Wanita Parkir Kereta Senget ‘disembur’ Pemandu Sebelah, Lelaki Gempal Mengamuk Susah Buka Pintu

"APA hal! Tak puas hati ke, tengoklah kau parking kereta macam mana?"

Kata-kata itu masih segar dalam ingatan seorang wanita dikenali sebagai Rashidah Ahmad apabila dia disergah pemandu kereta yang berada di parkir sebelah di sebuah premis.

"Saya berada di sebuah premis. Parking dalam kotak elok-elok. Sebelah kereta saya kereta Myvi warna purple. Dia buka pintu dan terkena pintu kereta saya.

"Saya pun toleh. Pandang ke arah dia. Biasalah ada bunyi hentaman dan buat saya terkejut. Dia buka tingkap kereta dia dan memarahi saya. Cantik bahasa dia. Isteri dia pandang.

"Tapi saya tak pakai cermin mata. Jadi tak berapa jelas wajahnya. Nampak macam cuba tenangkan suaminya. Kalau dia rekod wajah saya tengah senyum matilah nak. Memang tengah buat muka masa tu," cerita Rashidah menerusi luahan di Facebook.

Walaupun dimarahi dengan kata-kata kasar, wanita itu berkata dia masih tenang kerana mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan khususnya membabitkan kedudukan keretanya.

"Saya buat muka senyum sahaja tak kata apa-apa. Sebab saya tahu saya parking dalam kotak. Mungkin ruang agak sempit untuk dia yang sedikit gempal nak masuk kereta.

"Saya cuma senyum sambil pejamkan mata. Orang yang tak ada adab sopan, kita tak perlu layan. Cuma itulah susah ya nak minta maaf. Jangan jadi begitu.

"Mungkin kereta saya sedikit senget kedudukannya, dan dia susah nak masuk sebab gempal sikit. Ruang kecil," ujarnya lagi.

Sungguhpun hanya diam dan tersenyum, Rashidah mendakwa dia terus dimarahi pemandu lelaki berkenaan.

"Apasal, kau tak puas hati lagi ke? Dia yang parking salah nak salahkan orang pula," imbas Rashidah mengenangkan kata-kata lelaki itu.

Tak mengaku salah dia la tu... nak buat orang takut konon.

NETIZEN

Tambah Rashidah, akibat daripada kekasaran lelaki itu membuka pintu keretanya, terdapat kesan calar pada kenderaannya.

"Awak dah calarkan kereta saya sikit. Nampak cat putih. Saya parking dalam kotak. Awak boleh berhati-hati semasa buka pintu.

"Atau ketuk cermin kereta saya, minta saya untuk undur sikit. Boleh je. Tetapi... awak besarkan ego awak.

"Tak apalah, saya maafkan walau hati saya pun tercalar macam pintu kereta saya. Saya ni orangnya baik," kata Rashidah di penghujung luahannya.

Antara Komen netizen di Facebook:

Berikutan itu rata-rata netizen bersimpati apabila mengenangkan nasib yang menimpa Rashidah.

"Tak mengaku salah dia la tu. Nak buat orang takut konon.

"Sekarang memang mudah sangat nak jumpa orang kurang adabnya. Kita yang kena tinggikan sabar.

"Katakanlah memang ruangan tu kecil, boleh saja gunakan pertimbangan akal buka pintu perlahan-lahan kan. Saya pun gempal tapi berhati-hati cari cara nak keluar kereta," komen netizen pada hantaran asal.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.