Gadis Maut Dirempuh Kereta Kejar Lampu Kuning, Abang Rayu Orang Awam Kongsi Rakaman Dashcam

 

SELAMAT jalan Ainun Mardhiah.’

Demikian coretan sepupu kepada seorang gadis, Nur Ainun Mardhiah Mohd Zainuddin, 21, yang menjadi mangsa kemalangan maut di Kilometer 13 Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang baru-baru ini.

Nur Ainun Mardhiah, pelajar tahun satu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah kembali ke rahmahtullah akibat kemalangan jalan raya.

Arwah yang ketika itu bertugas sebagai jurujual meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian tepi sebuah kereta di lampu isyarat Pekan Bukit Payong.

Pilu pemergiannya, ahli keluarga berkongsi perjalanan terakhir arwah sehingga pengebumian disempurnakan.

“Perginya Dik Nor pada malam Jumaat yang indah. Dik Nor rindu mama kan ? Sekarang ALLAH makbulkan doa Dik Nor nak jumpa arwah mama.

“Bahagialah di syurga ALLAH dengan arwah mama ok. Dik Nor penat kan balik kerja? Rehat dan tidurlah sepuas-puasnya.

“Kami semua sayang Dik Nor tapi ALLAH lebih menyayangi kerana Dik Nor orang baik-baik. Berehatlah sepupuku.

“Kami semua terima dan reda dgn ketentuan-NYA. Tenanglah di syurga abadi, hilang satu lagi permata keluarga yang sangat ceria dan periang. Al-Fatihah untuk bidadari syurga,” titip pengguna TikTok izzti.ndhrh.

Baca juga: Kronologi kemalangan maut ibu & empat anak, remaja tak sangka Aidilfitri lalu momen terakhir bersama

Seorang lagi saudara Allahyarham, adeqshafiq81 merasakan kehilangan Nur Ainun Mardhiah seolah-olah mimpi.

“Macam mimpi dik. Kenangan tinggal kenangan, selamat jalan Ainun Mardhiah. Berlari-larilah adik di syurga ALLAH,” titip beliau.

ABANG RAYU SAKSI PEMILIK RAKAMAN DASHCAM BANTU SIASATAN

Abang kepada Allahyarham Nur Ainun Mardhiah, Zulkifli Mohd Zainuddin merayu saksi kejadian atau pemilik rakaman dashcam tampil membantu siasatan.

“Saya abang kepada mangsa kemalangan yang meninggal dunia di Simpang Empat Bukit Payung pada Khamis malam Jumaat baru-baru ini.

“Saya memohon dan merayu kepada sesiapa yang ada semasa kejadian atau rakaman dashcam kereta pada malam tersebut terus berhubung dengan saya.

“Boleh juga terus ke Balai Polis Marang untuk ambil keterangan. Saya merayu kepada netizen untuk membantu mendapatkan bukti-bukti kejadian,” kongsinya menerusi hantaran di Facebook.

 

Dalam hantaran yang sama, beliau berterima kasih atas titipan doa orang ramai dan berharap pemergian adiknya terbela.

“Semoga ada keajaiban untuk arwah adik saya.Terima kasih kepada semua yang mendoakan, semoga ALLAH membalas segala kebaikan, aamiin,” kongsinya.

Berikut adalah kronologi kejadian yang meragut nyawa Nur Ainun Mardhiah:

1-Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 10.05 malam apabila kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu seorang pelajar lelaki berusia 24 tahun dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dipercayai meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat telah berwarna kuning.

2-Motosikal ditunggang Nur Ainun Mardhiah yang datang dari arah lampu isyarat menghala ke arah Kampung Alor Limbat telah melanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta tersebut.

4-Akibat dari pelanggaran berkenaan, Nur Ainun Mardhiah tercampak di hadapan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat menghala ke arah Kuala Berang.

5-Susulan kejadian, gadis itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

6-Difahamkan, pemandu kereta Perodua Kelisa pula mengalami kecederaan pada bahagian tangan kanan, manakala pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

7-Sejurus kemalangan, jenazah Nur Ainun Mardhiah dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk urusan bedah siasat.

8-Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber TikTok izzti.ndhrhadeqshafiq81FB Senyum Sokmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.