Ini Antara Kelebihan Bersedekah Secara Sembunyi Yang Mungkin Ramai Tidak Sedar

 

Kisah pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu masih lagi berlegar-legar dalam radar berita tempatan mahupun luar negara.

Bukan sahaja cerita tentang perjuangannya melawan C0v!d-19 dan pertarungannya melahirkan anak yang mendapat perhatian ramai.

Namun, satu demi satu perihal tentang kebaikannya semasa hayatnya juga tersingkap. Salah satu keperibadian arw4h, beliau tidak pernah lokek apa lagi berkira untuk bersedekah. Malah, semuanya dilakukan secara sembunyi.

Sesungguhnya, kematiannya begitu menghidupkan jiwa-jiwa individu yang masih hidup. Betapa orang baik akan mendapat kemuliaan meskipun jasadnya sudah tiada lagi di muka bumi.

Sisi peribadinya begitu menginsafkan ramai. Ia sekali gus mendorong kita untuk terus berlaku ihsan dan memberi tanpa mengharapkan balasan.

Benarlah, sesiapa yang melakukan ibadah ikhlas kerana-NYA, Allah SWT menjanjikan imbalan yang bukan sedikit.

Pendakwah Salman Maskuri berkongsikan lima kelebihan apabila kita bersedekah secara sembunyi yang dipetik menerusi hantaran di laman sosiaI Facebook miliknya baru-baru ini.

Antara kelebihan sedekah secara sembunyi iaitu:

1. Diampunkan dosa.

Firman ALLAH SWT: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), ALLAH MAHA MENGETAHUI secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah, ayat 271)

2. Dinaungi arasy Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Dan salah satu yang dinaungi arasy adalah lelaki yang bersedekah dengan sembunyi sehingga tidak diketahui tangan kanan apa yang diinfak tangan kiri.” (Sahih al-Bukhari)

3. Memadam kemurkaan ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah yang dilakukan secara rahsia dapat memadamkan kemurkaan Allah…” (Riwayat at-Tirmizi, hasan lighairih)

4. Sedekah secara sembunyi lagi power daripada gunung, besi, api, air dan angin.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Tatkala ALLAH menciptakan bumi, maka bumi bergoncang-goncang, kemudian ALLAH menciptakan gunung-gunung lalu meletakkannya di atas bumi tersebut sehingga bumi menjadi stabil. Dan para malaikat merasa kagum terhadap kerasnya gunung-gunung tersebut. Mereka berkata; “Wahai Tuhanku, apakah di antara makhlukmu terdapat sesuatu yang lebih keras daripada gunung?” ALLAH SWT berfirman: “Ya, api.” Kemudian mereka berkata; “Wahai Tuhanku, apakah di antara makhluk-MU terdapat sesuatu yang lebih keras daripada api?” ALLAH berfirman: “Ya, air”. Mereka berkata; “Wahai Tuhanku, apakah diantara makhluk-MU terdapat sesuatu yang lebih keras daripada air?” ALLAH berfirman: “Ya, angin”. Mereka berkata; “Wahai Tuhanku, apakah diantara makhluk-MU terdapat sesuatu yang lebih keras daripada angin?” ALLAH berfirman: “Ya, anak Adam yang bersedekah dengan satu sedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikannya dari tangan kirinya.” (Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)

5. Menjaga air muka orang yang kita sedekah.

Imam Tahir Ibnu Asyur berkata: “Sedekah sembunyi ada kelebihan daripaa bersedekah terang-terangan kerana menjaga air muka fakir miskin di mana tidak ada yang tahu kecuali si pemberi.” (Tafsir Tahrir Tanwir)

Subhanallah, begitu besarnya ganjaran dan manfaat kepada mereka yang menginfakkan harta secara sembunyi. Semuanya disebutkan secara jelas dalam al-Quran dan hadis.

Justeru, PU Salman berharap agar usaha murni yang dilakukan Allahyarham Siti Sarah sebagaimana yang dimaklumkan oleh suaminya, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu dan rakan-rakannya menjentik kita untuk melakukan infak ikhlas kerana-NYA.

“Semoga ia menjadi motivasi kepada kita untuk melakukan lebih banyak sedekah secara sembunyi,” katanya.

Sumber Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Related Posts:

  • Cara mengurangkan asid urik berlebihan Cara mengurangkan asid urik berlebihan Asid urik merupakan hasilan terakhir oksidasi (pecah urai) dari produk metabolisma purine dan ia akan disingkirkan menjadi najis atau urine. Ia dihasilkan apabila badan mensistesiskan… Read More
  • Jenis makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gout Penyakit gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan sukar disingkirkan dari badan ak… Read More
  • Cara untuk menukar 'Page Name' di Facebook Cara untuk menukar 'Page Name' di Facebook Ramai di antara kita pernah cuba menukar nama glamor mereka bukannya sekali tapi mungkin beberapa kali. Mungkin atas sebab-sebab tertentu, mereka suka menukar nama 'Page Name… Read More
  • Khasiat Chicken Essence terhadap tubuh kita Khasiat Chicken Essence terhadap tubuh kita (Gambar hiasan daripada watsons) Ramai di antara kita mesti pernah dengar apa itu jus pati ayam, atau lebih dikenali sebagai chicken essence. Ia mempunyai khasiat yang tinggi b… Read More
  • 6 cara untuk menangani anak anda kerap terjaga malam 6 cara untuk menangani anak anda kerap terjaga malam Kita sebagai ibu bapa, akan melindungi anak pada bila-bila masa saja walaupun pada waktu tengah malam. Kekadang anak-anak akan terjaga pada waktu malam, sama ada m… Read More