perlu dah vitamin IQ tinggi gula, saffron je kita guna sekarang k.
Saffron bagus untuk otak anak.
– Bantu untuk kuatkan memori anak
– Mudahkan proses faham ilmu baru
– Bantu anak lebih fokus masa belajar
Banyak dah kajian tentang saffron, cuma kita je jarang ambil tahu tentang herba paling mahal di dunia ni.
Antara cara yang saya buat untuk anak minum air saffron;
1. Terus minum air rendaman saffron
2. Campur madu dalam air saffron
3. Letak 1 helai safrron dalam susu
4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah
Boleh je try yang mana korang suka.
Bila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya.
Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, minum jugak akhirnya anak insyaAllah.
Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.
Sumber FB Mazliana Mazlan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.