SEIRING dengan inisiatif pendigitalan, Usanita Sdn Bhd telah menubuhkan Usanita Mall bagi membantu dan mengangkat potensi produk usahawan kecil dan Sederhana (IKS) agar lebih berkeyakinan di platform digital.
Sekadar makluman, Usanita merupakan sebuah badan pemudahcara persendirian dalam bidang keusahawanan yang menghubungkan para usahawan terutama golongan B40 dan M40.
Selain menjadi platform untuk para usahawan IKS berniaga, badan tersebut turut memberi sokongan penuh kepada mereka yang ingin melancarkan produk di bawah Usanita.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Prof Datuk Sri Dr Hasan, pihaknya sentiasa memberi peluang dan platform kepada usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka.
“Saya gembira apabila melihat usahawan wanita khususnya yang berdaya saing, kreatif dan sentiasa ingin maju dalam perniagaan. Sikap sebegini juga bagus kerana dapat memberi inspirasi pada usahawan IKS di luar sana. Saya percaya semua usahawan mempunyai peluang untuk berjaya jika terus berusaha,” ujarnya.
Adzliana berkata demikian ketika ditemui di Majlis Hi Tea Perintis Usanita 2.0: Meet & Mingle yang berlangsung di Skydining Wangsa 118 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari, Haiza, Muaz dan Dr Soo Wincci. Sementara itu, Zoey Rahman bertindak sebagai pengacara majlis.
GUNA WAJAH DATUK ROSYAM NOR
Menurut beliau lagi, 50 usahawan IKS berpeluang menggunakan wajah Datuk Rosyam Noor secara percuma untuk tujuan pemasaran produk.
“Daripada situ, kami memilih 10 perintis terbaik yang menggunakan segala ilmu dan bantuan yang diberikan untuk menaikkan perniagaan. Jika dahulu, ada yang hanya mendapat RM7,000 hasil jualan, namun kini ada yang mencapai RM70,000.
“Sebelum ini ada yang menjual rendang hanya untuk musim tertentu. Kini pengusaha tersebut mengolah produknya sedia untuk dimakan yang boleh dijual setiap hari. Setakat ini jualannya paling tinggi iaitu RM490,000 dalam tempoh tidak sampai setahun,” kongsinya lagi.
Selain itu, Usanita juga bakal mengadakan program seminar Bootcamp Perintis Usanita 3.0: The Art of Marketing.
Program seminar tersebut akan berlangsung selama tiga hari ini bermula 8 September ini.
“Program itu bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyedia latihan keusahawanan yang ada di luar sana, sebaliknya Usanita hanya ingin menyediakan platfom untuk Perintis Usanita agar mereka sentiasa meningkatkan ilmu pengatahuan dalam perniagaan.
“Malahan, kami juga tidak pernah sama sekali menghalang Perintis Usanita untuk menimba ilmu walau dengan mana-mana guru. Saya percaya bahawa lubuk ilmu itu luas dan tiada sempadan untuk tingkatkan pengatahuan dalam perniagaan,” ungkap beliau lagi.
Dalam majlis tersebut juga, salah seorang Perintis Usanita, Fara Rauf yang juga pengasas jenama Grendeur Malaysia telah melancarkan siri produk terbaharunya yang bertemakan miniture.
Sumber Sinar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.