Sempat Saksikan Anak Bertanding Bola Sepak, Ibu Pergi Buat Selamanya Lemas Bot Terbalik, Berikut KronoIogi Kejadian

 

Sempat menyaksikan anak menyertai kejohanan bola sepak, ibu kepada dua cahaya mata pergi buat selama-lamanya dalam tragedi bot terbalik.

Nurul Afiqah Abdullah Sani, 34, dari Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Perak menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seri Manjung selepas lebih 17 jam bertarung nyawa susulan komplikasi parah yang dialami.

Sebelum pergi selamanya, ibu muda ini sempat menitipkan doa buat anak, Ahmad Haziq Danish, 6.

“Hari yang ditunggu sudah sampai. Dia punya debaran kali ni lain macam. Tahniah abang Ahmad Haziq Danish kerana terpilih ke peringkat negeri bersama murid dari beberapa buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

“Ini kali kedua abang mewakili sekolah sebagai penjaga gol. Tahun ini abang pergi lebih jauh, semoga dipermudah urusan segala urusan abang,” titipnya di Facebook.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi, Mohd Hafez Sabri.

Difahamkan keluarga berkenaan telah bercuti di Pantai Teluk Batik sehari selepas kejohanan tersebut.

“Pengkhabaran sedih dan duka pada pagi ini buat seluruh warga PASTI atas pemergian Nurul Afiqah Abdullah Sani iaitu ibu kepada salah seorang murid PASTI Kawasan Parit Buntar, adik Ahmad Haziq Danish yang telah kembali ke rahmatullah.

“Allahyarham bersama keluarga meluangkan masa bercuti di Pantai Teluk Batik dengan menaiki bot di pantai tersebut sehari selepas Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Perak 2023 yang disertai oleh Haziq.

“Namun, dengan takdir ALLAH berlakunya di luar jangkaan apabila bot yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbalik dan tenggelam. Ahli keluarganya yang lain berjaya diselamatkan.

“Semoga ALLAH menempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para syuhada,” kongsinya yang turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga.

Berikut adalah kronologi kejadian yang meragut nyawa Nurul Afiqah:

1-Bot yang dinaiki sembilan individu termasuk Allahyarham terbalik di Pantai Teluk Batik kira-kira sembilan meter dari persisir pantai.

2-Berdasarkan maklumat awal, kejadian sekitar jam 10.45 pagi itu melibatkan tujuh pelancong tempatan dan dua kru berusia antara tiga hingga 34 tahun.

3-Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon, bot berkenaan dikatakan yang melakukan aktiviti rekreasi membawa pelancong.

4-Selain Nurul Afiqah, seorang lagi mangsa iaitu remaja lelaki OKU berusia 17 tahun telah dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

5-Tujuh mangsa yang lain selamat selepas berjaya berenang ke pantai.

6-Selepas kejadian, anggota KKM (Kementerian Kesihatan) yang merawat mendapati Nurul Afiqah mempunyai nadi tidak namun sedarkan diri seterusnya dibawa ke hospital oleh ambulans KKM.

7-Remaja lelaki (OKU) yang lemas telah sedar akibat daripada bantuan CPR (resusitasi kardiopulmonari) oleh orang awam seterusnya dibawa ke hospital oleh EMRS bomba.

8-Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Manjung dan ditempatkan di Zon Merah, jabatan kecemasan hospital berkenaan.

9-Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata kru petugas telah cuba menyelamatkan semua penumpang, namun dua daripadanya lemas dan berada dalam keadaan kritikal.

10-Daripada keterangan saksi, kejadian berlaku semasa petugas bot menurunkan penumpang di tepi pantai.Bot tersebut didapati hilang kawalan secara tiba-tiba sehingga terbalik menyebabkan air masuk dan menenggelamkan bot.

11-Siasatan kes tersebut dikendalikan Jabatan Laut Daerah Manjung di bawah peruntukan Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

12-Mohamed Nordin turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan ahli keluarga dan anak-anak semasa berada di pantai peranginan sepanjang musim cuti sekolah ini.

13-Pengusaha bot juga diingatkan untuk mematuhi peraturan ditetapkan terutama pemakaian jaket keselamatan kerana berkait dengan keselamatan pelancong.

14-Abang kepada Nurul Afiqah yang juga pengguna Facebook Rizal Yobe mengesahkan ibu muda itu pergi buat selama-lamanya pada jam 4.58 pagi. Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman Bagan Tiang, Perak untuk pengebumian.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga, al-Fatihah.

Sumber SP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.