“Doktor, hati-hati budak tu ada belakang doktor” – Pesakit Amυk Di Wad Dedah Di Bahunya Ada Budak Bertenggek

Dr Azman yang bertugas di Jabatan Kecemasan terpaksa berada lebih lama di hospital untuk merawat seorang pes4kit.

Dalam kejadian pada tahun 2019 itu, Dr Azman menunggu sehingga ke pukul 7.30 petang untuk merawat seorang pesakit yang dibawa masuk ke zon kuning.

Pesakit itu terpaksa diikat kerana dia meronta-ronta dan berkelakuan gan4s, malah Dr Azman turut mengarahkan jururawat untuk menyuntik ubat penenang.

Difahamkan, pesakit yang agres!f itu ditangkap oleh orang ramai di tengah lebuh raya selepas meletakkan kenderaan di tepi jalan.

ALAMI GANGGUAN SELEPAS MASUK KE HUTAN

Sejujurnya, ini kali pertama Dr Azman berdepan kejadian seperti ini. Selepas keadaan agak tenang, dia mula bertanya kepada pesakit mengenai apa yang berlaku.

Pesakit itu sebenarnya baru pulang dari jungle trekking bersama kawan-kawan, namun dia memandu sendirian ke lokasi itu.

Semasa dalam perjalanan meredah hutan, dia lalui sebuah perkampungan dan dia bertindak seperti biasa, tidak menganggu sesiapa.

Dia bagaimanapun berasa seperti ada seorang budak mengikutnya sepanjang perjalanan sejak melewati perkampungan itu.

Selepas keluar hutan, dia lega kerana bayangan budak itu telah hiIang. Dia terus membawa kereta keluar dari tempat tersebut, namun berasa pelik kerana ada dua orang dewasa melambai-lambai apabila melihat ke cermin belakang.

MER4CAU DI LEBUH RAYA

Apabila masuk ke lebuh raya, tiba-tiba dia merasakan ada budak bertenggek di bahunya dan dia terus berhenti sebelum melarikan diri ke tengah jalan.

Dr Azman hanya senyap mendengar cerita pesakit tersebut. Dia antara percaya atau tidak. Malah, pesakit berkenaan berkata budak itu pada masa itu berdiri di sebelah Dr Azman.

Tiba-tiba, mesin vital sign monitoring di katil sebelah berbunyi. Kawan Dr Azman yang bertugas pada malam tersebut terus berlari menuju ke katil itu. Nampaknya kadar oksigen pesakit tersebut menurun.

Pesakit yang agres!f itu berkata budak tersebut sedang naik di atas dada pesakit di sebelahnya. Budak itu melompat-lompat di atas dada pesakit tersebut.

Dr Azman semakin keIiru, macam mana nak selesaikan kes ini? Di katil lain pula, ada kes kanak-kanak berumur 5 tahun datang disebabkan demam panas.

Semua ujian darah telah diambil dan hanya menunggu keputusan. Tiba-tiba, kanak-kanak itu berkata kepada emaknya bahawa dia nak main dengan ‘friend’ dan ‘friend’ tersebut berada di atas katil.

Dr Azman bertambah pelik dan bermonolog dalam hati… Apalah yang akan jadi selepas ini? Aku nak balik dah ni.

Kemudian datang kawan Dr Azman yang bertugas malam itu, dia menyuruh Dr Azman balik dan akan melunaskan tugas tertangguh.

Dr Azman berasa lega dan merasakan hari yang dahsyat telah berakhir. Semasa sampai di pintu zon kuning, tiba-tiba pesakit tersebut menjerit.

“Doktor, hati-hati budak tu ada belakang doktor. Dia nak ikut doktor balik,” ujar pesakit itu dengan kuat.

Begitulah situasi seram yang dilalui Dr Azman ketika dia bertugas sebelum p4ndemik melanda.

Ia merupakan pengalaman aneh pertama yang pasti akan terpahat di ingatannya sampai bila-bila.

Sumber FB Syed Fareez

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.