Kata orang, mimpi mainan tidur. Sudah menjadi kebiasaan apabila didatangi mimpi indah atau seram pasti tidak sabar untuk diceritakan kepada orang lain.
Namun begitu, usahlah memandang enteng akan perkara berkaitan mimpi ini kerana Islam mengajar umatnya agar tidak menghebahkan mimpi kepada orang lain.
Sudah tentu ada sebabnya kepada larangan tersebut, terutama jika mengalami tiga jenis mimpi ini. Pendakwah dan penceramah terkemuka, Ustaz Elyas Ismail berkongsi mengenai jenis-jenis mimpi yang tidak sesuai untuk diceritakan kepada umum.
Terdapat tiga jenis mimpi yang tidak patut diceritakan kepada sesiapa melainkan kepada dua jenis orang iaitu orang alim atau pun orang yang memberi nasihat.
“Kata Nabi SAW “Jangan kamu cerita mimpi pada orang kecuali pada dua jenis orang. Pertama sekali pada orang yang alim atau pun memberi nasihat yang ikhlas,” katanya.
“Khususnya ada tiga jenis mimpi, jangan cerita dekat orang. Pertama sekali mimpi yang melibatkan kem4tian, apa jua bentuk kemaIangan, keceIakaan yang berlaku pada kita atau pun kepada keluarga.
“Yang keduanya adalah mimpi-mimpi yang peIik-peIik, yang mungkin melibatkan nyawa, mungkin melibatkan ker0sakan harta benda. Jangan cerita dekat orang.
“Dan yang ketiganya mimpi yang mungkin mempunyai mesej boleh mer0sakkan akidah. Lagilah jangan cerita pada orang,” jelas beliau.
Apa yang perlu dilakukan jika mimpi ini terus menjadi mainan fikiran?
Jelas Elyas, seeloknya kita minta perlindungan kepada Allah SWT, ta’awwuz (membaca auzubillahi minasy syatonir rojim) dan minta supaya Allah jauhkan kita dari sebarang bentuk kemudaratan.
Sekiranya mimpi yang berlaku itu perlu dikongsi juga maka hendaklah mencari seseorang benar-benar arif untuk mentakwilkan mimpi itu.
Ini kerana dikhuatiri mendapatkan tafsiran mimpi yang salah sehingga akan memberikan kesan di dalam hidup seseorang.
Hal mimpi ini tidak boleh dipandang ringan, kerana di dalam Islam banyak peristiwa-peristiwa disebabkan mimpi yang diberi tunjuk oleh ALLAH.
Sebagai contoh peristiwa Hari Raya Aidiladha, ucapan didalam azan, peristiwa kemarau di zaman Nabi Yusuf di dalam al-Quran dan banyak lagi.
Mohon perlindungan Allah jika mimpi burµk
Agamawan terkemuka, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga mengingatkan, jangan suka-suka mentafsirkan mimpi, sama ada mimpi sendiri mahupun orang lain.
Jelas beliau, perkara tersebut adalah kerana dikhuatiri mimpi berkenaan disalah tafsirkan dan disalah anggap oleh masyarakat sehingga menjadi fitnah.
“Kadangkala kefahaman membawa kepada mimpi tasyri’ ILAHI atau yang perlu dipatuhi selain daripada nas syarak. Dalam hal itu, ulama usul fiqh menjelaskan bahawa mimpi bukan termasuk dalam sumber nas syarak.
“Imam Malik pernah ditanya: “Bolehkah seseorang itu mentafsirkan mimpi secara sembarangan sahaja?” Beliau menjawab: “Adakah dia hendak bermain-main dengan kenabian? Mimpi itu satu bahagian daripada kenabian. Maka tidak boleh bermain-main dengan kenabian!”
Justeru, agamawan tersebut menasihatkan mereka yang bermimpi baik agar memohon kepada ALLAH. Sekiranya bermimpi tidak baik, maka hendaklah memohon perlindungan daripada ALLAH.
“Begitu juga mimpi yang membabitkan ummah sejagat seperti datangnya bala atau petaka, maka lebih baik ia sembunyikan dan berdoa memohon keampunan serta perlindungan kepada ALLAH. Ajaklah manusia bertaubat kepada Allah dan memberi ilmu dan pengetahuan dalam pengajarannya kepada masyarakat. Inilah cara yang terbaik,” katanya.
Sumber Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.