Kenapa Orang M4ti Dibunµh Tidak dihukµmkan Syahid Tetapi Ke Neraka, Ini Penjelasan Mengenainya

 

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (Ner4ka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh maka bagi mereka pahala yang tidak ada putus-putusnya.” (Surah At-Tiin, 4-6).

Dari firman Allah yang disebut ini menurut Dr. Mohd Arif Nazri, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), maksud sebaik-baik ciptaan di dalam ayat di atas bukan saja dari segi fizikalnya saja tetapi juga akal dan dibekalkan agama yang akhirnya menjadikan mereka khalifah di bumi Allah.

Apabila mereka semakin jauh dari agama, akhirnya mereka meninggalkan agama dan kualiti itu menyamakan mereka dengan binatang, berlari di belakang nafsu dan keperluan nafsu yang utama. Maka Allah jadikan orang itu lebih hina dari binatang. Di dalam firman Allah,

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (surah Al-A’raaf : 179).

Ulasnya, kegagaIan manusia menggunakan pancaindera menyebabkan mereka akan kehilangan kemuliaan jawatan sebagai sebaik-baik ciptaan dan akhirnya menjadi penghuni seburuk-buruk tempat kembali adalah neraka. Sedangkan sepatutnya sebaik-baik ciptaan sudah tentu tempat kembalinya adalah syurga.

Sesungguhnya Allah menjadikan pembunµhan itu juga sebagai satu fitnah. Apabila berlaku pembunuhan manusia yang terlibat di dalam pembunuhan itu menerima nasib yang tidak sama. Bagi orang zalim pembunuhan itu adalah sebagai satu bala. Nabi pernah membicarakannya di dalam hadis daripada Aisyah r.ha, Rasulullah bersabda,

“Nanti akhir zaman akan ada satu pasukan tentera menyerbµ Kaabah. Namun tatkala mereka berada di tanah lapang mereka dibenamkan (ke perut bumi) dari awal pasukan hingga yang paling akhir dari mereka. Aisyah berkata,

“Wahai Rasulullah, bagaimana dibenamkan dari awal mereka hingga yang paling akhir dari mereka padahal di dalamnya ada orang-orang awam dan ada pula yang selain mereka?” Baginda menjawab,

“Dibenamkan dari awal hingga akhir mereka kemudian mereka dibangkitkan berdasarkan niat-niat mereka.”

Begitu juga halnya dengan pembunuhan yang berlaku sekarang ini, yang zalim akan mendapat habuan akibat kezalimannya, manakala yang baik akan mendapat ganjarannya dari kebaikan itu dari Allah.

Apabila berlaku fitnah pembunuhan, maka ia akan menyebabkan semua orang terkena tempiasnya, terbunuh akan dikira mengikut niat mereka di akhirat kelak. Ada juga yang mendapat pahala syahid ada juga yang sebaliknya.

Di sini saya suka mengambil sebuah hadis sebagai panduan tentang siapa yang dikatakan mati syahid. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah.” Rasulullah bersabda, “Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit.”

Mereka bertanya, “Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Barang siapa dibunuh di jalan Allah itulah syahid, dan barang siapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana taun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid, ditimpa bangunan, mati lemas juga syahid.” (HR Muslim).

Memang benar pada pandangan mata kasar kita nampak mereka yang tidak berdosa juga terbunuh merupakan satu kekejaman. Namun nanti di sana, mereka akan mendapat balasan dari Allah mengikut niat seseorang. Rasulullah bersabda,

“Apabila dua orang Muslim berkelahi dengan menggunakan pedang masing-masing si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, yang membunµh itu kami faham mengapa dia masuk neraka tetapi yang kena bunuh mengapa pula?” Lalu Rasulullah menjawab, “Dia juga berniat untuk membunuh saudaranya.”

Di situ kedua-duanya telah berkongsi niat untuk membunuh tapi disebabkan tidak cekap menggunakan senjata maka dia pun terbunuh. Jadi walaupun kita lihat orang yang kena bunuh itu seperti dizalimi, tapi hakikatnya dia juga mempunyai keinginan yang sama untuk membunuh lawannya.

Kerana itu Islam sangat menitik beratkan agar umatnya dapat menjaga diri dan emosi serta banyakkan bersabar supaya tidak terlibat dengan sebarang permusuhan dan perkelahian yang akhirnya akan menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak.

Wallahu a’lam

Sumber Maslahah Ummah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.