Setelah mengetahui angka umat nabi Muhammad s.a.w. yang ke syurga tanpa hisab seperti yang disebut sebelum ini, namun tahukah kita siapakah golongan yang beruntung itu?
Mereka akan ke syurga dengan wajah yang berseri dan bercahaya bagaikan bulan purnama. Dalam riwayat lain Abu Hurairah r.a. menukilkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
“Akan masuk syurga sekelompok dari umatku sejumlah 70,000 orang. Wajah-wajah mereka bercahaya seperti cahaya bulan” (HR Bukhari).
Beruntungnya mereka. Mungkin juga di kalangan kita. Yang pasti, siapakah mereka ini telah pun disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis iaitu
“……Mereka adalah orang yang tidak minta dirukyah (dijampi), tidak meramaI nasib atau percaya benda sial dan tidak menggunakan pengubatan dengan besi (yang diIarang) dan hanya kepada Allah lah mereka bertawakal.” (HR Bukhari).
Seperti apa yang disebut di atas, empat perkara perlu diberi perhatian jika ingin memasuki syurga tanpa hisab. Kita lupakan seketika tentang tidak minta dirukyah kerana ia terlalu banyak persoalan dan isunya juga dekat dengan kita semua. Kita teruskan perbahasan kepada ciri kedua iaitu mereka yang tidak meramal nasib.
Sememangnya perbuatan itu jelas salah di sisi agama Islam kerana termasuk dalam perkara khurafat dan syirik kepada Allah SWT. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan memberi amaran kepada umatnya mengenai bab ini,
“Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (HR Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).
Manakala Imam Muslim juga ada meriwayatkan kalam dari Nabi s.a.w.
“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tiIik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari”
Meramal nasib itu adalah satu perbuatan yang mengjangkakan akan masa depan seseorang. Ia termasuk menjangkakan apa yang akan berlaku kelak, walhal firman Allah dalam surah al-Naml: 65 telah jelas mengatakan semua perkara ghaib itu dalam pengetahuan Allah sahaja, ayatnya bermaksud
“Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah”.
Selain larangan meramal nasib, hadis itu juga menyebut tidak minta rawatan perubatan dengan besi panas sebagai ciri-ciri orang yang akan masuk ke syurga tanpa hisab.
Menurut Dr. A. Irwan Santeri Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pada asalnya penyembuhan menggunakan besi panas adalah dibolehkan kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyebut tentang tiga cara penyembuhan dalam Islam, iaitu pertamanya dengan bekam, madu dan seterusnya paling tidak digalakkan adalah menggunakan besi panas.
Bahkan Baginda s.a.w. juga pernah mengutus seseorang untuk mengubati Ubay bin Ka’ab yang terluka dengan cara tersebut. Malahannnya, Ibnu Qayyim dalam Zaadul Ma’ad menyatakan, jumlah hadis-hadis yang membicarakan tentang pengubatan besi panas ini terdapat empat jenis semuanya. (1) Nabi s.a.w. melakukannya (2) Baginda tidak suka dengan pengubatan besi panas (3) Rasulullah memuji orang yang tidak menggunakan cara besi panas untuk penyembuhan (4) Larangan penyembuhan dengan kaedah berkenaan.
Disebabkan ada hadis yang menyebut tentang Rasulullah s.a.w. sendiri pernah melakukan itu kepada sahabat, ini menunjukkan perbuatan itu dibolehkan. Namun, ekoran adanya hadis mengenai Baginda s.a.w. memuji orang yang meninggalkan kaedah perubatan itu, beerti meninggaIkannya adalah lebih utama.
Adapun hadis yang Baginda melarang perbuatan penyembuhan dengan menggunakan besi panas, ini menunjukkan bahawa perbuatan itu adalah makruh.
Oleh hal demikian, lebih elok kiranya ditinggalkan cara penyembuhan menggunakan kaedah itu kerana jelas dalam hadis di atas, golongan yang bakal masuk syurga tanpa hisab ialah mereka yang tidak melakukan penyembuhan dengan menggunakan besi panas. Lagipun, pada hari ini, pelbagai kaedah penyembuhan alternatif lain sudah banyak bagi merawat sebarang peny4kit.
Wallahu a’lam
Sumber Feqh Muassir
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.