Dukυng Suami Turun Dari Tingkat 4 Untuk Terima Rawatan HospitaI, Isteri Layak Digelar Super Hero Rumahtangga

 

Dukung suami turun dari tingkat 4 untuk rawatan hospital, isteri memang Super Hero rumahtangga. Ramai fikir mustahil tapi tiada yang mustahil jika keadaan terdesak. Saat kita bertanya di mana kudrat datang tapi Allah melapangkan segalanya dan memberikan kekuatan demi suami tercinta.

Dalam satu perkongsian dari TikT0k @hamsatulhamzah dari Muslimah Bangi, dirinya berkongsi kekuatan luar biasa seorang isteri yang akan mendukung suaminya setiap kali ada rawatan susulan di hospital.

Bukan calang-calang kudrat tetapi isteri superhero dikenali sebagai Cikgu June ini akan mendukung suaminya dari tingkat 4 rumah mereka, menuruni tangga perlahan-lahan hingga sampai ke bahagian sebelum membawa suami ada temujanji di hospitaI.

Jika ramai mengatakan wanita lemah dan hanya tahu bermanja dengan suami tetapi Allah mentakdirkan kehidupan seseorang sangat berbeza-beza. Jika ada yang mengada-ngada mahu harta kekayaan tapi ada suami isteri yang diuji dengan kehidupan biasa-biasa sahaja. Adakala isterilah pencari nafkah utama dalam rumahtangga selepas diuji dengan kesihatan suami yang terlantar saja.

Peng0rbanannya mendukung suami yang sakit dari tingkat 4 sangat luar biasa kerana walau dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tapi tulang isteri barangkali diperbuat dari besi jika dalam keadaan tertentu. Ya, isteri memang superhero rumahtangga dan para suami seharusnya bersyukur memiliki isteri yang setia bersama dalam keadaan susah dan senang.

Dari penjelasan hamsatulhamzah ini, difahamkan peng0rbanan cikgu June mendukung suaminya berakhir apabila team Muslimah Bangi dengan Kerjasama Persatuan 0KU Berdaya Hulu Langat akan membantu mengangkat suaminya setiap kali ada rawatan di hospitaI, syukur Alhamdulillah.

Komen netizen:

@Ukhti hasliza:Ya Allah berilah kekuatan berterusan kepada isterinya untuk menjaga suaminya…

@KHai aF iS:pasti suaminya seorang yg penyayang n memuliakan isterinya saat sihat dlu. maka isteri sgup bkorban sebegitu hebat buat suaminya.

@mizzshiela:sy percaya suaminya adalah suami yang terbaik semasa sihat…sbb tu isteri sanggup bkorban demi lelaki yg bernama suami…

@Placebo Holic895:isteri yg baik…ilmu agama penuh d dada sebagai pegangan hidup..alhamdulillah

@DayangHjSaleh:Ya Allah 😭😭 semoga Allah mudahkan urusan isteri solehah aamiin

@Khalida Tahir:kuatnya dia🥺semoga sentiasa d berikn kesihatan yg berpjgan🥰

@AisyahAmelia:Allahurabbi 🥺🥺🥺 moga segala kesulitan diganti dgn kesenangan n kemudahan dlm segala hal.Aamiin😭

Moga setiap jasa isteri setia dan tabah ini Allah memberikan ganjaran pahala buatnya. Aamiin…

Kredit tiktok@hamsatulhamzah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.