Berboh0ng Atau Berdµsta Hukumnya Haram, Kecuali Dalam 3 Keadaan Ini

 

Berboh0ng atau berdusta pada asalnya adalah dilarang dan kebanyakan hukumnya adalah haram.

Namun begitu, dalam keadaan tertentu, ia boleh menjadi sebaliknya. Ia dipanggil sebagai berboh0ng yang dibenarkan oleh syarak.

Perkara itu ada disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Kalsum binti Uqbah RA.

Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.” (Hadis Riwayat Muslim)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, jelaslah terdapat tiga keadaan dusta yang dibenarkan oleh syarak. Perinciannya seperti berikut:

1. Dusta untuk mendamaikan pihak yang berteIingkah.

Berbohong untuk mendamaikan dua pihak yang sedang mengalami salah faham adalah dibolehkan. Contohnya, seorang pihak tengah mendamaikan dua pihak yang bermusuh dengan mengatakan ‘Si A yang kamu benci itu sebenarnya sentiasa mendoakan kebaikan kamu’. Ungkapan itu dimaksudkan agar pihak yang bertikai dapat meredakan emosi dan saling bermaafan kembali.

Diriwayatkan daripada Ummu Kalthum binti ‘Uqbah RA bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiadalah dinamakan berdusta orang yang mendamaikan antara manusia maka dia menyampaikan akan kebenaran atau berkata akan kebenaran.” (Hadis Riwayat Syaikhain)

2. Dusta kepada musµh ketika dalam peper4ngan.

Peperangan adalah siasat dan dalam situasi itu, dibolehkan untuk berdusta. Misalnya, mengatakan kepada musuh bahawa persenjataan dan pasukan yang dimiliki adalah ada lebih daripada 1,000 orang. Padahal, pasukan yang ada hanya ada 500 orang dan persenjataan yang digunakan juga minimum.

Maka berbohong dalam keadaan itu dibenarkan. Ini kerana tujuan mengatakan demikian agar pihak musuh gentar dalam menghadapi pasukan yang sedia ada dan mudah untuk mengalahkannya.

3. Dusta suami terhadap isteri atau sebaliknya.

Tujuannya adalah untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Contohnya, seorang suami memuji masakan isterinya walaupun ia tidak sesedap mana.

Menurut Ibnu Hajar dalam kitab al-Fattah, yang dimaksudkan dengan ‘dusta antara suami isteri’ hanyalah dusta dalam perkara yang tidak akan menggugurkan hak kedua-duanya, atau dusta yang tidak mengakibatkan salah satu daripada mereka akan mengambil perkara yang bukan haknya.

Dalam hal itu, pendakwah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya berkongsi tentang hukum suami berbohong kepada isteri kerana tujuan memujuk.

Ujar beliau, diharuskan berbohong dengan isteri atau suami itu hanya dalam perkara yang bukan menggugurkan kewajipan dan bukan mengambil hak atau harta.

“Jika pembohongan suami kepada isteri sehingga membuatkan suami tidak perlu menunaikan kewajipan umpamanya (mengeluarkan) nafaqah, maka berbohong di sini adalah haram. Begitu juga haram suami berbohong kepada isteri sehingga dia dapat harta isteri,” jelas beliau.

Selain itu, dalam kitab Syarah Muslim, Imam An-Nawawi menyatakan: ”Maksud dusta suami kepada isteri dan sebaliknya adalah dusta ketika menampakkan cinta kasih dan ketika berjanji pada perkara yang tidak wajib atau sejenisnya. Adapun dusta di antara suami dengan maksud menipu untuk mendapatkan perkara yang bukan haknya, maka dusta seperti ini hukumnya haram berdasarkan ijmak kaum Muslim”.

Selain daripada ketiga-tiga perkara di atas, berbohong atau berdusta kekal haram walaupun dengan niat untuk kebaikan. Ya, walaupun niat kita murni dan tidak mengambil hak manusia, tetapi ingatlah, di sebalik setiap perkara yang kita lakukan dibimbangi akan terselit hal buruk yang tidak diketahui dampaknya.

Sumber Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related Posts: