Cacat PengIihatan Tidak Jadi PenghaIang, Lelaki Ini Buktikan Golongan 0KU Juga Mampu Jadi Peguam Profesional

 

Anak muda berusia 32 tahun ini merupakan seorang OKU yang cacat penglihatan. Walaupun tidak seperti insan normal yang lain namun, Mohammad Faizal Che Yusof kini sudah memiliki firma guamannya sendiri, malah dia juga membuktikan bahawa dia mampu menjadi seorang peguam yang profesional dan setaraf dan selayak seperti yang lain.

Menyandang jawatan sebagai Peguambela dan Peguamcara, Peguam Syarie, Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU Malaysia, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Malaysia, Pengerusi Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia dan Yang Dipertua, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia ini merupakan anak kelahiran Jengka 3, Pahang dan juga graduan Fakulti Undang-umdang, Universiti Malaya.

Dengan kejayaan yang digapai oleh Mohammad Faizal Che Yusof malah insan terpilih ini juga menjelaskan kedudukan sebagai peguam adalah amanah Allah kepadanya. Menurut anak muda ini lagi, kerjayanya sebagai peguan juga bukan untuk mengaut segala kemewahan hidup tetapi kerjaya ini merupakan landasan baginya untuk membela golongan senasib dengannya.

“Angan-angan saya adalah untuk mencetυskan suatu kehidupan yang lebih baik kepada rakyat bawahan. Sebagai peguam banyak aduan-aduan yang saya terima dan ianya tidak hanya boleh diselesaikan di mahkamah semata-mata. Ia memerlukan intervensi-intervensi pelbagai pihak atau jalinan kerjasama pelbagai pihak dalam menangani sesuatu masalah. Itu yang saya perolehi selama jadi peguam.

“Hasrat saya pada masa hadapan untuk cuba memastikan suasana yang lebih baik kepada masyarakat umum. Sebagai orang biasa bila kita hadapai sesuatu masalah tanpa ada saluran yang baik untuk salurkan masalah, kita tidak akan tahu bagaimana hendak selesaikan masalah tersebut. Sedangkan pada saya seorang peguam, apabila kita lihat sesuatu masalah yang berlaku, dengan ilmu yang dibekalkan kepada kita, kita tahu macam mana nak bantu mereka yang berada dalam masalah tersebut dan untuk selesaikan masalah mereka. Kita tak boleh selesaikan tetapi membantu. Saya faham ini bukanlah satu perkara yang mudah.

“Hasrat saya yang kedua, pada masa hadapan adalah untuk membantu negara dan kerjaan dalam membentuk suasana masyarakat yang lebih baik dan kondusif. Hasrat saya ini agak susah tetapi saya berharap Allah SWT mendengar suara hati dan melihat apa yang saya lakukan.

Sekurang-kurangnya rahmat yang melimpah ruah akan melimpah kepada saya. Apatah lagi dengan pembabitan saya dengan badan-badan bukan kerajaan. Ia membuka pandangan saya, masih ramai diluar sana terutamanya golongan OKU yang perlu didekati dan diberi bantuan supaya dapat mengharungi kehidupan yang lebih baik. Itulah dua hasrat saya untuk membantu kehidupan yang lebih baik kepada OKU dan kehidupan yang kondusif untuk kehidupan rakyat yang ramai,” terangnya.

Golongan 0KU Perlu Didampingi Orang Normal

Menurut pengamal perundangan ini, pengalaman yang dilalui sebagai OKU mengajar dirinya supaya tidak mudah mendabik dada.

“Apa yang saya lalui, sebagai seorang OKU apabila datang kepada klien-klien yang berpotensi, bila kita bersendirian, pandangan mereka tidak serupa apabila berteman atau ada partner lain. Bila seorang OKU kita tak boleh mendabik dada, kita perlu didampingi oleh orang normal. Supaya kekuatan kita lebih terserlah.

“Kehidupan sebagai seorang peguam 0KU, pada pengamatan saya, sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk meletakkan sasaran saya untuk masa hadapan. Bebalik kepada hasrat saya yang awal sebenarnya sebelum isi borang UPU pada tahun 1996, saya berbelah bahagi samaada mahu meneruskan pengajian dalam bidang Kesusasteraan Melayu, Ekonomi atau Perundangan.

“Akhirnya selepas merenungi suasana sekeliling dengan keperitan-keperitan seorang OKU saya mengambil keputusan meneruskan pembelajaran dalam undang-undang. Untuk memastikan saya mempunyai bekalan yang cukup untuk membawa pembaharuan kepada 0KU di Malaysia. Hasrat saya ambil jurusan undang-undang bukannya sebab bila jadi peguam akan jadi kaya, saya lebih berfikir ambil kursus undang-undang untuk bawa satu pembaharuan kepada 0KU seperti saya.

“Pada masa hadapan sasaran saya adalah untuk menggunakan pengalaman yang ada pada saya, iaitu berhasrat untuk membawa satu era yang baik kepada OKU. Sebagai OKU, saya sendiri berasa keperitan yang dialami dan cabaran-cabaran golongan seperti saya. Dan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam mengharungi era negara maju di Malaysia.

“InsyaAllah saya akan gunakan sedikit ilmu yang saya ada untuk membawa pembaharuan-pembaharuan agar wujudnya suatu kaedah yang baik di dalam kelangsungan hidup 0KU di Malaysia. Dengan peluang yang ada saya, sebagai peguam saya berhasrat mahu memastikan agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta membentuk suasana lebih baik untuk 0KU.

Pada pandangan saya, tanpa 0KU itu sendiri membantu kerajaan mahupun bukan kerajaan, tidak akan dapat membangunkan masyarakat 0KU itu secara sempurna. Mahu tidak mahu golongan ini perlu menyerlahkan diri mereka,” ujar Mohammad Faizal Che Yusof yang berhasrat untuk melihat 0KU menjadi entiti yang penting dalam negara dan beroleh kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.

Sumber Wanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.