Tidur juga boleh mendatangkan ganjaran pahala jika kena dengan caranya. Ia bukanlah perbuatan yang sia-sia atau sekadar untuk menghilangkan rasa kantuk, berehat atau melepaskan lelah selepas seharian bekerja.
Ramai yang menganggap sedemikian selama ini. Hakikatnya, tidur begitu berharga jika kita tahu cara memanfaatkannya untuk meraih imbalan.
Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengikuti segala petunjuk yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Terdapat beberapa sunnah yang boleh kita teladani daripada baginda.
Dengan merujuk kepada portal kalamsindonews.com, people.utm.my, republika.co.id, Facebook We Love Islam, kami menyenaraikan sembilan perkara yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika hendak tidur.
Perinciannya seperti berikut:
1. Berwuduk sebelum tidur.
Perkara itu ada disebutkan dalam sebuah hadis yang masyhur.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu pergi ke tempat perbaringan kamu, maka hendaklah kami wuduk seperti kamu wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di lambung sebelah kananmu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Mengibas katil.
Perbuatan itu meskipun kelihatan remeh, namun ada ganjaran pahala jika kita melakukannya. Masakan tidak, ia merupakan antara sunnah Nabi Muhammad SAW.
Baginda SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu hendak tidur di atas tempat tidurnya, maka hendaklah dia mengibaskan kain di atas tempat tidurnya terlebih dahulu, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya…” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Membaca doa sebelum tidur.
Hidup itu insya-Allah dan m4ti itu suatu yang pasti. Baik hidup mahupun mati, kedua-duanya adalah milik ALLAH SWT. Namun begitu, andai kita membaca doa sebelum melelapkan mata, tidur kita sebenarnya dikira sebagai ibadah.
Daripada Hudzaifah, katanya: “Apabila Nabi Muhammad SAW hendak tidur, baginda akan mengucapkan Bismikallahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-MU ya ALLAH, saya mati dan saya hidup) dan Alhamdulillahillazi ahyaana ba’da maa amatana wa ilaihin nusyur (Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan kami setelah kami mati dan kepada-NYA kami kembali).” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
4. Baca Surah al-Ikhlas.
Ketahuilah bahawa hitungan pahala jika kita membaca Surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali sebelum tidur umpama mengkhatamkan al-Quran!
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Adakah kamu tidak mampu membaca dalam satu malam satu pertiga al-Quran?” Mereka (para sahabat) berkata: “Bagaimana seseorang membaca sepertiga al-Quran?” Sabda baginda SAW: “Qul huwallu ahad (Surah al-Ikhlas) menyamai sepertiga al-Quran.” (Hadis Riwayat Muslim)
5. Berselawat.
Sesiapa yang melazimkan dan banyak membaca selawat, mereka antara individu yang bakal mendapat syafaat di akhirat kelak.
Perkara itu ada dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang paling berhak bersamaku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak membacakan selawat kepadaku.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
6. Banyakkan bertasbih.
Saidina Ali RA bercerita bahawa Fatimah AS mengeluh kerana penat bekerja. Maka Fatimah mencari bagida SAW, tetapi tidak bertemunya dan hanya dapat menemui Aisyah RA, lalu beliau pun menceritakan keperluannya.
Ketika Nabi Muhammad SAW datang, Aisyah mengkhabarkan kedatangan Fatimah, maka baginda mendatangi Ali dan Fatimah sewaktu mereka sedang berada di tempat tidur.
Lantas Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kalian berdua aku ajarkan perkara yang lebih baik dari yang kalian minta? Jika kalian telah berada di tempat tidur, kalian bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali dan tahmid 33 kali. Itu semua lebih baik buat kalian berua daripada seorang pembantu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
7. Membaca Surah al-Kafirun.
Sesungguhnya enam ayat dalam surah itu begitu bernilai.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Surah al-Kafirun, kemudian tidurlah engkau di penghujung ayatnya kerana ia melepaskanmu daripada kesyikiran.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
8. Membaca ayat Kursi.
Ketahuilah bahawa ayat Kursi menjadi pelindung diri supaya kita tidur dalam peliharaan ALLAH SWT dan sy4itan tidak berani mendekati.
9. Letak tangan di bawah pipi kanan.
Ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkara itu ada diriwayatkan oleh Imam an-Nasa’i dengan sanad yang sahih, selain Imam al-Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihuraikan panjang oleh Imam Ibn Jahar al-Asqalani dalam Fathul Bari yang meriwayatkan daripada al-Barra’ bahawa: “Apabila Nabi Muhammad SAW hendak tidur malam, baginda meletakkan tangannya yang kanan di bawa pipinya yang kanan lalu berdoa: “Ya Allah, lindungilah aku daripada azab-MU pada hari ketika ENGKAU membangkitkan hamba-hamba-MU.”
Melihat kepada semua amalan itu, tidak susah sebenarnya untuk kita meraih pahala sekalipun ketika ingin melelapkan mata.
Sesungguhnya, Islam itu agama yang syumul dan begitu kaya dengan adab. Justeru, ikutilah panduan syariat ditetapkan untuk menyimpan bekalan untuk alam akhirat yang kekal abadi.
Sumber Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.